Selera Kampung, The Store Ampang

Selera Kampung| Kisah sabtu lepas, sebelum ke Hospital Ampang, singgah isi perut di Selera Kampung, The Store, Ampang. menu2 kat sini boleh tahan. paling i puji semua makanan diletakkan dalam bekas bertutup~

Ni haa, macam ni

Nampak bersih dan kemas. kuantiti lauk pon cukup2 je. so, comfirm jenis masak sekali habis terus, tak ada nak hangat2kan. baru puas hati nak makan.

maaf.. nasi dah terusik baru teringin nak ambil gambar

Menu we all just ambil nasi ayam penyet, nasi putih, ikan kerisi goreng & sayur bendi goreng. total RM13.

Nampak pinggan dilapik plastik untuk elakkan pinggan kotor. Sekali pandang macam trend dah sekarang ni, semuanya lapik plastik sebelum letak menu pilihan. Nanti tak payah susah2 nak cuci pinggan, kan!! bijak2. ada setengah tempat, kenduri kawin pon buat style gini. Kenduri di kampung saya, belum lagi buat style gini sebab masih ada anak2 muda yang bergotong royong.. 

Oh ya, air ada disediakan tapi we all minum air mineral yang di bawa aje. jimat (T_T)

Selain itu, ada juga nasi ayam, nasi kerabu serta lauk2 yang lain. pepandai lah pilih ikut selera tekak memasing.

Ni lah kiosk selera kampung. kecik je tak besar mana. kiosk Selera Kampung dibuka dari jam 10am-10pm.


Apa Kata Ciksu,
nasi ayam penyet.. bagi aii semua sama aje. nak membezakannya kesedapan sambal penyet dan cara gorengan ayam die tu lah. ayam penyet selera kampung, tak diperap dengan rempah ratus sebaliknya just ayam goreng biasa. kendian dipenyetkan. Lain2 side dish sama je mana2 kalau dah nama Nasi Ayam Penyet. ye dok?

Ada ulam timun, kubis, kacang panjang, sup, tempe dan tauhu goreng. sambal penyet sedap cuma masin sikit, letak sampai melimpah ruah. nasi pon banyak. tak lokek. pendek kata kenyang lah makan di sini. berbaloi.

Nasi putih, ikan kerisi dan sayur bendi macam biasa lah.

Kali pertama ke sini, sempat lah merasa juga. ini pon sebab nak ke Hospital Ampang. kalau tidak tak tahu lah juge (",)

Ape pon Selera Kampung ni, boleh lah masuk dalam list jalan-jalan cari makan QasehnyaRania  👣👣👣

Nak tahu sebab apa? sebab ciksu peminat Nasi Ayam Penyet. hiks. semuanya bermula di Tesco Sri Alam, Joho. semenjak itu lah ciksu dah terjatuh chenta denga Nasi Ayam Penyet ni. lagi satu mudah untuk suap dekat Rania. nasi putih + isi ayam. cukup. inilah menu pilihan kalau makan di luar. nak2 sekarang barang2 semua dah di hantar ke tempat baru, so, memang gantung periuk belanga lah selama beberapa minggu ni sebelum balik kampung. in shaa Allah Dapur Ciksu akan berasap semula pada bulan Jan, 2017 ~

Sebelum tu, apa kata lepas ni pakat2 masak NASI AYAM PENYET di rumah plak. Ni RESEPI NASI AYAM PENYET TERSEDAP. selamat mencuba ^_~

Till then ~

Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Selera Kampung, The Store Ampang "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF