Pindah Rumah, Pindah Negeri

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Sambungan jalan-jalan di tahun baru PART 2 

Haaaa inilah permulaan tahun baru 2017,
 we all pindah rumah. bukan setakat pindah rumah tapi pindah negeri juga ^_^

 Masih lagi belajar sesuaikan diri di tempat baru, dengan kengkawan baru, jiran baru. Pendek kata semuanya baru lah.. 

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah baru, negeri baru pada 1 Januari, 2017 yang lepas..

KE MANA ?? 

Jeng.. jeng.. jeng..
we all ke JERTEH, DAERAH BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

Hye hye sikit lah dengan blogger Kelantan dan Terengganu. Korang jangan lupa bagitau ciksu nah, mana-mana tempat makan best area Kelantan dan Terengganu. Selepas ini, misi jalan-jalan cari makan diteruskan ke Patta Timo la pulakkkk ~_^

HARI JUMAAT
kebanyakkan kedai tutup. Kalau ada pasaraya yang buka pon, jam 12:30 tengah hari akan ditutup dan dibuka selepas solat jumaat (2:30 petang). 

Serius, tak pernah lalui situasi sebegini. Ini pertama kali. Terkejut sekejap sementara nak membiasakan diri. 

Hari minggu hari jumaat dan sabtu. Tapi cik abe datang sini masuk kerja shift. So, kadang-kadang teroff hari jumaat, bila keluar jenjalan, tengok semua tutup. Tak tahu nak ke mana. Ambil masa nak terima keadaan sekeliling. Iye lah, dah biasa duduk bandar besar, memanjang mall dan kedai buka. Bila ke sini, kawasan kampung.. jadi blurr sekejap. hiks.

dapat duduk di Negeri Idaman hati.. 
Terengganu Darul Iman.. 
alhamdulillah.

Pulau Perhentian + Pulau Redang + Pulau Kapas... tungggguuuuu (",)

Kalau uols nak ke Pulau Perhentian, calling-calling lah ciksu yerk. Ada rezeki boleh lah jupe. Jeti Kuala Besut nak ke Pulau Perhentian dekat aje dengan rumah ciksu.. jangan lupa tau... mana nak tau, ciksu bermurah hati nak bagi tumpang bermalam di rumah ke, kan! hiks >_>

duduk area kampung kali ni..
tempat idaman hati..
ada sawah padi, ada laut..
alhamdulillah (",) 
Allah Maha Mendengar.. 


DAERAH -DAERAH Negeri Terengganu..
  1. BESUT
  2. SETIU
  3. KUALA TERENGGANU
  4. HULU TERENGGANU
  5. MARANG
  6. DUNGUN
  7. KEMAMAN

sebelum ni duduk johor tak sempat jelajah setiap daerah.. in shaa Allah, duduk Tranung kali ni.. Semoga ada kelapangan ada rezeki, harapnya berkesempatan lah nak jenjalan setiap daerah.. lagipon saya ramai kengkawan masa zaman kerja di kulim dan penang orang Tranung. hewhewhew.. boleh lah ziarah mereka jika diizinkan.. aamiin 

BALIK KAMPUNG 
Nak balik kedah atau kuala kangsar,
boleh balik ikut laluan Tanah Merah-Jeli-Grik..

kalau balik ke Kuala Kangsar dalam 6 jam.. ke Kedah kena tambah masa lagi lah.. 
kalau balik kedah dari Grik-Baling/ Sik-Sungai Petani.. 

perjalanan laluan kali ni tiada penggunaan tol lah nampak gayanya, kan!!! 

cuma perlu lebih berhati-hati sebab menggunakan laluan banjaran titiwangsa.. sedia maklum laluannya macam mana.. berbukit, laluan kecil, berpusing-pusing, berkabus.. 

Apa yang best di JERTEH? in shaa Allah, next entry ciksu kongsikan.. 

Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Pindah Rumah, Pindah Negeri "

Wah.. dah pindah ke tganu.. tukar suasana sibuk kepada aman sikit ye. Alhamdulillah. Moga dpt uruskan hal seharian dgn lebih baik di sana.. Kos hidup pun rendah sikit kan.. dpt makan ikang Segar sokmo.

Alhamdulillah cik sue dapat pindah terengganu...banyak tempat makan best...nanti update kat blog ye..boleh says jamu mata..no me sana jauh sangat

omg sue.
aida ni sgt la teringin nak ke p.kapas.p.perhentian...
nak tunggu ijat besar kit, sue.
baru syok nak enjoy kat pulau yg cantik nun.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF