Kedai Mee Haji Wan Jusoh, Jerteh, Terengganu

Memula sampai Jerteh, cika be ada cakap.. nanti bila-bila kita pi terai makan di Kedai Mee Haji Wan Jusoh tu. Sebabnya hari-hari mesti nampak orang penuh sentiasa di kedai mee tu. Itu yang buatkan cik abe tertarik nak mencuba mee di kedainya. 

Sempat snap gambar setiap kali lalu ke pos laju jerteh tapi belum berkesempatan nak singgah dan merasai meenya.

Sampailah satu hari sempat juga singgah sini. Alhamdulillah. Diberi kesempatan. 

Tadaaa inilah meenya.. 

Sepinggan tu penuh haaa. Melimpah ruah. Tak loket. Ada sayur, daging dan telur. Sekali tengok dan rasa memang biasa je. Tapi tengoklah sendiri.. Kemain banyak haaa.. Memang puas makanlah.. Kenyang terus sampai petang kalau pekena mee tu sepinggan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Apa yang special mee di sini ialah mee kuning buatan orang kita.. So memang puas hatilah.. Kebanyakkan mee di Jerteh ni semuanya yang jenis tak tahan lama.. maksudnya tanpa ada asid borik.. Sangatlah bagus untuk 

Murah, banyak dan servis cepat.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Cili sos ada disediakan
Kicap pon ada. Boleh la tambah hat mana suka. 

Sambil makan sambil bagi Rania tengok ikan. Saja duduk depan akuarium tu sebab nak bagi Rania ralit tengok ikan. 

Order air jagung

Kebetulan masa makan di sini Rania nak terkucil. So minta izin nak guna toilet deme. Tertengoklah deme masak. Perrghhh!!  Ada dua tiga kuali besar untuk masak kuahnya. Patutlah cepat. Kan!! 

Menu lain tak perasan pulak. Rasanya tak ada kot. Memang buat mee sahaja.. 

Kalau dari Pasir Puteh, akan lalu jalan ni. Kiranya kedai Mee Haji Wan Jusoh ni sebelah kanan uols. Depan sikit boleh belok kiri. Jangan risau parking ada je depan-depan kedai. 


Next entry ciksu kongsikan tempat makan best di jerteh, tempat lain pulak ye. Stay tuned ✌✌

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kedai Mee Haji Wan Jusoh, Jerteh, Terengganu "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF