Tudung kanak-kanak


Jahit Langsir pulakkk!!

Amboi dia jahit langsir pulak..rajin sungguh aih.. Hahahah. Mau tak rajin oiitt,tempah kat orang kena berapa dah. Padahal nak jahit tegak ja pon. So, jahitlah sendiri. Penat sikitlah. Yang penting boleh jimat. Kannn!!

Dah lama beli kainnya. Beli nun di Nagoya, Jitra. Sudahnya last minute baru menggedik nak siapkan. Ekekeke. Itulah padahnya sibuk sangat ngukur jalan. Kan!!.. Mendapatlah. Asal balik sampai rumah.. Kepenatan. So, tertangguh. Dari sehari ke sehari.

Akhirnya, angkut mak, rania pi tido umah mak sedara. Pukul 4 pagi gigih bangun siapkan. Kah. Kah. Kah.. Memalam rania pon kalut sama. Kita kalut nak jahit, dia kalut nak main benang. Ggrrgrggggg je tengok. Kecik besar kecik besar je ummi dok perati atas bawah๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Alhamdulillah, berjaya juga siapkan separuh. Separuh lagi tinggal dengan mak. Suruh mak tolong habiskan.

Berapa meter erk.. Lupa dah. Semeter RM6 lebih ja.. Pastu beli langsir untuk mak sikit.

Ini pon beli untuk jahit langsir ruang tamu je. Langsir siang dan malam. Ambik yang murah-murah. Jadilah, asal ada untuk tutup tingkap tu. Dalam bilik guna langsir lama rumah KL, cuma alter bagi pendek sikit. Bahagi dua. Untuk kening dan langsir malam. Tak ada buat langsir siang pon sebab dalam bilik dah tampal, glass wallpaper tu. So, jimatlah.

Jomlah tengok kegigihan seorang yang bernama ciksu. Ekekeke.. Takda lah pandai sangat jahit. Bolehlah.. Tapi kena complain sesaja dengan mak dan mak sedara. Hahaha. Apa boleh buat.. Budak KMT bukan budak ERT ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰





Siap jahit langsir tunggu my bff hantar kek yang ditempah. Nak bawa pi rumah kenduri. Sepupu kawin. Esok.

Simpan kat rumah mak sedara duluan sebab esbok mak dah tak muat. Penuh dengan barang dapur ja.. Memang tak boleh tumpang pong.. Hahahaha.. 

Siap simpan, terus gerak balik rumah, kemas apa yang patut, pastu terus gi ambik cik abe di Shahab Perdana. 

Nilah keknya.. 
Kek Sandwich Victoria 

Pastu pi KFC borong sudu. Kikiki.. 

Petang lepak di rumah jaaa sebab hujan lebat.. 

Sambil layan anak dara kesayangan.. Alhamdulillah semoga Rania taat perintah Allah rajin solat dan berjaya di dunia serta akhirat aamiin 

Selesai pe semua, tidur awal.. Esok nak keluar awal.. Nak pi kenduri.. Pastu ada plan nak pi jalan-jalan cari makan..

Semoga dipermudahkan hendakNya.. Aamiin 

Tidur dulu ye.. Selamat malam semua

Good Night ๐Ÿ’ค๐ŸŒ™
๐Ÿ˜Š Sweet Dream
๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ 

0 Comments