Terengganu Trip | Pulau Redang (Tiket dan Feri)

Pulau Redang|In shaa Allah nak siapkan entry Pulau Redang ni part by part. niat di hati hanya satu. nak berkongsi dengan uols mengenai pulau yang ada di Malaysia.

Masih cantik dan harus dikunjungi. Walaupon coral dah tak berapa nak ada dan banyak yang mati dari hidup TAPI masih boleh kalau uols nak tengok alam marin. pallinggggggg bestttttttttttt dapat tengok ikannnnnnn dekat-dekat. aktiviti snorkeling memang besttttttttt di Pulau Redang.

Ya Allah, tak tau lah nak gambarkan macam mana saat dapat tengok hidupan marin dengan mata kepala sendiri. Teruja sangat. Paling penting memang puas hati dan berbaloi dengan 1st trip ke pulau dengan Rania ni. Boleh nampak yang Rania enjoy dan happy dengan trip ni. Ahamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki dan peluang ini.. 

Ummi Rania memang pencinta alam semulajadi. So, harapnya Rania pon akan tanam minat yang sama. Senang nanti ummi nak bawa pergi mana-mana. Baru sempoiiii, kan!!! 

Ok, dah bersedia.. jom sesama ciksu ke Pulau Redang.. sebelum ke pulau, kene beli tiket dulu lah. then baru lah boleh masuk pulau. HEWHEWHEW.

Memandangkan we all ambil pakej dengan REDANG LAGOON makanya segala urusan jual beli tiket feri ke pulau diuruskan oleh pihak Redang Lagoon kecuali tiket ke Taman Laut kena beli sendiri. 

10 Oktober, 2016

Jam 7:55pagi check out dari hotel Dj Citi Point. pandu ke tempat parking bersebelahan jeti syahbandar. tak jauh. sekali pusing dah sampai sebab laluannya one way. kalau dari hotel Dj akan lalu depan Istana Maziah. orang kata tak dan panas bontot duduk dalam kerete. tup, tup dah sampai.

bayaran masuk RM6 per entry.
seawal jam 7pagi dan dibuka. 
nak parking dalam kawasan jeti pon boleh, itupon kalau masih ada kekosongan. nasib lah. pat-pat siku lipat, sape cepat die dapat >_<

Hari kejadian seawal jam 8pagi dah pergi kaunter. memang nawaitu nak naik feri first trip ke pulau. nak ligan aktiviti snorkeling yang pertama pada jam 2:30 petang. so, kena pandai-pandai uruskan masa ye.

terus ke KAUNTER 3, bagitau nama orang yang booking dan perlu isi nama penumpang di borang khas. INGAT no ic memasing dan anak-anak.
TAK PERLU BUAT APA-APA BAYARAN DI SINI.
SIMPAN TIKET BALIK ELOK-ELOK SEBAB DORANG BAGI SEKALI.
HARGA TIKET SEHALA RM55.

cuma BELI TIKET KE TAMAN LAUT DI KAUNTER SEBELAH. ini tidak termasuk dalam pakej. sendiri-sendiri beli. HARGA TIKET TAMAN LAUT
RM5 untuk dewasa
RM3 untuk kanak-kanak 
Rania foc

tiket feri sejahtera 2
tiket taman laut

Waktu tuntut tiket feri, awal lagi. pastu we all jalan kaki ke pasar payang untuk breakfast. nak dijadikan cerita, ayah rania tak tengok pon tiket. sikit pon tak tengok. dapat, terus simpan dalam beg. padahal dah tanya kat amoi di kaunter. feri on time ke? ya, jawab amoi tu. on time tu pukul berapa. ntah tak tahu. dalam kepala otak dok bajet jam 9:30pagi. AHAHAHAHA

Maka berlenggang kangkung lah anak beranak ni ke pasar payang mencari makanan. ayah rania dah cakap jam 9 kite gerak ke kerete, ambil bag. ummi rania okje.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. memang senang hati sungguh lah. sebelum ke kete singgah di kaunter taman laut beli tiket sebab tadi belum buka. kendian berjalan lah ke kerete ambil bag. tersengguk-sengguk kuarkan beg dari bonet kerete. 

Ruangan menunggu (selesa, beraircond, ada toilet). 
ummi sibuk dengan Rania yang nak ke toilet, moh le ke toilet dulu. tunggu lah ayah rania sensorang. nak dijadikan citer, nasib baik lah ayah Rania ringan mulut pergi bertanya petugas di laluan keluar menuju ke feri. sekaliiiiiii haaaaaa.... ambikkkkkk ngko...... orang lain dah selamat naik feri dah pom.. kami 3 beranak aje belummmmmm.. mak aiiiii..

Keluar toilet, ayah Rania dah tercegat tunggu.. cepat katanya, kita dah lambat. masa ni jam 9:07pagi. feri patutnya dah jalan dah pom.. ooiiiiii.. apa lagi, berlari-lari anak lah kami ke feri.. tercunggap-cunggap ceq tau.. boleh tahan jauh dari ruangan menunggu nak ke jeti nun... alahai sangat, dengan dukung Rania lagi.. galas beg lagi.. memang semput mak jah ni haaaa.

Rezeki kami lah dorang tunggu.. kalau naik flight memang kena hye hye.. bye bye lah jawabnya ni, kan!!! mau nangis tepi bucu kaunter beli tiket on the sport. HUHUHUHUHU

Nasibbbbbbbbb kami lah.... dapat juga naik feri jam 9pagi ni. kalau tidak mmmmm... melepassssss lah  >_< kena tunggu next trip plakkkk gamaknya. memang tak dapat nak bayangkan.. 

rania time ni selsema plak. lega batuk kene selsema plakkk. adeiii. di usia 2 tahun baru kali pertama kena serang batuk & selsema.

rania teruja + happy sebab ini kali ketama naik feri. genap usia 2tahun 2bulan. surprise treat untuk Rania sempena ulangtahun yang ke 2, stop susu ibu dan free diapers di usia 2 tahun (",)

warna air laut berdekatan jeti

nak ke Pulau Redang ambil masa 
1 jam 30 minit. seat dalam feri sangat selesa + beraicond. sejuk anggattt. Rania so far baik-baik aja. memula aje ke hulu ke hilir. sekejap nak duduk tepi tingkap lah, nak baring lah, nak cuci tangan lah. adeiii.. naik pening ummi dibuatnya. dah puas explore  nak susu lah, air lah, roti lah, buang air lah. perghhhh lap peluh ummi ni haaaa. bertabah aje lah ummi iye ni melayan kerenah Rania ni. dah lah asyik nak melekat dengan ummi manjang dengan ayah tak mo. 

kalau macam ni ummi tak kisah. okje nak melayan tapiiiiiii jangan menangis. ummi cepat naik angin ok. sebab memang tak suka kalau jenis nangis-nangis, boleh serabut jiwa raga.. kadang sampai hilang mood tau. 

dah penat, baru lah nak duduk diam. sudahnya dua beranak ni terlena juga. so far, Rania tak de muntah ke ape ke. okje. ummi iye yang awal-awal tu dah mula pening sebab banyak bergerak, sampai pulau baik-baik juga. tak ade adegan mabuk laut.. alhamdulillah ^_~

 bila dah sampai area pulau kene transit ke feri khas untuk dibawa sampai ke tepi pantai. time ni baru sempat snap gambar feri. masa nak naik tadi tak sempat snap ahahahaaha. dah lah lambat, kalau hegeh-hegeh nak snap gambar juge, mau kene tinggal terus. lagi nayaaa.. ekekekekeke. 

inilah feri yang bawa we all ke pulau redang. besar, luas dan selesa. perjalanan 1jam30minit tak terasa. 

bye bye feri sejahtera. rabu nanti datang jemput we all oke ~_~

jenggggg.. jenggggggg.. jenggggggggggggggg


MasyaAllah.. terpegun, terpesona dengan warna air laut di Pulau Redang.. 

Stay tuned.......



Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Terengganu Trip | Pulau Redang (Tiket dan Feri)"

Betul-betul nasib baik CikSu kalau tak memang nangis kat bucu kaunter ye hihi..
Rania ni kira lasak juga CIkSu. Boleh tahan tak mabuk tapi ligat nak itu ini. OK juga kalau setengah budak kalau selsema mahu merengek memanjang.

Seronok ye Rania dapat naik feri. Hehe. Cantiknyaa air laut, biru aje :)

bestnya jalan2..terengganu mv tak smpi lagi

bestnyaa
lya y duk trg x pnh jejak lg

miss pulau redang..pulau yg sgt cntik

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF