Jalan-jalan tahun baru (Part 1)

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

1 JANUARI, 2017

Selepas subuh siapkan apa-apa yang patut terlebih dahulu. Kemudian pergi sarapan. Sempat pergi pasar pudu cari barang untuk kereta. Sebelum jam 12 tengah hari gerak ke Highway Karak.
Tak lama kemudian keluar ikut Tol Bentong. Tujuannya jalan-jalan cuci mata nengok tempat orang. Bentong sebahagian daripada Daerah Negeri Pahang.

Daerah Bentong
Pertama kali jenjalan ke Bentong. Jom tengok apa yang ada. Layan lah sebahagian gambar-gambar yang sempat di snap sepanjang perjalanan kami ini 😘



Antara kemudahan yang ada di Daerah Bentong:
·         Hospital Bentong
·         Dataran Bentong
·         Stesen Bas Bentong

Tempat makan best di Bentong.
·         Lemang To’ki

Next entry ciksu kongsikan apa yang best di Lemang To'ki. In shaa Allah 😍

Daerah Raub
Kenyang perut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Teruskan perjalanan ke Daerah Raub. Ikut jalan kampung, Kiri kanan ladang kelapa sawit. 

Jalan raya kawasan sini tak rata. Naik turun jadinya. Kena kawal had kelajuan kenderaan. Jangan pandu laju. Sepanjang jalan ada papan tanda ingatkan pengguna jalan raya.
·         Jalan tak rata
·         Kawasan kemalangan

Tempat menarik dalam Daerah Raub:
·         Tanah Aina
·         Bukit Fraser




Kemudahan di Pekan Raub:
·         Hospital Raub
·         Dataran Raub
·         Marrybrown, KFC





Lain2 pasaraya pon ada cuma tak perasan sangat sebab lalu ikut apa yang ternampak.

Kedua-dua daerah di atas, pekannya lebih kurang pekan Kuala Kangsar.

Daerah Kuala Lipis

Hanya lalu dan terpandang Institut Perguruan Kuala Lipis, SMA Kuala Lipis. We all tak masuk pon kawasan pekan kuala lipis. Nanti ada masa nak juga ke pekan kuala lipis. Maklumlah kampung penyanyi kesayangan. Hiks 😉

 Selepas lalu simpang masuk ke Kuala Lipis, jumpa pulak simpang ke Cameron Highland bagi orang pantai timur nak ke sana. Baru tahu di sini rupanya sungai koyan. Hiks. Barulah boleh pakai pepatah "banyak berjalan luas pengalaman"..

 Walaupon tak ke luar negara, dapat tengok daerah dalam negara sendiri pon dah cukup berbangga. Kalau dapat berjalan ke luar negara, lagi lah den suko. Rezeki memasing, kan ! 
Ini pon dah syukur. Alhamdulillah.



Sampai lah jumpa traffic light. Ke kanan terus naik highway Gua Musang. Kalau terus pon sama juga ke Gua Musang juga tapi laluan jalan lama. 


Lenggang~ tiada kenderaan lain


Pastu nampak pulak signboard MERAPOH. Dulu-dulu selalu dengar berita tentang kemalangan area MERAPOH ni.

Bersambung... 

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Jalan-jalan tahun baru (Part 1)"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF