Bandar Jerteh, Terengganu

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸



Bandar Jerteh dari Kota Bharu

Kalau korang ke Terengganu dari Kemaman, Jerteh kira daerah terakhir lah dalam Negeri Terengganu ni. Tapi kalau korang dari Kelantan/ Utara, Jerteh adalah daerah pertama dilalui. 

Nama aje Jerteh dalam Daerah Besut, Terengganu. Padahal majoriti penduduk di Jerteh, kecek loghat Klate. Memang tak akan dengar lah, loghat tranung.

Serius, ceq terkesima sekejap.. 

Waktu tu memula sampai di Jerteh. Malam pertama tu memang 'dinner' di kedai lah. Sekali sapaan pertama yang didengar ialah 

"Nok make gapo.." 

Dalam hati dok berkata-kata dah. Ini Terengganu ke Kelantan?? Blurr sekejap. Apabila dah beberapa hari di Jerteh, baru lah tahu.. rupanya majoriti penduduk sini memey kecek loghat klate.. 

Mmmmm.. dop dapat a'ah, ambo nok dengar loghat Tranung. dok jadih. hukhukhuk. Tapi dalam masa yang sama best gak. hihi. dapat dengar pelbagai loghat. suke suke.. ape pon ambo kene belajar juge kecek klate.. nanti-nanti nak gi pasar siti khadijah, wakaf che yeh, rantau panjang, kota bharu.. senang nak bertanya itu ini.. 

Pendek kata.. Masuk ke kandang🐐kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau 🐃 menguak. kena lah pandai-pandai bawa diri yek!

Oke. berbalik pada tajuk entri.. bagi ciksu
Bandar Jerteh lebih besar dari Pekan Pendang. Lebih kurang Pekan Kuala Kangsar lah jugak. Kenapa? sebab Bandar Jerteh ada..
  • Kolej Komuniti
  • Bank Cimb
  • Maybank
  • BSN
  • Pejabat Pos Jerteh 
  • Hospital Besut
  • Watson
  • Guardian
  • Mr. DIY
  • Stesen Bas & Teksi
  • Tupperware Brand
  • Pasaraya Pantai Timur
  • Secret Recipe
  • KWSP
  • Econ Jaya
  • Kedai Emas
  • Pasar Jerteh 
  • Giant Jerteh 
  • Kedai Eco
  • Kedai Ten Ten
  • KAMDAR
  • KFC 
  • PIZZA HUT 
Kedai handphone area sini hanya ada pilihan
  • Oppo
  • Vivo
Pekan Pendang tak ada hospital, Giant, Secret Recipe. Manakala Kuala Kangsar ada hospital, The Store, Watson, Guardian, Kolej Komuniti, Secret Recipe. Sama. 

Hentian Bas & Teksi. Mr DiY ada di sini. alhamdulillah ada. senang nak dapatkan stok HS Rania. 

Giant~ tak besar mana. dalam hanya ada kedai hp, kedai cermin mata, kedai baju baby, kedai baju wanita, Kedai YES, Food Court & taman mainan. boleh lah lepas gian pusing mall..

pandangan sekitar Bandar Jerteh. Bumbung biru tu tempat jualan barang-barang macam kain baju, anak patung, budu.. ala, lebih kurang macam pekan rabu lah kalau belah loq staq.. 

Pantai Timur ~ pasaraya femes belah patta timo. boleh dikatakan setiap daerah ada pasaraya pantai timur nih 

tersembunyi ~ secret recipe... memang tak perasan. Masuk pantai timur baru lah nampak. ehehe.

KAMPUNG RAJA

supermas ~ kalau sebelah Johor dulu ala-ala Kipmart atau Today lah.. tapi ini semata-mata ada pasaraya jah.. dalamnya tak ada fourt court atau kiosk/ kedai jual kain baju atau tudung.. tak boleh nak cuci mata sangat lah 

Selain itu, area Kampung Raja ada 
  • Pejabat Pos Besut
  • Bank Muamalat
  • Pejabat Tanah dan Daerah 
  • Majlis Daerah Besut 
  • Klinik Kesihatan Kampung Raja 
Paling best sepanjang jalan kiri dan kanan sama ada nak ke Bandar Jerteh atau Kuala Besut akan nampak sawah padi. Tapi saya panggil bendang hihi.

Kalau nak tengok laut, boleh ke Tok Bali atau Pantai Bukit Keluang.  Alhamdulillah. Ada tempat2 kegemaran iols u tuk lepas rindu di kampung nun di utara sana. Yang oe ti g dapat tengok laut.  Allah tak tau nak habaq seronok die tu macam mana tau. Saya suke.. Saya suke hihihi

pppssttt: Nasib lah di rumah boleh layan Terengganu fm.. terubat kejap nak dengar loghat orang tranung 🍿

Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Bandar Jerteh, Terengganu"

Macang2 ada kat Jerteh.
Pantai Bukit Keluang cantik.

Semakin luas pemandangan...alhamdulillah :)

Assalamualaikum ciksu. dah lama tak datang tengok ciksu kat sini. blur kejap ciksu jenjalan tganu ke ciksu pindah tganu pulak hihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF