Terengganu Trip: Hotel Dj Citi Point, Kuala Terengganu

Hotel Dj Citi Point Kuala Terengganu| Antara banyak2 hotel di bando Kuala Terengganu, Hotel Dj Citi Point yang jadi pilihan saya. ini pon puas merata google cari info sebab tak banyak info mengenai hotel ni.

nak dijadikan ceghita.. ceq terlupa nak booking Hotel Dj Citi Point ni.. agagagaa. leh bayangkan tak kekalutan di saat genting ittew. rasa-rasa macam dah book sebab memang dah save no phone hotel ni. cuma tu lah ingat2 lupa. maybe masa tu tengah kalut buat benda lain, pastu terus terlupa.. mati2 dok ingat kata dah book. tapi ntah lah.. maybe terlupa kot.. saat tanya bilik kosong, receptionist tanya balik, dah booking.. tetiba jadi blurr kejap. ahahaha. dah la time tu pulak  semua bilik dah fully booked.. mak aii.. dugaan apakah ini ???


Kenapa Hotel Dj Citi Point jadi pilihan.. Hotel Dj Citi Point sangat menepati ciri2 hotel yang i inginkan. antaranya:
  1. ciri yang pertama haruslah dekat dengan JETI sebab tujuan asal we all nak ke Pulau Redang. dan, seboleh2nya nak ligan trip feri yang paling awal. means jam 9am. salah satu sebab nak ligan feri paling awal ialah i tak nak terlepas first trip snorkeling jam 2pm nanti. ye, i dapat initenary di Pulau Redang. itu yang boleh rancang awal2.
  2. lagi satu senang sikit, pepagi lepas check out terus parkir kereta sebelah terminal feri then pergi breakfast di Pasar Payang. kedudukan antara JETI dengan PASAR PAYANG tak jauh mana pon. jalan kaki pon boleh sampai. sesambil exercise. gittew ^_~
  3. kemudahan bank - ada Maybank, CIMB, BSN, Affin, Bank Islam 
  4. deretan kedai makan- boleh pilih nak makan di area stesen bas, kfc atau ke Pasar Payang
  5. deretan kedai baju- boleh lah kot2 nak shopping selai dua baju, ada juga kedai juai kain pasang, ada mydin.. 
  6. dekat dengan masjid putih- 2 malam di hotel ni we all dapat dengar kuliah maghrib dan subuh. kalau nak berjemaah di masjid, boleh je berjalan kaki. pon tak jauh mana.

tapi, itu hanya lah perancangan.. seperti dikatakan di awal entry tadi, ceq terlupa booking hotel yang dah di aim itu. so, acaner ?? 

tak pe lah, ummi yang mithali ni cakap, relax and cool.. jom pi isi perut dulu. jalan punya jalan, jumpa kfc. terus masuk. first sekali bawa Rania ke toilet lah. ayah Rania yang orderkan makanan. 

asalnya nak cari nasi putih, pastu malas nau nak kuar cari parking lain. itu yang cari aje apa yang terdekat. itu pon just order ayam original, nasi dan fries. kenyangkan perut Rania dulu. kang dia buat hal, apa pon tak jadi. sambil dok menyuap Rania, sambil kepala dok mikir mana nak tidur malam nanti. nak pusing mencari hotel dalam bando, dah boleh bayangkan kepenatan itu. hohoho. 

selesai makan, i pergi semula ke Hotel Dj Citi Point tapi dalam hati berdoalah moga2 ada bilik kosong. kot2 ada orang cancel last minute, kan!! 

langkah je masuk Hotel Dj Citi Point, receptionist bagitau ada bilik kosong. kebetulan sangat. yeay !! yeay !! akhirnya doa kami dimakbulkan. so, apa lagi terus lelaju cakap nak bilik tu.

Oh ya, untuk parking tak payah risau. andai sampai awal then ada slot kosong di depan hotel, boleh aje parking di depan hotel atau boleh aje pilih mana2 slot kosong berdekatan hotel. cuma kena bayar lah. ala, murah je. kalau nak parking di sini sepanjang ke Pulau pon boleh. korang hanya tinggalkan duit dekat receptionist. nanti dorang tolong masukkan duit. nampak baguskan dorang boleh tolong ;)


so, inilah bilik we all di Hotel Dj Citi Point, Kuala Terengganu. kedudukan Hotel Dj Citi Point yang sangattt strategik. senang. mudah nak ke BANK, PASAR PAYANG, JETI, STESEN BAS DLL. alang2 saya dah pernah bermalam di sini, so, nak share lah secara menyeluruh tentang keistimewaan hotel bajet pilihan saya kali ini (",) walaupon hotel bajet tapi keadaan bilik sangat lah tip top.

macam biasa lah kena naik tangga. tak ada lif ye. deko yang cantik dan kemas sepanjang menaiki tangga. tersusun frame gambar tempat2 menarik di Terengganu.

bilik we all di tingkat 1. nasib lah dapat 1st floor.. lau tak jenuh nak membilang anak tangga naik ke atas.. tau tau aje lah bila dengan anak kecik ni.. dah lah habit Rania pantang nampak tangga.. ada aje akainya.. 

ruang menonton 

laluan ke bilik. 

bersih + kemas

..dapat bilik DELUXE (1 QUEEN, 1 SINGLE)
SEMALAM RM90..
 

.. tengok Rania.. nampak aje tilam, terus landing.. nampak nau letih bebenor.. 

bilik ni ade tingkap. tak de lah rasa terperok sangat bila duduk dalam bilik. bertentang pintu toilet ada cermin besar. 

bathroom.. 

basic je. tak ada bathtab tapi bersih dan luas. air pon laju. water heater pon berfungsi dengan baik. towel disediakan..

paling penting bilik air ada hos. senang nak buat 'kerja' nanti. mana paham, paham.. tak paham sudah. hiks 

tv ada channel astro, esbok kecik, cerek letrik, sejadah juga disediakan. arah kiblat juga ditunjukkan. ekon pon sejuk.

nak apa lagi???

janga risau dalam bilik terdapat 5 unit plug. 1 di katil queen, 1 di katil single dan 2 lagi dekat bawah tv. plug untuk tv asing. macam we all memang jenis kalau ke mana mana sama ada balik kampung pon suka bawa extension plug, senang nak charge hp, kamera.

tempat gosok baju juga disediakan tapi di luar bilik lah.

pendek kata kemudahan yang disediakan terbaik lah bagi hotel bajet cenggini. nak apa lagi, kan!  just nak tumpang tidur dan beristerehat sekejap. jadi lah, kan!! 


bermalam di sini selama 3 hari 2 malam. tidur pon lena. tak ade gangguan bunyi. so, saya bagi 5 bintang sebab tersangat lah selesa dan berpuas hati dengan tahap kebersihan hotel dj citi point ni. walaupon standard hotel 3 bintang tapi i tetap bagi 5 bintang. 

bagi yang memandu sendiri, boleh waze je.. taip aje nama penuh hotel.. nanti sampai depan hotel waze bawakan. senang dan pantas ~

jangan risau bagi yang naik bas, kalau datang awal pon boleh aje bermalam di sini, sebab jarak stesen bas dengan hotel dj citi point ni pon dekat juga. pendek kata pi mai pi mai tang tu aje. memang dekat lah ^_^ 

bagi yang berminat untuk bermalam di Hotel Dj Citi Point, Kuala Terengganu ni, ciksu sertakan alamatnya: 

Alamat:    
No.16,Pusat Niaga Paya Keladi,
Jalan Kampung Daik,
20000 Kuala Terengganu,Malaysia.

Email: djcitipoint@gmail.com

Tel: 09-630 9909
Fax: 09-630 9908

~selamat bercuti~

Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Terengganu Trip: Hotel Dj Citi Point, Kuala Terengganu"

Bestnya jalan jalan kat kuala terengganu. Last time pergi tahun 2009. Dah lama benar

Asslmkm ciksu. Bestnya bercuti ke tganu. Kita blm pnh lg smpai ke sna..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF