Terengganu Trip: Pasar Payang dan Jeti Syahbandar (Day 2)

Alhamdulillah tidur di hotel yang sangat selesa. Tidur  yang lena tanpa gangguan. Rania time ni memang dah free diapers. So, bila bermalam di hotel agak cuak juga. Risau takut Rania terkucil. Al-maklum lah guna ekon. kebetulan malam pertama di sini huja turun!! Untuk ini next entry lah ciksu kongsikan cara handle anak yang free diapers time travel.

Entry ni, nak berkongsi aktiviti hari kedua we all di Bando Kuala Terengganu.

9 Oktober, 2016
Bangun pagi lepas subuh, golek2 dengan Rania dulu, dalam pukul 8 lebih baru keluar cari makan. Bawa anak kecik time trip gini, memang kene ikut mood dorang sokmo. Kalau ikutkan time macam ni di rumah, Rania memang sedap lena lah. Nak kejut dia bangun ni pon puas ~

Pagi kedua we all berjalan ke Pasar Payang. Nak bersarapan di sini.

inilah Pasar Payang. kalau nak ke jeti, jalan kaki terus je ke depan nun haaa. sampai lah nanti. kalau naik kereta tak boleh, sebab jalan tu one way. kena pusing sikit, baru boleh sampai ke jeti.. ala, tak jauh pon. 

Berbalik pada Pasar Payang.. di sini macam2 ada. nak cari apa.. kain songket, kain sutera, keychain, kain batik, makanan kering, makanan basah, kepok basah, kepok kering, rempah ratus.. telur penyu pon ada orang jual di sini.. pendek kata semua adalah..

sampai tak tersenarai sebab banyak sangat.. cuma nak pesan dekat korang, kalau dah ke mari, sila lah tawaf Pasar Payang sepuas-puasnya. kalau tidak nanti comfirm korang rasa rugi yak mat ;) 

Cuma Pasar Payang ni macam dah uzur. Kalau renovate, buat cantik2 comfirm lagi cun. Masuk toilet pon air bertakung. Sangat lah tak selesa. huhuhu. Maklum lah, Rania asyik dok ulang alik masuk toilet, itu yang tak berapa nak berkenan tu. 

Ini antara kuih muih Terengganu. belum pernah tengok dan makan. Dalam banyak2 kuih yang dibeli, ciksu paling suka KUIH PASUNG ni. Sedap, tak manis, rasa lemak2 santan dan manis gula melaka tu je. Rania pon suka.

Kuih ni beli di Gerai Pok Him. bahagian bawah Pasar Payang. Kuih muih yang Pok Him jual murah-murah. 5 singgit. haaa, mana nak dapat kalau di key el, kan!! hari ke 2 sarapan di sini pon borong kuih muih, buat makan di pulau nanti. risau tengah2 malam kang lapo. ekekeke.

                 
Pok Him pakai cap putih tu.. sibuk melayan tetamu. pelbagai jenis kuih muih, nasi ada dijual. pilih ikut selera anak tekak memasing.

Selesai membeli kuih muih, naik ke bahagian atas Pasar Payang. Area Food Court. ada banyak kedai makan... pilih lah nak duduk mana2 pon.

We all pilih kedai akak ni sebab kedudukannya dekat dengan laluan nak turun ke tangga menuju ke toilet. Bila anak free diapers pergi mana2 kena tanya bab toilet dulu. pa pe senang nanti.

Di kedai ni just order minuman, nasi dagang dan kopok lekor. Tetiba je time bercuti tekak teringin pulak nak minum teh tarik. ahahaha. Padahal tak suka sangat pon teh tarik ni. Kalau minum pon teh ais. Itupon last minum masa ngandungkan Rania. Teringin nau nak hirup teh ais. Merata pusing kedai cari teh ais torbaek. hiks :)
    
atas meja setiap kedai ada nasi dagang versi bungkus, ubi rebus, kuih muih~

nasi dagang versi bungkus. kalau tak mau makan yang bungkus, order yang lain. dorang letak dalam pinggan~

Selepas breakfirst, jenjalan ke area jeti. Lama jugak duduk di situ. Saje melangut tengok orang beratur nak masuk pulau. walaupon dah penghujung musim masuk ke pulau tapi boleh tahan ramai juga yang masuk ke pulau. Maybe orang pulau kot. Dah puas meninjau kawasan jeti, check tempat nak ambil tiket dan tempat parking kereta, dah lega. Esok senang lah sikit sebelum bertolak ke pulau ~

 JETI SYAHBANDAR. tak ade lah besar mana tapi luas dan selesa juga. kalau datang awal boleh lah try parking dalam ni. parking dalam ni terhad sangat ~

tempat menunggu ada di luar dan di dalam. di luar ni pon best. berangin je. kipas pon ada~

cat warna putih tu, kaunter collect tiket.. sebelah kaunter tiket, kaunter tiket Taman Laut.. nak ke Taman Laut kena beli tiket asing RM5.. beli sesiap selepas collect tiket feri ~

ruang menunggu bahagian luar.. banyak kerusi disediakan, nampak kipas tapi rasanya tak payah on pon tak pe sebab memang berangin je duduk sini ~

ruang menunggu bahagian dalam. ada tandas dan ber-ekon~

Sesambil lalu nak balik ke hotel, singgah bergambar di sini sekejap. di tugu Bukit Putri. Tak naik pon. Tengok anak tangga naik ke atas, terus cancel. ahahahha. Bawa Rania naik tangga memang tak lah, kan!!

Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Bertentang dengan Jeti Syahbandar ~

ummi sayang kakak. 10/8/2016 genap lah Rania 2tahun 2bulan.. 

Melintas depan Bazaar Warisan. Boleh tahan besar. Rasanya baru di bina. Nampak baru berbanding Pasar Payang tu. Bangunan ni bertentang dengan Pasar Payang. Di sini ada kedai jual kain pasang, baju batik, dan lain2 juga. Sambil lalu sambil singgah tengok. Pastu terus lelaju jalan balik ke hotel.

Oh ya, sebelum tu nak bagitau lah  dekat area sini juga dekat dengan Dataran Syahbandar. Ada juga ke situ tapi macam tak menarik sangat sebab tak dapat nak tengok laut. Masih ada projek penambakan di pesisir pantai. Tapi tiap jumaat ada Pasar Malam dekat Dataran Syahbandar ni ~

Balik bilik just golek2 dengan Rania sampai waktu zohor. Selepas zohor baru gerak ke Mengabang Telipot.

Next entry jalan-jalan cari makan ke Mengabang Telipot. Apa yang menarik di sana..

Stay tuned..


Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Terengganu Trip: Pasar Payang dan Jeti Syahbandar (Day 2)"

Kakak pernah nak pengsan ketika di Pasar Payang ni CikSu. Masa tu musim panas konon nak cari kain pasang sutera last lain jadinya. Keluar terus abg suruh masuk kereta buka aircond.

Tapi betul kuih-kuih di sana sangat menarik kan.

wahhh! sakan berjalan...Sally pun kalau blk kelantan atau g rumah makcik kat besut, mmg sakan makan kuih muih sana...murah + jarang jmpe kat KL

Dulu2 masa duk Teganu, selalu gie paasar payang ni.
Nak apa semua ada.

pernahpegi dah sini..rambang juga mata.. macam2 ada

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF