Ceramah Kebakaran. Suri rumah dan semua wanita patut tahu dan belajar

Pagi tadi pergi dengar CERAMAH KEBAKARAN. Banyak ilmu yang saya dapat. Rasanya zaman sekolah, zaman bekerja pon belajar benda ni. Seronok. Sebab Boleh segarkan kembali ilmu yang dipelajari sebelum-sebelum ini.

Faktor keselamatan
Yang tak pernah guna fire extinguisher hari ni pon boleh belajar guna. Tapi boleh tahan beratlah, kan! Hihi. Yang penting tahu cara guna. Next time akan ada untuk anak2 di tadika dan di sekolah pula. Anak-anak pon patut tahu dan belajar.

Terutama apabila kita duduk rumah bertingkat atau rumah teres. Jika berlaku kebakaran, api cepat marak. Terus merebak ke rumah lain. Itu yang bahaya. Nak-nak yang melibatkan litar pintas. Semoga keluarga, anak-anak dan jiran tetangga kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada perkara sebegini. aamiin.

Keselamatan di dapur.
Korang pernah tengok peniaga masak cha ko teow tak? Kalau sebelah utara nun memang sokmo nampak, kan!  Kemain haaa dalam kuali keluar api. Hihi. Andai kata korang tengah masak tetiba api keluar dan jadi lebih kurang macam api cha ko teow tu, korang jangan panik ok.

Cuma korang perlu cari kain dan basahkan. Pergi dekat. Agaklah jarak tu dengan kendian korang lemparkan tuala basah tadi ke arah kuali yang ada api tu. In shaa Allah api akan terpadam nanti. Sesambil tangan tutup api atau cabut kepala gas. Dapat satu ilmu selimutkan dengan tuala basah jangan simbah air sebab api akan lagi menjulang. Api dapur gas ni ibarat api di pemetik api. Apabila ditutup maka terpadamlah ia.

Pastikan anak2 tak ke dapur dan bermain dengan dapur gas. Serius, besar- besar rania ni kan suka mencuba. Seriau okay. Pepagi memang masak awal. Dia bangun terus makan je. Cuma kekadang nak buat cucur, goreng kepok ke.. Memang dia tengok lah. In shaa Allah pelan pelan ajar semoga rania paham. Tapi setakat ni rania dah tahu lah kalau nampak api besar, asap. Semua pandai sebut dah 😘

Sedih dengar anggota bomba bercerita pengalaman dia selamatkan sorang anak tadika di kuantan. Katanya dapur rumah ibubapanya hampir terbakar. Balik tadika nak makan nasi, goreng telur. Tetiba api sambar. Ibu bapa kerja. Apabila anggota bomba bertanya kenapa main api dia cakaplah lapar. Nak makan nasi. Itu yang goreng telur. Allah Hu Akhbar sebak rasa di hati semasa dengar. Nasiblah bomba cepat sampai. So, ibu2 yang bekerja pastikan makanan anak2 disediakan sesiap sebelum keluar rumah. Cabut kepala tong gas. Sama juga kalau nak pergi bercuti atau balik kampung. Pastikan perkakas elektrik ditutup suis dan dicabut plugnya. Supaya tiada aliran arus elektrik. Jika ditutup suis tapi tidak dicabut plug sama juga kekdahnya. Macam tak ada apa2.

Peringatan bersama
Jika berlaku kebakaran dalam rumah paling utama jangan panik. Sewaktu asap memenuhi ruang rumah, dengan pintu dan tingkap tertutup, JANGAN SESEKALI MASUK KE BILIK, BILIK AIR, MENYOROK BAWAH KATIL TAPI CUBA MERANGKAK MENCARI PINTU UTAMA. KERANA BAHAGIAN PALING BAWAH MASIH ADA OKSIGEN. HANYA RUANG UDARA DIPENUHI ASAP. PASTIKAN LALUAN KE PINTU UTAMA TIDAK DIHALANG DENGAN SOFA DAN SEBAGAINYA SERTA KUNCI RUMAH SENTIASA DILETAKKAN DI TEMPAT YANG SENANG DICAPAI. CONTOHNYA BELAKANG PINTU. TUJUANNYA UNTUK MEMUDAHKAN SESUATU APABILA BERLAKU PERKARA TIDAK DIINGINI. Menurut pengalaman abang bomba, kebanyakkan mangsa yang dijumpai mati akibat lemas terhidu asap.

Alat Pemadam Api 
Ada dua jenis fire extinguisher. Betul ke ejaannya. Hiks. Bolehlah asalkan korang paham okay. Bahasa melayunya alat pemadam api. Gituu.

Yang tong kecil jenis co2. Gas. Sesuai untuk perkakas elektrik. Contohnya laptop, tivi, dan peti ais selepas disembur dengan co2, barang-barang tadi boleh digunakan semula selepas dibersihkan manakala yang tong besar jenis debu/powder. Sesuai digunakan untuk kebakaran yang berbentuk pepejal. Contoh langsir, perabot dan sebagainya.

Diajar cara cabut pin, angkat hos dan arah tiupan angin. Sebelah mana patut berada waktu nak halakan hos pemadam api. Supaya tuan yang sembur tak keputihan. Ehehehe πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Rumah korang ada tak pemadam api? Rumah di kampung jarang ada, kan! Macam saya duduk kuarters, setiap tingkat ada pemadam api. Dua2 jenis ada. Jenis pemadam api ni, sekali guna kena habiskan. Takdanya nak simpan sikit.

Selepas dengar ceramah ada sesi praktikal. Semua pakat cuba. Anak-anak hanya dibenarkan naik dan duduk dalam kereta bomba. Sekadar bergambar. Abang bomba tak boleh bawa pusing2 sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Kecewa Rania. Kesian dia.



Tengah panas lit lit nih. Lebih kurang jam 11pagi lebih 

Terima kasih abang bomba di atas ceramah yang diberikan. Semoga menjadi panduan di kemudian hari. Aamiin

πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰
Tumpang iklan!!!  

Sangat selesa walaupon berada di tengah panas. Walaupon panas, saya tak kisah hihi. Muka dah siap sedia di tepek day night cream + bb cream by seqybeauty. So, tak perlu risau kulit wajah terbakar oleh sinaran matahari. Kandungan SPF 30+ yang terkandung dalam BB Cream ni dapat membantu kulit wajah daripada masalah pigmentasi.

Berminat?? 
Whatsapp Ciksu deh
0193080215

Set Trial Skincare RM130
BB Cream RM55

Nak sihat, cergas dan awet muda sentiasa, boleh amalkan makan Maajun Anggun Bistari. Bahan-bahannya membantu menghasilkan susu ibu kerana terdiri daripada madu dan habbatus sauda. Makanan sunnah. Emak sihat anak kenyang. Alhamdulillah 😘


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Ceramah Kebakaran. Suri rumah dan semua wanita patut tahu dan belajar"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF