Rumahku Syurgaku

Korang jangan jemu ye hadap entry Ciksu awal-awal tahun ni okay. Semuanya berkisarkan aktiviti pindah rumah dan kemas rumah. Kenangan katakauuuuu. Oh ya entry ini adalah entry sambungan daripada entry Tips Pindah Rumah.

Ini adalah rumah ke lima kami suami isteri. Untuk Rania rumah kedualah. Tapi bukanlah rumah sendiri. Kami duduk kuarters yang disediakan oleh pihak majikan Cik abe. Seronoklah duduk kuarters ni cuma tulah kali ini rumah kami nun di atas sana. Tingkat 4 okay. Jenuh panjat tangga sebelum sampai rumah. Ini kalau naik, memang kemalasanlah nak turun ke bawah. Kalau sesaja turun, rasanya tak kot!!

Sampai Jerteh, Terengganu hampir maghrib. Tak terus ke rumah. Alang2 rumah berdekatan masjid singgah solat di masjid kendian keluar cari makan. Nasiblah ada kedai2 makan sepanjang jalan nak sampai ke kuarters perumahan kami tu. Cumanya jalan masuknya tak banyak lampu jalanlah. Ada setengah tempat ada, setengah tempat tak ada. Suasana kampung. Haaa gitulah kekdahnya.

Rumahku Syurgaku
Rumah kali ni agak besar dan luas. Ruang tamu boleh tahan luasnya. Dapur pon nampak selesa sangat. Tempat ampaian pon strategik. Cumanya kalau hujan kemungkinan kena tempiaslah. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Stor ada sebelah dapur. Rak kasut sebelah pintu masuk kemain tinggi haaa.

Perabot siap sedia. Cumanya tu lah. Macam tau-tau saja yang kami 3 beranak. Hanya ada 3 kerusi makan dan 3 biji kusyen ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Pon bolehlah. Asal ada, kan! Setiap bilik ada katil dan almari. Bilik utama ada katil kelamin dan meja solek. Tapi keadaan pon macam dah nazak sangat haaa. Sabaq aje lah ye. Bilik tengah katil bujang dan almari.  Bilik ketiga ada katil 2 tingkat tapi yang sebelah dah tak boleh pakai daaa.

Jom la jalan-jalan ronda tengok rumah baru Rania ye ๐Ÿ˜˜

Pemandangan pertama selepas buka pintu rumah baru. Huahuahua. Jenuhlah nak memunggah dan mengemas nanti haaa. Barang sampai hampir setengah bulan dah. Ada dalam entry bulan Disember, 2016. 

Rak tivi. 
Dah pikir-pikir gaya susun atur macam manalah nak dibuatnya. Ruang besar pon jenuh juga nak memikir. Sekurang-kurangnya adalah tempat Rania nak bermain, kan!! 

Sampai-sampai je terus ubah kedudukan katil tu haa. Sedia maklumlah ye, Ciksu memang suka ubah perabot. Jenis ikut mood. Agak tak suka tengok, ubahlah. Nasiblah tak banyak perabot dalam rumah ni haaa. Kalau tidak jenuh nak mengubahnya nanti ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Dapur 
Siap berkabinet dan table top dah. Terus terang cakap, saya ni kan pantang betullah apabila pindah masuk ke rumah baru kendian ada barang ditingalkan. Cukup-cukup tak suka tau. Nak guna ke tak nak guna ke, sayang ke, sebagai pengguna terakhir kita patut kosongkan rumah yang bakal orang lain diami tu. Memudahkan penghuni baru juga benornya. Inilah dikatakan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jenis saya yang ntah berapa kali pindah randah ni, suka kosongkan rumah sepertimana kita mula masuk. Peringatan bersama ni ye. 

Kabinet dalam stor. Ini dah ubah kedudukan ke situ sebelum ini mengadap ke tingkap tu haa. So, agak payah nak tengok barang bila nak ambil. Susun macam ni dari luar dah boleh nampak sasaran yang dicari. 

Sebelah dinding tu lah kedudukan asalnya. 

Oh no no no. Duduk rumah atas sekali. Bocor mungkin. Air meleleh. Sudahlah datang sini musim hujan. Memang hari-hari air meleleh keluar dari atas tu haaa. Dah hitam dah pon syiling tu. Berkulat. 

Okay itu saja. Next entry Ciksu kongsikan lagi ye. Macam manalah gaya susun atur rumah baru ni nanti, kan!! Sama-samalah tunggu dan lihat. 

Stay tuned ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Rumahku Syurgaku "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF