Rosdet Tomyam, KL

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Rosdet Tomyam, KL| Entah berapa banyak entry mengenai kedai makan Rosdet Tomyam, KL ni dalam blog saya. ahahaha. ini bukan entry berbayar ye. entry ikhlas dari saya sebagai pelanggan setia di sini sepanjang menetap di KL. 
kalau buntu nak makan di mana, ke sini lah we all. 

bersih+tersusun+menarik 

Pernah dulu masa nak bersalinkan Rania teringin nau nak makan Nasi Paprik di sini. hari-hari ulang ke sini, rupanya dorang cuti balik kampung. kebetulan time tu bulan Ramadan, dekat nak syawal. so, dorang memang cuti lama. al-maklum lah sepanjang tahun bekerja tanpa tutup kedai. time nak raya memang balik kampung sakan lah bercuti. hiks. masa ni memang tak tahu sebab bulan puasa jarang ke sini, lebih selesa berbuka di rumah. tetiba 2014 nak pulak berbuka di sini. time sarat pulak tu.. adeiii.. penangan sungguh.. sudahnya lepas habis berpantang baru ke sini semula (",)

Bukan itu yang nak diceritakan tetapi nak bagitahu ini mungkin kali terakhir ke sini sebelum pindah. kunjungan bulan disember lepas, sepanjang gantung kuali. ekekeke. andai ada peluang ke KL, pasti akan singgah di sini. in shaa Allah. 

Pemandangan di Rosdet Tomyam, KL

Rosdet Tomyam berlatar belakangkan KLCC

sekarang dah tambah meja di luar juga

Menu di Rosdet Tomyam, KL

air barli kurang manis untuk Rania
teh hijau Ais untuk ummi
teh hijau suam untuk ayah

keropok ikan 

sambal belacan dah rasa lain. sedap lagi yang lama, cuma yang lama dulu pedas yak mat plus banyak nau biji cili

koteow goreng biasa biasa aje 

nasi paprik dah kurang cilinya, so, boleh makan tanpa asingkan cili dan biji. hiks 

nasi putih telur dadar 

Total: RM29.50

Kemudahan di Rosdet Tomyam, KL

salah satu kenapa saya suka ke sini.. tempat area makan bersih, surau luas + bersih, toilet bersih.

nak ke surau, toilet tak perlu lalu laluan ke dapur.. so, tak lah mengganggu kerja2 mereka di dapur.. 
sinki boleh ambil wuduk di sini

ada ruang udara

kemas dan tersusun

Bye bye Rosdet Tomyam.. doa saya semoga Rosdet Tomyam terus kekalkan tahap kebersihan, kepantasan dan keenakkan menyediakan makanan di sini ^_^ 

Panjang umur, murah rezeki, saya datang ke Rosdet Tomyam lagi ye (",)

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Rosdet Tomyam, KL"

Tempat macam inilah yg selalu membuat pelanggan akan datang selalu
Banyak kemudahan asas yg dekat.

bila kita suka makan.. mesti kita nak pergi lagi kan..

Dah lama x gi kl ciksu. Lama dooh lalu org trg pgl. Huhh

Moga owner restoran Rosfet baca.. Rugi dia x jaga customer bagus dan lerihatin mcm qasehrania ni.. Sentiasa memberi yg terbaik. Alhamdulillah.

Femes jugak ye Restoren ni. Mcm pernah dengar. Mesti baca kat blog Mummydearie...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF