Resepi Kek Coklat Kukus Cream Cheese

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Kek Coklat Kukus Cream Cheese

Kek Coklat Kukus Cream Cheese. Puas makan. Selagi tak habis, selagi tu lah dok ulang buka esbok 😂

Rania dengan kek hitam 😂 siap tunjuk thums up lagi sebab dapat apa yang dihajati, kan! Kek Coklat Kukus Cream Cheese

Berbaki sedikit. Boleh lah di bawa ke air trojun hari tu. 

Rania nak makan kek. Sokmo minta nak makan kek. Adeii. Suka nau Rania dengan kek tau 😘 Penangan masa ummi mengandungkan Rania dulu kot ye. Hihihi. Satu lagi eskerim. Pantang nampak. Comfirm dok menyebut. Selagi tak dapat apa yang diinginkan, patlimanam kali lah akan diulang-ulangnya. Hahaha. Tak pernah kenal erti putus asa nih. 

Dah nak makan kek, tak tahan satu pasal. Kalut pon iye jugak nih. Pantang nampak ummi keluarkan segala mak nenek barang dan bahan-bahan baking. Pastu mulalah.. 

"ummi buat apa tu... ".

Pertanyaan yang penuh makna. Kang nak juga jadi tukang kacau, tukang sapu, tukang tumpah. Hiks 😂 Kecik-kecik sibuk nau nak tolong ummi, kan! Doa ummi dah besar nanti, makin rajinlah ke dapur ye aamiin 😆

Keeper recipe daripada blog kak yatiememories. Sedap dan mudah disediakan. Makan masa sejuk-sejuk tu Ya Allah, nikmatnya masuk ke mulut. Hihihi. Tips masa nak potong kek bercheese nih silalah celup pisau yang di gunakan tu ke dalam air panas. Baru lah hasilnya nanti cnatik terletak. Tak ada senget benget semasa potong. 

Terima kasih kak yatie sebab berkongsi resepi ini 😋

Kek Coklat Kukus Cream Cheese 
-nak cun guna loyang bulat 

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Resepi Kek Coklat Kukus Cream Cheese"

parking dulu...kek coklat jenis ni xpernah buat lagi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF