LaundryBar Setiawangsa

LaundryBar Setiawangsa|Sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Adakala mengganggu urusan seharian, terutama bab pakaian. Dah siap basuh tapi sampai ke malam belum kering. Lembap aje. acaner nak buat  kan!!! Mau tak mau kena ke dobi layan diri juga lah.

Dobi layan diri ni bagus sebab senang dan menjimatkan masa. datang cuci, kering, terus lipat then balik boleh simpan dalam lemari. siap ^_~

Sejak dua menjak ni, we all guna juga dobi layan diri. al-maklum lah, mesin basuh dah jalan dulu. Minggu ni ada 2 tempat yang we all pergi.

Untuk entry ni, nak review LaundryBar Setiawangsa. Mana-mana dobi layan diri pasti ada perbezaannya. Meh kita tengok apa perbezaan yang ada di sini (",)

Lokasi:
LaundryBar Setiawangsa, 
24, Jalan Setiawangsa 10, 
Taman Setiawangsa, 
54200 Kaula Lumpur.
Open 24 hour

berdekatan KFC Setiawangsa, sebelah cyber cafe orange. 


Apa yang menarik di LaundryBar Setiawangsa?
Terdapat lebih kurang 9 mesin basuh, 2 mesin 10kg. selebihnya mesin 14kg dan 28kg. Di sini guna token. Untuk 10kg RM5, 14 kg RM6 manakala untuk kering RM4. ada 6 mesin pengering. 

Berbezanya dobi self service di sini dengan tempat lain yang pernah saya guna dan jumpa sebelum2 ni ialah ada disediakan surau, tv dan mesin urut. Selain itu, dapat free detergent dan softner.

Menarikkan ???

pintu kaca tu surau. satu-satunya dobi self servise yang saya jumpa setakat ini, ada sediakan kemudahan surau..

ada tivi juga.

Rania yang ringan tulang.. sedia membantu pada bila-bila masa.. 


Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "LaundryBar Setiawangsa "

Asslmkm ciksu..
Kita x pnh la lg guna dobi layan diri ni. Tp pnh la suh adk tlng cuci kn toto kt dobi gitu. Hihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF