Jalan-jalan tahun baru (part 2)

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Sambungan jalan-jalan tahun baru PART 1 

Jom teruskan jalan-jalan tahun baru bersama ciksu.. ahaks ;) kali ni kita masuk ke Negeri Kelantan pulak. Kelantan kalau DAERAH dorang panggil JAJAHAN. tapi sama lah maksudnya tu. 

JAJAHAN GUA MUSANG


sepanjang laluan nak ke Gua Musang, nampak aje gua batu kapur ni.. 


penghujung highway ~ masuk jalan lama semula. boleh u-turn ke Kuala Lipis bagi yang terlepas..


Dari simpang naik highway Gua Musang, nak sampai ke R&R Gua Musang punya lah puas menunggu. Punya lah jauh. Lenguh  pinggang-pinggang. Adeiiii..

R&R Gua Musang~ Alih-alih dah sampai kat hentian, tak besar mana pon. Pastu tak boleh bawa makanan luar masuk. Ye ke?

Tempat duduk bawah-bawah pokok pon tak ade. Semuanya pakat berkumpul di meja. Nampak sesak plak. Kalau musim perayaan, macam mana lah erk situasi di R&R Gua Musang ni ye.. 

Rehat sekejap di sini, kendian teruskan perjalanan menghala ke Kota Bharu.


pintu gerbang~ selamat datang ke Negeri Kelantan

Sampai lah jumpa simpang nak ke Kuala Krai. Belok ke kanan. Dari sini nak sampai ke kawasan Manik Urai pon kemain jauh  Adeiii. Memang terkeluar lah dari mulut ni.. cakap jauhnya. Letih lah itu lah ini lah.

Sampai lah ternampak signboard FELDA CIKU. Dan-dan terus teringat majikan lama masa kerja di Sri Kembangan. Bos asal dari FELDA CIKU 2. Ahahhaha. Dapat juga tengok pemadangan di kawasan FELDA CIKU ni. Hanya ada ladang kelapa sawit di kiri kanan jalan.

JAJAHAN KUALA KRAI


Kuala Krai ~ air mula naik

tapak pembinaan ~ juga dinaiki air

pasar malam kuala krai. pasar malam area sini sampai waktu maghrib jah. tak macam di kolumpur.. kadang-kadang sampai jam 10 malam..



Kendian baru lah sampai kawasan Manik Urai, Kuala Krai. Nampak lah beberapa rumah baru yang dibina semula dan dicat warna biru. Cantik warnanya. Kawasan ni ada pokok getah, sawit dan sawah padi. Pemandangan yang sama dengan my kampong. Rindunya.

Di Pekan Kuala Krai nampak lah:
·         Kedai
·         Stesen minyak (Shell)
·         Bank
·         Secret Recipe
·         Marrybrown
·         Pusat perodua
·         Sekolah
·         Pejabat pos

Besar juga lah Pekan Kuala Krai. pon lebih kurang pekan kuala kangsar juga. 

JAJAHAN MACHANG

Jalan terus sampai ke simpang nak ke Jerteh/ Machang dan Kota Bharu. Ambik kanan terus ke Machang.

Apa yang menarik di Machang
·           Pekan Machang
·    Sawah padi
·    Pokok getah
·   UITM Machang

JERTEH, TERENGGANU 

persimpangan ~ kiri ke Pasir Puteh/ Kota Bharu. Kanan menghala ke Jerteh/ Kuala Terengganu..

Destinasi ~ Terengganu Darul Iman..

 Pisah pintu gerbang aje Kelantan dan Terengganu. Hihihi. Patut lah orang Jerteh cakap loghat klate, rupanya berjiran ajek. Tak dapat lah nak dengar loghat Terengganu. Saya suka dengar orang tranung cakap. Sedap je. Hehehehe. Ada abang sepupu nikah orang Kemaman, Lembut aje petah bicaranya. Tak macam ceq orang utara, kasaq >_<

meter ~ngam-ngam 900km.. kiranya dari kl ke jerteh dalam 500km lebih sebab sebelum tu dah bawa mil ke Felda Besout.

Terus pandu kereta sampai lah jumpa signboard ke Kuala Besut/ Bukit Putri. Landmarknya ada traffic light, petronas dan masjid kayu. Kalau terus selepas traffic light akan ke Pekan Jerteh/ Kuala Terengganu.

Jalan-jalan tahun baru sungguh. hihihi
We all guna laluan Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Jerteh ni memang puas sesangat tapi teramat lah jauhhhhhhhhh. Lenguh weii dok lelama dalam kereta.

Lalu setiap daerah dan kampung. Macam-macam ada. Cuma tak lah kami menyinggah. Kalau menyinggah setiap daerah yang dilalui, mau berejam baru sampai destinasi terakhir kami, kan! 

Jadi lah setakat pandang-pandang, jeling-jeling. ihiks +___^ in shaa Allah jika ada kelapangan, ke sana lah nanti.. aamiin.

Ok lah nanti sambung lagi aktiviti kami di Terengganu. Ke mana destinasi kami nanti? Hewhewhew..

Stay tuned. Daaaaaa…….
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Jalan-jalan tahun baru (part 2) "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF