Jatuh terduduk. Bahaya ke tidak??

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Nak menangis rasa. Huhuhu. Padahal dah nangis pon. Hukhukhuk. Eh! Eh! Drama betul lah ciksu ni, kan! 

3/3/2017
Iye. Ciksu jatuh terduduk buat kedua kalinya. Kali pertama dah cerita dalam entry lepas. Boleh klik SINI , SINI dan  SINI untuk baca. Hadam betul betul ye. Banyak pembaca yang tinggalkan komen tentang pengalaman memasing. Kesannya rata rata negatif. Beringat ye adik/ kakak/ abang.. Jangan cakap ciksu tak payung okey 👌

Tak kisah lah u all lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke, andai kata jatuh terduduk makanya ianya tetap lah BAHAYA!!  

Kenapa bahaya? 
Kesan untuk jangka masa panjang kita tak tahu sebab dalaman, kan! Cukuplah pengalaman pertama buat saya merasa peritnya bertahun-tahun. Maybe salah satu asbabnya juga saya lambat lekat sebelum nih. CONTOHNYA KALAU PEREMPUAN RISAU PERANAKAN JATUH.

So, diingatkan sekali lagi andai kata u all jatuh terduduk,  sebolehnya cepat cepat lah pergi check up dan mengurut. Jangan jadi macam ciksu yang lepas yek. 

Kisahnya, 
Pada tarikh seperti di atas, selepas balik dari mesyorat, duduk relax relax jap dalam bilik sambil godek hp, sambil nyorok nyorok. Bukan apa tak mo bagi rania nampak. Kang nampak dek rania mau berdrama plak nanti. 

Maybe rania terasa ummi tak layan dia, dia pergi main nun dekat mesin basuh sana haa.  Apa laie habis lah di buat main sabun cuci baju. Bertaburan atas lantai dan di tuang separuh dalam mesin basuh.

"Rania nak tolong ummi basuh baju erk.."

Nasib lah balance sabun cuci dah tak banyak. Yang mana jatuh atas lantai memang buat cuci lantai je lah. Hikmah disebalik kejadian nih. 

"Rania nak suruh ummi cuci lantai ke.."

Kendian rania datang bagitau ummi. Terus angkat rania letak di bilik air. Lupa nak jirus siap siap. Ummi terus ke laundry terpijak sisa sisa sabun cuci tuh. Then terus masuk bilik air.

Apalagi, terus zaaaaaassssss.. Pulp!! Jatuh. Sekelip mata. Tetiba dah terduduk atas lantai. Terus sakitnya tuh di situ. Hukhukhuk. Jatuh terduduk hempas vontot lah. Masa jatuh tak terasa sakitnya. Petang tu pon tak terasa lagi. Selepas balik jalan jalan petang tu, kebetulan pulak pergi makan laksa, time maghrib tu terus rasa sengal sengal dan baru berasa sakit di peha, tulang area pinggul dan lengan. Terus call mak, mak pesan suruh ngurut sesiap jangan biar lama lama. Nanti jadi "ketul" atau "urat simpul" plak. Paling risau takut peranakan jatuh lah 😰😰😰. 

Dan dan tu juga terus minta no hp tukang urut dengan jiran baru. Tapi apabila call semuanya di luar kawasan lah, voice mail lah, tak jawab lah.. Aduh duh duh.

Dalam hati nih memang nak balik kedah nak pi ngurut dengan chu mah selepas selesai mjlis semalam tapi 11hb nanti ada lagi satu majlis. Kalau boleh nak join lah sebab di tempat baru, kan. Kena ambil peluang untuk berkenalan dengan kawan baru. Tup tup jadi macam nih plak. Apa nak dikata 😧

Ya Allah permudahkan lah smeuanya buat ku. Aamiin 

Kenapa kali ini ciksu beringat? 
Sebab ciksu kan back to TTC untuk hamil kali kedua. So, kena lah berjaga jaga setiap masa sama ada dari segi pemakanan atau perbuatan. Tetiba jadi macam nih plak. Berdouble double lah kerisauan yang ada. 
Target this year nak tambah baby. Last year lagi pasang niat nih tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. So, ciksu terima dan redha. Think positive 😊 sesungguhnya sakit itu penghapus dosa, kan!

Dugaan betul bulan mac ni. Udah le tengah mengira hari. Mmmmmmmmm.. 

Sudahnya semalam sapu lotion xxs seqybeauty jah. Baru lah boleh tidur lena. Sedar sedar jam 3 pagi. 

Makanya siaplah entry ini. Ihihi. 

Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Jatuh terduduk. Bahaya ke tidak??"

cik su take care yea...rietta pown selalu dengar org ckap klu jatuh, baik terus berurut walau kita rasa mcm skit je sakitnye tu....

Selain dpd peranakan takut effect pada tulang belakang kita jugak cik Sue. Alhamdulillah Cik Sue masih boleh lagi bangun...Seram pulak kalau membayangkan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF