Tinted Cermin Tingkap Rumah Dengan Glass Wallpaper


Tak pasti mana dapat idea nak pasang tinted cermin tingkap rumah ni.. Apa yang pasti aku memang nak cover apa yang boleh selagi boleh. Kalau tak cover rasa macam terdedah sangat pulak haaa..

Pindah masuk rumah sekarang ni, kami dapat rumah nun di atas sana.. Tingkat empat kot. Duduk rumah atas, comfirm2lah memang akan buka tingkap seluasnya sebab angin semulajadi. Best.. Jimat bil letrik dok payah pasang kipas. HAHAHAHA... Tinggi nau-nau.. Yang pasti jenuh menapak naik tangga tau.. 

Actually kes nak pasang tinted tingkap rumah ni bermula, bila aku sendiri tak dapat nak siapkan langsir dalam masa terdekat. 

Barang sampai pertengahan bulan 12. Kami sampai awal tahun baru. Selepas maghrib 1 Januari, kami sampai sini. Pepandailah cover dulu sebelum nak nampak elok. Kan!!

Nak-nak pula, tingkap rumah ni memang lain terus dari rumah kl sebelum ni.. So, kenalah buat pembaharuan. Tak kuasa nak beli kain jahit langsir baru. HUHUHUHU. Sebabnya kang pindah rumah lain, lain pula tingkapnya. Kan!! 

Jalan selamatnya, aku plan balik kampung nanti nak alter je langsir yang sedia ada. Just potong sikit bahagian bawah. So, yang bakinya boleh dibuat kening langsir. Gituuu ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Selagi boleh jimat, memang nak jimat je kekdahnya. HIHIHI. Tak payah beria nak buat langsir yang berfesyen bagai, sudahnya tak ke mana juga. Lain kuarters lain design tingkapnya. Jenuh plak dok himpun langsir buat koleksi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Sementara mencari barang-barang untuk misi tinted tingkap rumah ni, aku pakailah langsir yang sedia ada dulu. Masalahnya timbul bila, aku selak sikit langsir konon nak bagi angin masuk, secara tak langsung membolehkan jiran seberang sana boleh nampak apa yang kita buat di sini. Jelas atau tidak tak pastilah. Ikut pada pandangan mata doranglah. Kalau jenis rabun jauh macam aku ni, lantak pi lah memang tak akan nampak apa pon. HAHAHAHA. Semuanya aku nampak kabur ja.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Sudah.. Sudah.. Jangan nak gelak lelebih plak. Sekeh kang baru tahu ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Jom tengok apa yang perlu ada untuk melaksanakan misi tinted ni. Semuanya aku beli di MR DIY ja. Beli nun di Pasir Puteh, Kelantan. Antaranya:
1) Glass wallpaper 2 roll tu je.. Harga lupa dah haaa. 
2) air sabun. Buat sendiri
3) mendalah tarik nak bagi rata tu panggil apa erk.. 
4) pembaris dan marker untuk tanda


Cara pasang tinted glass wallpaper pada tingkap rumah :
๐ŸUkurlah duluan tingkap yang ada. 
๐ŸTanda dan potong
๐ŸTarik plastik belakang glass wallpaper tu
๐ŸTampal ke tingkap sikit demi sikit selepas di sembur air sabun. 
Tujuan guna air sabun ialah untuk memudahkan kita nak adjust kedudukan glass wallpaper tu.. 
๐ŸAgak dah centre dan puas hati, bolehlah tarik guna mendalah tu perlahan-lahan. Pepandailah adjust ke kiri ke kanan deh.
๐ŸPastikan tiada gelembung-gelembung udara ok. Nanti tak cantiklah. 


Isi air sabun dalam bekas ni
Mudah dan cepat. Sembur-sembur ja mana tempat yang nak digunakan.

Rumah ni ada 3 bilik. Bilik utama dan bilik no 2 ada 3 tingkap. Setiap tingkap ada 2 daun (besar) dan 1 daun (kecik).
Beginilah kiraanya 2+1+1 ✌

Bilik no 3 ada 1 tingkap, 2 daun. Bilik ni tak pasang tinted pon lagi. Alasannya sebab rumah depan belum ada orang. Esok-esok kalau ada jiran baru masuk, kita pasanglah tintednya. Kan!! 

SEBELUM TINTED TINGKAP RUMAH 

Cer tengok tingkap bawah ni sebelum dipasang tinted. Nampak!!! Jelaskan. Terang menerang haaa.. 


SELEPAS TINTED TINGKAP RUMAH DENGAN GLASS WALLPAPER 


Alhamdulillah, siap sudah.. Kejap je pasangnya. Kejap tak kejap, mula buat pagi, dalam tengah hari baru sudah. HIHIHIHI. 
Al-maklumlah buat sensorang jah ni. Sambil di kacau dek Raniaku sayang.. Rania kalau tak kacau ummi, tak sahlah.. 


Close up coraknya. Aku pilih yang kosong jah. Asalkan terlindung.. Sebab tak sukalah yang berbunga bagai tu. Serabut plak nengoknya walaupon nampak cantik. Warna warni. Kan!! 

Bila buka tingkap bagi laluan angin masuk, takdalah terover sangat. Orang depan pon tak nampak.. Ngam-ngam je dengan daun tingkap tu. Cuma kena potong sikitlah kasi ngam-ngam. Saiz apa tak ingat dah haa. Main beli ja. Ikut nasib ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Bilik no 2 ni nak dijadikan bilik solat dan bilik belajar Raniaku sayang. 


Tak da langsir pon tak da hal. Dah terlindung. Cuma cerah je lah. Cahaya.. Sementara nak balik kampung siapkan langsir tu, bolehlah jadi penyelamat duluan. Kan!! 

Ok tu je nak citer.. Jumpa lagi.. Apa pulak kesahnya nanti. Tunggu k ✌✌ 

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tinted Cermin Tingkap Rumah Dengan Glass Wallpaper"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF