Kulit Terbakar Kerana Produk Kosmetik?

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Selamat hari jumaat adik/ kakak..

Hari ini ciksu nak berkongsi sedikit berkenaan info sebelum nak mencuba sesuatu produk.. Nasihat ciksu yang tak berapa nak banyak ilmu ni, kaji dan selidik lah dulu sebelum buat keputusan untuk membeli dan menggunakannya.. Jangan hanya fikir untuk masa sekarang sahaja tapi fikirlah untuk masa akan datang juga.. Fikir untuk kesan jangka panjang.. Kendian bila dah putuskan untuk guna produk itu maka tetapkan ISTIQAMAH dalam diri untuk SETIA DAN JANGAN SESEKALI CURANG.. Jangan lah amalkan sikap INGIN MENCUBA setiap kali melihat iklan sesuatu produk di media massa atau media elektronik..

Meh sesama baca dan tambah ilmu di dada.. (",)

Wah menariknya boleh jadi cantik sekelip mata. Sapu produk sahaja sudah nampak jelita. Walhal rata-rata kita tidak menyedari adanya bahan merkuri dalam produk kosmetik yang dipakai. Kesan jangka pendek memang nampak memuaskan. Tetapi tunggulah nanti dalam jangka masa panjang, kesannya pasti buat anda pengsan!

Merkuri atau raksa termasuk dalam golongan logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah yang kecil. Ia berfungsi untuk mengecutkan noda hitam pada kulit dan pemakai merasakan seolah-olah ia hilang pada kulit. Jika pemakaian dihentikan, noda tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar.

Sifat krim yang mengandungi merkuri biasanya adalah melekit, agak likat dan sedikit kasar. Biasanya, warna krim adalah seperti kuning pekat, dan putih pearly yang mengilat. Sesetengah pemakai akan berasa sedikit panas dan gatal apabila krim ini disapukan pada permukaan kulit.

Apa yang membuatkan ramai wanita teruja adalah kulit mereka akan menjadi putih dalam masa yang sangat singkat. Hanya satu minggu diperlukan untuk melihat kesannya.  Ia bergantung kepada tahap kepekatan merkuri tersebut. Malah, jerawat juga tidak akan timbul.

Sudah bersedia untuk mengetahui kebenaran?
Jerawat tidak akan timbul kerana lapisan kulit epidermis anda telah rosak dan protein serta melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari matahari juga sudah tidak berfungsi. Pori-pori wajah anda akan tampak halus disebabkan lapisan kulit luar telah menipis dek terhakis dengan logam merkuri tersebut. Pada ketika ini, pastinya anda akan tidak suka jika terkena pancaran matahari kerana kulit wajah akan berasa seperti terbakar.

Jika pemakaian dihentikan, terdapat beberapa kesan sampingan seperti akan timbulnya jerawat kecil dan bintik-bintik hitam di sebahagian atau serata wajah. Kesan jangka masa panjang pula, pengguna merkuri bakal mengalami kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, Alzheimer, Parkinson dan juga gangguan perkembangan janin. Jadi tanyakan pada diri sendiri, sanggup anda menanggung risiko ini hanya untuk kelihatan cantik luaran?

Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide.

Lekas, lakukan pemeriksaan bahan pada produk kecantikan yang anda ada sekarang!Berhati-hatilah ketika memilih produk kecantikan.  Jangan kerana ingin cantik dalam masa yang cepat, perkara berat sebegini diambil ringan. Bagi pemakai merkuri, berhentilah sebelum terlambat..

SUMBER: WEB RAPI

Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Kulit Terbakar Kerana Produk Kosmetik?"

Jgn pandang ringan dan buat tak tahu - memang bahaya
Bukan aje kesan jangka panjang, jangka pendik pun boleh nampak sebenarnya.

Pompuan mmg mudah terpedaya dengan iklan kosmetik nak nak yg memutihkan kulit.
Yelah kan cik su sapa yg tak mahu kulit putih dan berseri

sebab tu kira stay lama dengan satu2 jenis cream muka. takut nk tukar sebab takut jadi mcm ni lah huuuu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF