Tips Pindah Rumah

😘بسم الله الرمن الرحيم😘

Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangan ciksu semua. sihat? pe kabor? sarapan apa pagi ni. INGAT! nak jaga pemakanan seharian, JANGAN SKIP sarapan pagi, oke!

Ambik masanya nak menulis sekarang . sempat update blog entry berkaitan INFO je. senang. asalkan blog berupdate. gitew.

Salah satunya ialah sebab penat kemas rumah belum habis lagi. Ini dah ada masa sikit cuma tinggal bilik Rania aje yang belum siap. kena hias dan buat balik macam di kl. in shaa Allah, ummi cuba buatkan yang lebih baik..

Entry hari ini cuma nak kongsi sedikit tips pindah rumah >_<

Urusan pindah randah ni dah jadi rutin kami untuk empat tahun sekali. sepanjang 9tahun hidup bersama sebagai suami isteri ini adalah kali yang ke 4 tapi kali pertama bagi Rania. Rania nanti tolong ummi kemas rumah, susun barang ye ~_^

Tips pindah rumah yang boleh ciksu kongsikan berdasarkan pengalaman yang ada selama ini:

1) sediakan kotak secukupnya
-setiap kali pindah memang akan simpan kotak yang digunakan sebelum tu. kalau memula dulu tak pandai lagi. lepas pindah masuk rumah baru, kotak yang ada semua buang. tak suka simpan, makan ruang dan sakit mana.
-tapiiiiii time duduk joho, nak cari kotak punyalah payah. KENE BELI OKE. satu kotak berapa sen ntah. sejak pada tu terus simpan. ahahahaha.
-ni nak pindah ni rezeki plakk dapat kotak berlambak-lambak. puncanya lepas hantar barang ke rumah di equine park, we all ke pasar borong selangor. lalu kat area tempat loading barang. sekali ternampak kotak dalam tong besar tu. apa lagi, tanya lah guard yang dok ada. dia kata ambillah. we all pon pilih lah yang mana ada. semuanya masih baru dan cantik-cantik lagi. pilih-pilih juga kotak yang ada. nak yang sedang-sedang aje. tujuannya nak mudahkan geng yang angkat barang. kalau isi barang banyak-banyak, kang terlebih berat plakk. dah lah naik tingkat 4. sian deme. tuan rumah pon kena lah pikir dulu sebelum buat keputusan. jangan lah sampai membebankan orang lain.

2) pita pelekat secukupnya
-beli lebih pon tak pa. tak guna boleh simpan.
-beli di Diy. murah

3) Troly
-beli lah 1 untuk kegunaan bebila masa.
-duduk rumah ada lif best lah guna ni memudah dan mempercepatkan urusan angkat barang.
-pengalaman ciksu, duduk rumah ada lif bila pindah tempat baru tak ade lif.. adeiiii. lap peluh jap. ni pon dah dok terbayang suasana di tempat baru. ohohoho. rumah sekarang tingkat 1, ada lif. rumah baru tak ade lif, tingkat 4. sebelum ni dari joho tingkat 13, ade lif.

4) Asingkan barang yang perlu dan tak perlu
-sediakan kotak/plastik/ raga khas dan tulis setiap kegunaannya. contoh: pakai, sedekah, buang
-sebolehnya tak payah lah angkut memana barang yang dirasakan tak perlu. bazir tenaga, bazir ruang aje.

5) Barang kaca
-ni pon kena hati-hati gak. pastikan barang kaca diletakkan dalam kotak/ atau apa sahaja yang dipastikan selamat. seeloknya balut/ bungkus dengan suratkhabar kendian lapiskan dengan pakaian atau kain tebal.
-macam ciksu, untuk barangan kaca tak banyak mana, so, masukkan dalam kotak, memang bawa sendiri je. pernah jadi kes, member tak balut kotak dengan elok ke macam mana ntahh, masa tengah dok angkat-angkat tetiba gedebusssss jatuh. habis pecah berkecai. nangis lah mak nak oiii kalau itu semua pinggan corell ke, arcopal ke, vantage.. ahahahahaa..

6) Makanan
-mana yang boleh digunapakai, simpan dan tutup kemas-kemas. contohnya: bekas rempah, gula, garam. masukkan dalam kotak khas.
-jangan campur dengan barang-barang lain.
-ini kalau pindah semenanjung lah. maunya naik kontena, sedekah kan aje lah pada jiran tetangga atau sedara mara terdekat. kurang-kurang leh jimatkan space.

7) Labelkan setiap kotak
-memudahkan untuk kita cari semula barang-barang yang dimasukkan ke dalam kotak. cer bayangkan andai kata setiap kotak tidak dilabelkan.. mmmm.. mau pitam nak kena buka semua kotak-kotak yang ada, kan! bila buat label, kita just cari yang mana perlu dulu, lelain tu kendian-kendian settled kan.
-macam ciksu, labelkan kotak ikut jenis barang dan nama pemilik. senang. contohnya: buku. rania.
kalau tulis buku saja, kang buku sape pulak. rania ke, ummi ke, ayah ke.. haaaa.. contoh lah.

8) Susun setiap kotak yang siap dilabel dibilik khas.
-supaya mudah untuk semak mana yang terlepas pandang.
-jimatkan ruang dan ruang nampak lebih kemas dan tersusun.
-boleh lah berjimba-jimba. ciksu suka buat awal-awal sebab nak balik kampung. pastu nak pi MAHA 2016. ini memang masuk list jjcm. dah lah 2 tahun sekali aje. itu yang pelan2 kemas barang.

9) Pilih pengangkutan yang sesuai
-sediakan wang secukupnya
-carilah servis yang memuaskan kedua belah pihak
-macam ciksu, guna kemudahan yang disediakan oleh majikan cik abe. so, senang dan memudahkan kerja. cuma pikir nak jamu ape dekat geng-geng yang tolong angkat barang dan sediakan RM setulus ikhlas untuk dorang. dorang tolong kita, kite pon kena lah pandai ambil hati dorang. semoga semuanya dipermudahkan.

10) Alas dengan plastik
-setiap baju/ buku yang diisi dalam kotak ciksu alas atau bungkus dengan plastik. tak kisah lah nak guna plastik biasa atau plastik sampah. macam ciksu, dua2 pon guna.
-tujuannya supaya isi dalam kotak tak basah apabila terkena air atau hujan. kes macam ni susah nak jangka. kurang2nya tak de lah isi dalam terkesan bila dilapis dengan plastik..

ok, itu je lah tips simple dari pakar pindah randah. ahaks. pakar lah sangat, kan!!!

Sekarang masa untuk MEMUNGGAH KEMBALI. bertabah lah wahai ciksu ^_~

hanya ini aje yang simpan masa pindah dari joho 4 tahun lepas. hat lelain dah selamat masuk ke tong sampah. 

bahan utama~ gunting, tape dan kotak

macam ni lah, setiap kotak alas dengan plastik. tujuannya supaya isi dalam tak basah kalau kena hujan atau air. 

kerja mudah~ memang sokmo isikan barang2 yang tak digunapakai ke dalam beg plastik, beg kain tu. dah sedia maklum, bila nak masuk kotak, senang.

ppsstt: ayat tonggang langgang. ada yang dikarang sebelum2 ni.. buat buat paham aje lah ye ~ 

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Tips Pindah Rumah"

Thank you ciksu kongsikan tips ni. Hehe. Bila naknpindah rumah memang macam macam nak kena prepare lagi lagi bab barang barang ni kan 😊

nice tips....suka la bab alas dengan plastik tik...klu kotak tetiba bocor pown xde masalah kan....thanks for the share....rietta harap rietta dah xperlu berpindah randah lagi...penat....hehehe...

Label pada kotak itu yg paaaaling penting CikSu
Kakak belum lama bantu kawan pindah sekali semua dlm kotak tak tahu isi
Kena buka satu-satu - susah.

Selamat berpindah Ciksu..

Akak ingatkan menjadi jiran tetangga akak, rupa2nya jauh di sana..

Lepas ni bolehlah belajar kecek klate, maklumlah sempadan sana, hi3

Adoi.. serik rasa berpindag randahkan, ciksu... saya pun dah 4 kali pindah ikut suami... memang memenatkan... bertabahlah ek...

label tu yang penting.. tak adalah kena bukak semua kotak kalau nak cari barang

alahai. bercinta nyer ekk nak pindah umah.
nak pack.
pastu unpack.
cukuplah aida x gemar :) ha ha

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF