Melawat bff di Hospital Ampang

Melawat bff di Hospital Ampang|Sabtu lepas sempat melawat my bff di Hospital Ampang. kena admitted sebab demam campak. sian pulak nengok my bff tu, asyik lah ngadu nak balik sebab tak tahan asyik kena cucuk.

Kena cucuk banyak tempat. itu yang my bff tak tahan. huhuhu. Puncanya lengan kiri bengkak, tukar lengan kanan. bengkak lengan kanan tukar ke area tapak tangan tu. kiri kanan silih berganti. itu yang buat my bff tak tahan sangat2. bercampur baur semuanya. huhuhu.

Lagi satu bab menu hospital tak payah cakap lah. ada yang boleh di telan, ada yang tak boleh di telan. my bff suruh rasa tapi den tak lalu gak. acaner!! masa bersalin aritu memang langsung tak sentuh makanan hospital. tapi menu sebelum masuk labour room, alhamdulillah sedap2 belaka. Cuma selepas bersalin tak jamah sebab dorang bagi menu ayam, ikan. memang tak berani lah nak telan. jenis penakut pon iye jugak. ekekekeke.

Cuma satu je la syiokk mai Hospital Ampang ni, budak/ kanak2 boleh naik sampai ke wad. serius, macam tak percaya pon ada. Iye lah, sebelum ni kan den dok ulang alik ke HKL, nak naik pergi food court di tingkat 1 pon polis bantuan tak bagi tau. My sepupu punyalah cari jalan macam mana nak bawa kami naik. Itu belum masuk wad. Memang DIHARAMKAN terus. Di sini selamba tenuk je anak2 di bawa masuk. Berkali2 ciksu tanya guard kat gate sebelum masuk ke lif tu.

Memula ciksu naik dulu, dah sampai wad, baru call ayah Rania. Kendian baru lah ayah Rania naik. duduk lah sekejap sembang2, teman my bff makan. Tak lama lepas tu, husband and anak2 die datang, borak2 kejap then we all balik. Balik pon sebab ada hal.

Destinasi seterusnya ke Bukit Jalil. Berjalan sesaje cuci mata sesambil pergi ambil kereta kawan ayah Rania yang masuk bengkel ari tu. Sian bff cik abe tu, kereta rosak, masuk bengkel, dia ada lah call bosnya di Rengit nun. Sekali bos ca ya nun alif bagitau, guana-guana pon, kena balik juga. aduh. duh. terpaksa lah member cik abe balik malam tu jugak naik bas. Tak bertimbang rasa langsung. dab kerja langsung tak ada cuti. start kerja dari bulan seploh, bulan dua belas ni baru cuti. itu pon minta cuti jugak2 sebab bersambung dengan cuti Maulud ari tu ~

oke lah. stay tuned..

jiran2 my bff datang melawat

my bff.. 

Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Melawat bff di Hospital Ampang"

Adoi!! Kalau dewasa kena campak memang seksa sikit.. semoga kawan cepat sembuh..

Cuba amalkan daun semambu. Maznee ada share hari tu.

Moga segera sihat dan boleh discharge...amin..hospital Selayang pun boleh bawa budak naik dan masuk wad kalau tak silap PC..

Demam campak sampai masuk was mesti teruk ni... Terasa sakitnye kena cucuk kat tapak tangan tu...;-(

Semoga cepat sembuh utk BFF Su tu..Aamiin
Utk kutu periuk pressure cooker tu..sebulan RM60 jer...masih trbuka lg klu su nak join.
Blh PM kak atie kat FB ya..ATIE ZAINUDDIN

Mesti teruk demamnya tu lan siap masuk wad lg tu

campak teruk sgt tu admitted ye..moga cepat sembuh

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF