Terengganu Trip- Kuala Terengganu, Pulau Redang & Marang


Terengganu Trip|Sebenarnya sudah sekian lama berhajat nak ke Terengganu. sejak dari Rania belum ada lagi. tapi tu lah tak pernah menjadi-jadi ^_^ orang kata belum sampai masanya lagi, kan!!

so, bila berpeluang ke Terengganu pada tahun 2016, memang short list lah tempat-tempat yang nak pergi. alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan ke sana walaupon dengan anak kecil yang berusia 2tahun 2bulan. sangatttttttt lah mencabar. nak-nak Rania dah free diapers.

we all pilih Kuala Terengganu, Pulau Redang dan Marang sebagai destinasi untuk trip kali ni. terengganu ni besar. so, pilih yang mana terdekat dahulu dan yang betul-betul teringin nak pergi. nak-nak Pulau Redang tu. dah lama impikan sebab nak buat aktiviti snorkeling dengan Rania. ehehehe. macam lah Rania tu tahu nak bersnorkeling, kan!!! ^_~

ini buat panduan yang nak ke Terengganu dari key el lah.. sebab ari tu ada lah juga google cari info cara nak ke sana dengan kereta tapi tak banyak info yang i dapat.. kebanyakkan ke Terengganu naik flight atau bas. rata-rata geng backpackers.

kalau ikutkan we all pon nak berbackpackers  ke sana. nak naik bas aje pada awalnya.. bila dipikir-pikir balik, kang tak puas pulak berjalan.. dah tu nak gerak ke satu-satu tempat macam tersekat je nanti, itu yang buat keputusan nak drive sendiri ke sana. senang ape ape hal nanti.

so, marilah kita mulakan permulaan trip kita ni dari key el lah ye. baru syiokk sikit nak bercerita.

jom kite 🚶🚶🚶🚶🚶

8 Oktober, 2016
bertolak jam 8pagi. keluar ikut Tol Gombak nun haaaa. then ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT). alahai... punyalah jauuuuuuhhhhh.... adeiii.

nama pon pertama kali ke Terengganu. so, memang tak nak masuk ikut laluan Kuantan-Terengganu. takut jem dan melambatkan perjalanan. walaupon nama aje highway tapi tak ramai pengguna menggunakannya. lepas aje exit kemaman, dungun, paka, kerteh dsbnya memang sunyyyiiiiiiiii sangat. agak membosankan..

bayangkan lah kereta we all aje yang ade atas highway masa tu. kendian ade lah 2,3 biji kete lagi tapi jarang-jarang sangat nak jumpa. sampai satu tahap we all pelik dan tertanya-tanya sendiri. tak ade orang ke nak ke terengganu? aahahahaha.

kemungkinan sebab LPT masih baru dan kalau korang nak tahu, boleh dikatakan setiap R&R yang we all singgah, pon tak ramai orang. katanya sejak-sejak dikenakan tol, ramai yang lari guna jalan lama semula. betul ke ?

suasana R&R di LPT tak sama macam R&R di highway utara selatan. memanjang ade orang tak kira time weekday atau weekend. nasiblah we all bertolak ke sana awal pagi. kalau malam, boleh bayangkan tahap kesunyian tu macam mana...

TIPS:
  1. hati-hati lah memandu time guna LPT ni.. nak-nak lepas aje exit ke Gambang. start dari sini lah kereta dah mula berkurangan.. memandangkan ramai yang exit di sini.. iye diakui LPT memang luas, jalannya lurus tapi jalannya tak lah elok mana.. sebab bila kita memandu terasa jalan tu tak rata.. rasa melantun-lantun je bila memandu tu. so, kena lah pandai2 kawal kenderaan.. jangan pandu laju 
  2. kalau nak ke terengganu seandainya drive sendiri better guna jalan kuantan-terengganu. selepas masuk LPT boleh je pilih mana-mana exit yang berkenan. bermula dari Gambang dan seterusnya. janganlah memandai nak drive guna LPT sampai ke Kuala Terengganu.. jauhhhhhhhhhhhhhhhhh yak mat weiiiii..
  3. laluan jalan lama - kiri kanan ade kedai makan.. maybe traffic perlahan lah sebab banyak kenderaan. ini pengalaman we all time balik. pilih laluan terengganu-kuantan. lapang dada bila tengok kiri kanan banyak kedai makan, stesen minyak, kereta pon banyak dan lain-lain kemudahan..
  4. sepanjang jalan kiri kanan dari terengganu - kuantan, penuh dengan lampu. tak de lah gelap memanjang. jalan pon ok je. straight dan tak susah mana laluan ni. ikut aje signboard/ waze.. in shaa Allah, tak sesat barat..
  5. stesen minyak non hado sepanjang LPT - macam we all ari tu.. exit bukit payung.. itu pon lepas tanya sorang pakcik ni masa singgah solat di R & R sebelum exit bukit payung tu. bayang kan lah dari exit tol bukit payung tu, nak jumpa traffic light pertama.. perghhhhhhhh boleh tahan jauhnya. lepas jumpa traffic light pertama tu just pandu terus. jumpa singboard shell, tgk signboard katanya 6km je. we all pon ikut aje lah. pandu punya pandu, bukan 6km pon, rasanya lebih lah.. adeiii. jumpa traffic light kedua. pandu kanan. ambil laluan nak ke marang. lepas isi minyak kene u-turn di bandar Marang. kendian baru lah ke Kuala Terengganu. disebabkan takut tak jumpa mana2 stesen minyak, maka ke situ juga lah we all. padahal kalau ambil terus laluan ke Kuala Terengganu, sepanjang jalan banyak aje stesen minyak dorang. cuma bila perasaan risau, takut mai serentak. mula lah cuak. masa ni memang lah guna waze tapi biasa lah waze ni kan suka bawa kita guna jalan yang tak kena jem.. ini bukan setakat tak kena jem, kereta nak nampak bayang pon susah.. hiks (",)

kalau ikut my style memang suka ikut guna laluan lama sebab mudah minta bantuan jika berlaku kecemasan. ikut pesanan my ayah. zaman bujang masa duduk penang, tiap kali nak balik kampung, ayah suruh guna laluan kota kuala muda-tikam batu-sp-gurun-alor star. senang apa-apa hal katanya. masa tu guna moto jek.

berbanding dengan cik abe rimas + tak suka. lambat katanya. hohohoho. ari tu disebabkan ayah rania nak juge balik kl time malam, mau tak mau memang kena dengan cakap ummi rania lah. dah la jauh, bawa anak kecik, so, jalan selamat pilih laluan jalan lama. lambat pon lambat lah bukannya nak ke mana pon. nak balik ke rumah sendiri aje, kan!!!! bukannya nak kene punch ke ape. betul tak???

mmmm.. ape pon we all okje.. yang penting sebelum bertolak dah siapkan bekal. senang kalau lapar-lapar dalam kereta, kan!! terus kunyah jek. rasanya we all singgah R&R selepas Gambang kot. pon tak ramai orang. masa kat R&R Gambang tu, penuh orang. dekat area food court sesak. kebetulan ada dua biji bas air force singgah di situ. campur lagi orang awam yang lain.. bayang kan lah..

menu bekal ari tu ada:
kentang goreng
bihun singapore
makaroni
cheese omelette
buah buah
air panas + air mineral


aktiviti rania dalam kereta sepanjang perjalanan ke Terengganu.. kita yang dewasa pon bosan, inikan pulak anak kecik ni haaa.. lagi lah tak betah dibuatnya.. dalam kereta, ade aje xtvt yang nak dibuatnya.. sabau aje lah nengok..
           

hentian R&R.. bersih, luas, masih baru.. nampak. tak ada orang pong.. lenggang je. padahal dah tengah hari rembang ni.. tapi tak ingat plak hentian mana..


inilah pengalaman pertama di hari pertama perjalanan ke Terengganu.. sampai ke bando Kuala Terengganu pon lepas zuhur.. lebih kurang jam 3:30 petang.. time ni dah tegang habis urat-urat ni haaaa..

in shaa Allah, next entry nak share bab hotel plak.. ini pon satu hal jugak. ekekekeke.. maciam-maciam hal lah ciksu ni... kata percutian terancang.. sekali ada juga yang tersasul. ahahahaha. maklum lah, lepas bersalin.. banyak urat putuih.. kadang tu ada juga yang terlepas pandang..
ade je alasannya, kan!!!

apa permasalahan ittew.. tunggu next entry k...

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Terengganu Trip- Kuala Terengganu, Pulau Redang & Marang"

LPT tu musim perayaan je baru terasa meriahnya, ramai yang balik kampung :D

Wahhh seronoknya viksu pergi Pulau Redang. Kalau LPT nak ke Terengganu tu memang sunyi sikit ciksu. Kereta pun kadang tak banyak

T'ganu memang tempat yg cantik utk dikunjungi
Kakak dua tahun lebih asyik ulang-alik aje selalu sebab anak belajar sana.

Asslmkm ciksu..
Tkutnya bila lalu highway, tp xde orng. Pastu susah nak jmpa kemudahan tmpat minyak atau tandas.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF