Selamat Tinggal Kuala Lumpur

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Menghitung hari. dah lebih 4 tahun duduk di kolumpur ni. kadang-kadang seronok sebab duduk di tengah2 bandar besar. macam-macam ada. apa yang dihajati mudah dicari dan didapati. in shaa Allah.

Selain itu, terdapat banyak pilihan tempat menarik dan tempat makan best di sekitar Lembah Klang. cuma rajin dengan tak rajin je nak mencari.

Duduk kolumpur senang balik kampung. samada naik bas atau kereta. kalau naik bas just ke hentian duta. tak jauh dari rumah. kalau naik kereta just guna highway DUKE terus ke jalan duta. cepat (",) nak naik flight macam tak berbaloi pulak sebab jauh nak ke airport tapi boleh naik di subang kalau tak mo ke klia tapi ai tetap rasa jauh juga T_______T

Ada kalanya bosan duduk di kolumpur sebab payah nau nak tengok laut atau sawah padi. dua tempat ni tersangat penting bagi aii. al maklum lah anak jati kampung, kan!! mana boleh pisah dengan laut dan sawah padi. kalau nak tengok juge kena drive jauh-jauh baru boleh tengok laut. kesian (-_-)

Sepanjang menetap di kolumpur, ada lah kenangan manis dan pahit tercipta. mana2 pon kalau pernah duduk pasti ada pahit manis, kan! baru lah dinamakan kehidupan.

Antaranya:

kenangan manis:
  • merasa untuk pregnant setelah sekian lama menanti zuriat.
  • merasa bersalin di HAT Tunku Mizan. paling penting dapat bidan dan doktor perempuan. pernah masa check up di hkl, minta nak doktor perempuan tapi nurse cakap tak boleh. nasib lah kalau dapaat doktor perempuan sebab ikut sistem giliran (shift kerja doktor). inilah salah satu punca kenapa saya tarik diri dari terus buat rawatan TTC di hkl dulu. 
  • merasa berpantang di rumahku syurgaku ini.
  • melihat Rania membesar di rumahku syurgaku DSW.

kenangan pahit:
  • rumahku syurgaku dipecah masuk bulan 7/2013.
  • badan aii jadi gegata.
  • kereta mati tengah jalan selepas balik tengok ceramah ustaz kazim elias.
  • 4/2015 cik abe demam denggi
  • 11/2016 pakngah admit wad di hkl dan menghembuskan nafas terakhir di hkl. 

paling tak boleh ingat kenangan ini:

rumah kena pecah masuk.

11/2013
suami hampir hampir nak kena pau dengan polis, tapi syukur tak ada apa apa. tak pasti lah polis betul ke tidak.

balik dari situ, suami terjumpa hp. ambil, bawa balik, cas sebab bateri dah tak ade. on hp, tunggu orang call, sebab nak buka tak boleh ada pw. so, nak tak nak terpaksa lah tunggu. ada orang call then janji jumpa cik abe dekat masjid khalid al-walid. lega dapat pulangkan hp tu pada tuan empunya. isterinya seorang doktor di klinik area sri rampai. tuan hp beri ganjaran berupa wang tunai walaupon ditolak tapi si dia berjaya masukkannnya dalam poket baju suami. 3 angka. alhamdulillah rezeki.

malam tu pergi tengok ceramah ustaz kazim. dekat area ppr air panas. selesai tengok ceramah, cik abe ajak pusing pusing saje nak panas enjin kete katanya. sekali selepas traffic light, kete mati ditepi jalan. nasib lah tak jauh dari rumah. lalauan nak ke aeon big wangsa maju. call orang itu ini, tak dapat tolong. akhirnya bff cik abe yang datang. nun dari klang mari. duit dapat siang tadi buat beli bateri baru. redha.

tup tup...... pertengahan bulan 12/2013 dapat tau pregnant ^_~

Mai kolumpur bulan 5/2012. mula sambut tahun baru di kolumpur pada tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016. Malam ni adalah malam terakhir sambut tahun baru 2017 di DSW, KL. In shaa Allah next year sambut tahun baru di tempat baru.

14/12/2016~ barang dah tak ada.. 

Ke mana ciksu................................?????? lalalaaa laaaalllaaaa..

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Selamat Tinggal Kuala Lumpur"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF