Jalan-jalan cari makan di Ikea Cheras, KL

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Bila lagi nak ke sini, tak tahu lah plak. so, ini kunjungan kali pertama di awal tahun 2017. Next kunjungan.. bila????? tunggu...

Kawan baru Rania..
ke mana pergi, mudah aje mencari kawan. kenal dengan kawan baru ni time beratur nak ambil makanan. boleh dua orang anak bertuah ni, dok bergayut kat palang yang ada sepanjang laluan beratur.

Bagi saya sebagai ummi Rania, Rania ni mudah mesra. pandai bergaul. peramah pon iye jugak. pantang nampak kawan seusia, akan disapanya.

Doa ummi, semoga sifat ini kekal dalam diri Rania. jangan sombong bila berada di tempat orang tapi berhati-hatilah memilih kawan. pandai-pandai lah jaga diri. Ingat ALLAH walau di mana jua berada.. (",)

Menu pilihan..

meatball ikea

kek pebret

kentang goreng untuk rania.. rania ni satu je puji sikap die.. walaupon letak nugget kat sebelah tetap dia tak ambil. entah tak minat barangkali. ummi buat yang homemade dulu-dulu pon dia tak makan..

family kawan baru Rania

nenek kawan Rania ada share tips kalau nak lekat/ pregnant..
suami isteri kena selalu makan taugeh.. setiap hari mesti makan walaupon dalam kuantiti yang sedikit.
sama juga nenas.. tapi bila dah lekat jangan lah diamalkan pulak makan nenas tu yek. ada yang tahan boleh turun darah..

suka nau berkawan..

Mencari barang keperluan
 
frame ~ untuk letak gambar-gambar permata hati 

bunga-bungaan penyeri hidup

pasu bunga pelengkap hidup bunga-bungaan 

seronokkan kalau duduk rumah ada tanah. boleh bercucuk tanam.. bestnya 😁

Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Jalan-jalan cari makan di Ikea Cheras, KL"

kalau singgah KL wajib pegi ikea..ihihi

best kan meatball tu.
aida baru skali makan kat food court ikea.
style nyer mcm kat asrama :) ha ha
bwk troli. pilih cawan. pilih pinggan.
nice experience.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF