OOTD #raniakusayang

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Apa hal lah dengan anak den ni haaa. Minggu lepas, asal sebut aje nak keluar pergi jenjalan, comfirm akan ada saja benda lain daripada lain yang akan dibuatnya.

Kadang nak gelak pon ada. Tapi kesian pulak. Lagipon we all terhibur hati nengok gelagatnya yang semakin hari semakin petah berkata-kata, aktif setiap masa, makan berselera sokmo. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah Kau mudahkan kami untuk menjaga amanah Mu ini. Walaupon kami menanti kehadirannya terlalu lama. Pasti ada hikmahnya aamiin 😘

Acik-acik nak tengok ke OOTD style rania nih. Hahahaha. Comfirm orang lain tak ade nya buat macam ni, kan!

Terimalah..  Jeng..  Jeng..  Jeng.. 😂😂😂

Ayat rania ni haaa paling win. Elok-elok ummi pakaikan tudung boleh dia datang cakap

"ummi tak payah pakai tudung lah, nak pakai helmet je.. "

Ini masa nak ke kota bharu. Selamba dia aja berjalan dari atas turun ke bawah pakai macma nih. Ummi nih tahan aje gelak. Risau benornya. Nak pegang tak bagi. Sudahnya ikut aje lah apa yang dia nak. Janji happy 😂😂😂

Ini masa nak pergi Pantai Penarik

Keselamatan diutamakan. Ehehehe. Selepas pakai, masuk dalam kereta tak mahunya dibuka. Sudahnya mulalah pening kepala lah, nak muntah lah. Haaaa, kan dah kata. 

Maciam-maciam sangat, kan! 😂😂😂

Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "OOTD #raniakusayang"

Hahahahah comei kemain Rania... tengah banyak benda dia nak explore ni.. Ummi kena banyak sabarlah.. heehheh

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF