Ais Krim Pulut, Pasir Puteh, Kelantan

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸



Permulaan misi jalan-jalan cari makan di Patta Timo. Alhamdulillah, Februari yang indah. Bulan ni baru hujan sekali.. 

Jalan-jalan cari makan yang pertama.. 

Buat pertama kali merasa ais krim pulut. selalu dok makan, cendol pulut jah. kali ni lain sikit.. 

apa yang menarik ais krim pulut ni?

ada macam macam isinya..
lapisan bawah ais krim.. comel comel jah ais krim di cedok. 
letak pulut
roti putih yang dicarik carik 
lapis dengan air krim lagi
letak sagu warna merah, hijau, jagung dalam tin, kacang tanah
tutup dengan ais krim lagi 
letak coklat urai, susu pekat sikit..

serius cakap.. ais krim die sedap. tak manis. manis manis buah jah. layan je makan.. 

ingat lagi masa memula beli.. adik tu tanya nak bekas besar ke kecik.. saya cakap tak pe bagi bekas kecik  dulu.. baru nak terai.. sekali penjual sate ikan kat sebelah kata

"terai. terai. lepas ni mari pulok le.." 
ahahaha..

memang pong.. 

dah beberapa kali dah, asal nampak, terus beli.. kena cepat cepat order, lau tak jenuh menunggu turn.

 ada sekali hari tu, abang ni borong 8 bekas kecik. adeiii jenuh weii tunggu turn.. dah lah pakcik tu buat sensorang jek.. 


bekas kecik RM2 
bekas besar RM3 

beza kecik besar ada coklat urai dan kuantiti ais krim lah.. yang besar 3 lapis ais krim.. yang kecik 2 lapis jah ais krimnya.. 

bagi saya kecik besar, sama jek.. dua dua sedap dimakan.. berebut rebut 3 beranak ni nak merasa tau.. selepas sekali merasa, kali kedua beli sorang satu. rania suka. ciksu bagi sebab eskerim dia lembut, tak manis, yang pasti eskerimnya homemade. jangan berebut-rebut lagi lepas ni oke. ahaks (",) 

setakat yang baru jumpa ni hanya ada di depan pasaraya Pantai Timur, Pasir Puteh dan Econ Jaya, Pasir Puteh.. 

Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Ais Krim Pulut, Pasir Puteh, Kelantan"

sdapnya..bla datg klate? xckp pn..hihi

wahhh... sedapnya ais krim pulut. 1st time tahu aiskrim nie.

beza singgit je besar kecik nya kan. tapi tula kan dekat sana makanan murah2 sedap pulak tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF