Jalan-jalan ke Setiu, Terengganu.



Kebetulan sangat boleh sampai ke Sungai Tong sebab member sekolah rendah dapat jodoh oghe Setiu. Masa kenduri sebelah perempuan di kedah saya tak balik. Kan baru sampai sini. Macam jauh jah nak balik ๐Ÿ˜€ Alang-alang sudah berada di bumi Terengganu, maka ke sana lah we all pada 29/1/2017. Majlis sambut menantu sebelah lelaki.

Boleh tahan jauh juga sementara nak sampai ke destinasi. Guna waze je ke sini. Itupon boleh lagi tersalah rumah. Ekekeke.
Kebetulan ada dua kenduri berdekatan, we all tersalah masuk lorong. Ahahaha. Tapi nasiblah tak jauh mana pong. Patutnya masuk lorong kedua tapi kami termasuk lorong pertama. Nasib belum makan nasi lagi. Hiks.

Mau tak pelik, masa sampai sempat call member dulu, tanya pengantin dah sampai ke belum. Katanya dah sampai. Tapi masa dok jenguk tengok ke rumah pengantin tak nampak pong. Sekali salah rumah daaaa. Mmmm, patut lah pong ๐Ÿ˜‚


Oke inilah pengantinnya. Kecik molek aje orangnya. Makin lawa dan flawless. Tapi tetap sama masih ramah dan sangat caring.  Zaman sekolah cenggei nih. Pantang orang kacau comfirm kena smash. Heehehe.

Lama nau tak jumpa. Al maklum lah memasing sibuk dan bawa haluan sendiri. Rasanya lepas form 5 terus menghilang. Ini lah baru jumpa. Padahal duduk dekat aje. Toknya duduk di kampung saya. Bff zaman sekolah rendah sampai form 3. Duduk kelas sekali. Naik form pisah kelas sebab saya kelas B, pengantin kelas A. Bezanya pengantin ambil sains tulen, saya idok ๐Ÿ˜

Sekarang my bff nun jauh duduk di Hong Kong. Suaminya bekerja di key el. Ape pon saya doakan semoga my bff nurul asyikin mohd roslan dan pasangan sentiasa di bawah lindunganNya dan sentiasa dimurahkan rezeki walau di mana korang berada. Aamiin ๐Ÿ˜˜



Terima kasih ekin dan shah serta adik beradik. Sempat melayan we all walaupon sibuk. Pastu kemain banyak bagi goodies bag. Suka lah raniakusayang.

Bila lagi kita nak jumpa, kan!! Ingat Setiu, sebelum langkah ke Kelantan jangan lupa singgah rumah kami oke. Oh ya, adik my bff dapat jodoh dengan orghe Kelantan ๐Ÿ˜Š

In shaa Allah ada kelapangan nak pergi Penarik, Setiu pulak. Nak merasa ikan celup tepung di sana.


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Jalan-jalan ke Setiu, Terengganu. "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF