Peringatan Bersama

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

*Dimana anak anda sekarang?*

Sungguh tragis tragedi kematian 8 orang budak dilanggar kereta ketika berbasikal di jalan raya pada jam 3.30 pagi.

Pukul 3.30 pagi di jalanraya?. Hemmm. Tidak perlu rasanya mengulas kejadian ini. Apatah lagi menuding jari. Jadikan teladan pada kita semua d
grup ini.

*Teringat kami 20 tahun dulu...*

+ Seawal jam 6.30 petang anak-anak dah dikerah untuk pulang kerumah. Balik lewat sikit, siaplah. Kalau tak rotan, tali pinggang atau hanger mesti hinggap berbirat kat kaki

+ Pukul 7 dah wajib siap mandi, lepas tu makan dan bersiap-siap untuk solat dan mengaji atau ke surau. Balik mengaji atau surau jangan harap nak melencong mana-mana tanpa pengetahuan mak ayah

+ Anak-anak cukup takut dengan didikan ibu bapa mereka

*Mengapa??*

+ Sebab dulu-dulu rotan, tali pinggang, hanger, paip semua mainan mak ayah je buat anak-anak mereka yang nakal.

+ Ibu bapa dulu-dulu cukup tegas. Tegas mereka terdidik buat anak-anak ketika mereka masih kecil lagi. Bukan dah besar baru nak bertegas dan rotan.

*Mengapa sekarang tak boleh bertegas dengan anak-anak??*

+ Pukul 7 pun masih di padang
+ Pukul 8 malam masih ada di Cyber Cafe
+ Pukul 10 malam pun kadang-kadang keluar
+ Di kawasan taman perumahan pula anak-anak kecil masih bermain basikal di hadapan rumah di jalan raya.

_Sayang tidak semestinya memberikan kebebasan pada anak-anak. Rotan dan marah itu juga tanda sayang._

Jangan terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak. Kebebasan itu bagus, tetapi ketegasan itu perlu ada. Pantaulah anak-anak anda setiap masa.

Bak kata Sultan Johor, _"Biarkan anak-anak menangis, jangan kita menangis.."_

Sekarang..Cuba lihat jam. Dan cuba lihat di mana anak anda sekarang?

*"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"*

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Peringatan Bersama "

Ya Allah.. tak tau nak kata apa dah

Masa kakak dpt whatsapp message ini pun kakak terimbau kisah kakak masa kanak-kanak dulu CikSu. Ada benarnya apa yg dikatakan.

Alhamdulillah anak-anak kakak perempuan dan keluar biasa dgn mama-papa mereka. Duduk pun kat asrama jadi banyak masa dgn keluarga bila cuti.

alhamdulilah...semoga Allah permudahkan urusan melahirkan baby nanti...jadi parents bukan senang dan bukan jugak susah...sangat simbolik..hanya yang merasa yang tahu....selamat melalui kehidupan indah sebagai mummy...tengok muka baby baru lahir adalah perasaan yang tak dapat nak describe...

Sama2lah kita jadikan iktibar.
Al-Fatihah untuk mereka.

betul! exciden tu sgt tragis! bayangkan kul 3am main basikal.. emmm

Cabaran menjadi ibu bapa untuk generasi baru ni memang sangat mencabar. Moga Allah permudahan kita untuk mendidik anak-anak kita... InsyaAllah...

Sama2 kita jadikan iktibar.. Mndidik ank zmn skarang byk cabarannya

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF