Pengalaman Berubat Batu Karang

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸


Pengalaman berubat batu karang| sekadar berkongsi. sesungguhnya kita berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal setelah apa yang kita usahakan. Allah penentu segalanya.

Sabtu lepas ciksu ada kongsikan tempat untuk berubat batu karang, kan!! terlepas baca post ittew, boleh klik SINI.

Sabtu hari terakhir di tahun 2016, sekali lagi we all ke sana. memandangkan kali pertama agak lewat sampai di sana, jam 2 petang, dapat no 36. so, kali kedua ke sana, we all bertolak jam 9 pagi. ahahaha kononnya awal dah la keluar dari rumah. tup-tup sampai aja di Felda Gunung Besout 4, ayah perak dapat no 31. adeiiii ^_~ sabaq aje lah.. pelik bin ajaib betul :)

Time ambil no ni, belum sampai masa berubat lagi. time berubat selepas zohor. jam 2 petang. no boleh ambil apabila kita sampai di sini. nombor diletakkan atas pagar dekat rumah abang mie. bayangkan we all sampai jam 11:30 macam tu dapat no 30 ke atas. ciksu dok pikir sape lah yang dapat no 1 tu.. pastu jam berapa dia datang ambil no.. ahaahha..

Hari masih awal, we all gerak ke masjid felda gunung besout 4, duduk di situ. tak lama kemudian sampai lagi satu keluarga dari Kampar. dapt no 32. ok lah sebab belakang we all, kan !!! eheheheh.. sembang pi sembang mai, rupanya suami makcik ni pernah berubat batu karang 10 tahun yang lepas. alhamdulillah, dah baik dengan izin Allah.

Terjumpa satu keluarga ni dari Bagan Serai. pon datang berubat batu karang juga. bawa mak dorang. dapat no 20. dorang sampai di sini, selepas subuh. around 6 lebih gitu.. haaa, nampak!! tanya akak tu bertolak jam berapa dari rumah. awal juga katanya.. sendiri pikir lah ye.. kikikiki

Lama jugak di situ, macam-macam kami borak. masuk waktu zohor, selesai solat gerak ke rumah abang mie. tak jauh. apa lagi menjamu selera lah di sini. macam2 ada. kali ni makan mee bandung (2), nasi ayam (2), pisang goreng, abc, nasi lemak dan air panas untuk 4 dewasa. Rania tumpang nasi ayam umi sikit, pastu tak mo makan. nak main, ada geng ×_×

Kali ni Rania memang bosan. sampai time die nak tidur, boleh merengek ntah ape ape. adeii.. itu tak kena, ini tak kena. sabaq aje lah..

Part yang ciksu teruja, bila abang mie buat dekat ayah perak lah. sebab memang tengok dengan mata kepala sendiri. oh ya, ada dua orang yang berubat. sorang lagi anak abang mie. ayah perak kena dengan abang mie sendiri.

Kali pertama pergi ari tu, ayah diberi 2 botol air. air mineral boleh beli dekat kedai makan sebelah tu. nak bawa sendiri pon tak de hal. terpulang. kali kedua ni, ayah bawa 2 botol air mineral + 2 biji limau nipis. ini yang abang mie bagitau minggu sebelum tu. limau nipis tu, kalau boleh bawa yang banyak air.

Untuk ayah memula berubah tempat ke ruang tamu kedua. tak lama lepas tu, dorang masuk dalam bilik sebab ayah perak punya batu karang agak besar sebab doktor dah suruh operate bulan Mac, 2017 nanti. pastu dorang masuk bilik, ciksu tak ikut sebab Rania dah maciam-maciam. Hanya cik abe dengan mak perak aje join ayah perak dan abang masuk bilik. lama jugak. bila dorang keluar, abang mie lapik plastik putih, then potong limau, memang banyak air, limau yang mak bawa. masa ni lah abang mie kata "haaa, limau macam ni lah banyak air.." abang mie just perah, perah.. pastu nampak batu. memula tak nampak, ingatkan biji limau, sekali abang mie ambil dan tunjuk. memang besar lah. besar mana erk... mmmmm..

Korang pernah makan nasi, pastu tetiba tergigit batu dalam nasi. haaaa, lebih kurang besar tu lah batunya. warna putih.
suami ada rakam and ambil gambar batu tu..

selesai yang itu, abang mie suruh datang sabtu depan. untuk cuci lagi. takut ada serpih batu-batu yang pecah.

Apa kata Ciksu ;)

Kami bertolak balik jam 4 petang.. sampai kl 630 petang. letih + penat badan. seharian di sana dan atas highway. melayan kerenah Rania lagi. huhuhuhu. tapi syukur lah semuanya berjalan lancar. terima kasih Allah, kerana tunjukkan jalan dan mudahkan semuanya. alhamdulillah (",)

CUMA CIKSU NAK HABAQ.. KENA DATANG AWAL LAH KALAU NAK NOMBOR AWAL. DAPAT NOMBOR AWAL, AWAL LAH BALIK.. NAK DAPAT NOMBOR AWAL, KENA DATANG AWAL LAH JUGA.

AWAL TU PUKUL BERAPA??? TERPULANG. SENDIRI PLANNING LAH. AHAKS. 

NOMBOR AKAN DILETAKKAN ATAS PAGAR RUMAH ABANG MIE SEBELUM ABANG KELUAR PERGI SUBUH DI MASJID. INI YANG CIKSU TAU SEBAB TANYA AKAK KEDAI MAKAN TU A.K.A MENANTU ABANG MIE. 

Selepas isyak, hantar mak ayah perak ke Hentian Duta. we all tak dapat nak hantar balik kampung sebab we all ada hal lain.

Selamat tahun baru.. jumpa ciksu dan Rania di tempat baru nanti ye.. daaaaaaa (T______T)

Stay tuned...

Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Pengalaman Berubat Batu Karang "
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Hubby akak pernah kena tapi kakak buat sendiri dgn cara yg Dr Hamid Arshad sarankan. Boleh google CikSu

Alhamdulillah... ok juga batunya keluar dan tak jadi operation pun.

alhamdulillah.. keluar juga batu tu. dah tak perlu buat operation dah

Ada kenalan saya 2 kali kena batu karang. Suka tahan buang air .. last-last buat laser untuk pecahkan batu karang. Kita yang tengok pun rasa sakit, apatah lagi yg merasa.. :(

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF