Muhasabah diri..

Ibuu..👱🏻‍♀
Ayah..👨🏼
Jangan sumpah anak2 walaupun hatimu tercabar!!
Tahan marahmuu..😓

😶Bila anak2 mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati ,,
Lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati,
Rasa benci dan menyampah,
Maka Hilanglah redho seorang ibu disaat itu.
Hilang jugalah redho Allah pada anak itu.

😔Ingatlah wahai ibu..wahai ayah..

😥Cepat2lah beristighfar,,
 jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta  walaupun sekejap..
 Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita
Ataupun nyawa anak kita.

😧Maka tergolong lah anak itu dalam golongan anak derhaka,,

😳selayaknya neraka jahannamlah buatnya..
Nauzubillah.

😲Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhirannya?

🤚Sedangkan anak2 itu tidaklah begitu..

🤝Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan..

🙌Selidikilah diri kita,,

🤔Sejauhmana kita didik mereka dengan ilmu agama?

🤔Sejauhmana kita dampingi anak2 dengan nasihat berguna?

🤔Sehebatmana kasih sayang yang kita curahkan?

🤔Sejauhmana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?

⏰Ibu ayah Jangan lupa..

🤡Anak yang terlalu dimanjai juga akan bisa bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibubapa.

😡Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.

😠Anak melawan cakap kemunkinan kerana diri kita yang sering begitu dgn orang tua

😖Anak jadi liar kerana punca rezki yang dibajai tidak berkat

😒Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna.

😟Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah.

😭Anak yang degil bukan kehendaknya kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasi jiwanya.Rawatlah ia.

⭐Carilah dimana silap kita dalam mendidik anak2.
Bukan semata2 mencari salah si anak.

😀Anak2 itu acuan kita

💪🏻Didiklah dari seawal kejadiannya.

🤗Peluk dan usaplah anak disaat dia memberontak.

🌟Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

👌Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan.

😍Pupuklah cinta Allah dalam keluarga.

👍Insyaallah..kita tak akan hilang pedoman.

👨‍👩‍👧‍👦Anak2 jadi soleh solehah kerana punya bimbingan bukan kutukan.

*Muhasabah Diri* 😔😔

Cnp

Selamat malam semua...
Rindunya pada ayah dan mak..
Didoakan semoga mak ayah sihat, panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan serta dijauhi keburukan dan kejahatan.....aamiin....

biarpon ceq tak kaya tapi doa ceq tak pernah putus dalam setiap sujud ceq buat mak ayah...

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Muhasabah diri.. "

Betul...kalau marah sangat...palingkan dengan kata-kata yang tidak menjadikan anak itu derhaka...kesian pada anak...

Salam Cik Su,

Lama sungguh tak menyinggah di sini!

Betul tu, CikSu. Saya ni pun selalu juga marah pada anak bila mereka buat salah. Bila dah marah tu, mulalah tak boleh kawal diri. Lepas tu menyesal sebab terfikir kenapa perlu marah-marah pada anak sedangkan masa kita dengan mereka pun bukanlah panjang mana. Bila dah dewasa nanti, kita 'ditinggalkan' sendiri lagi, tak payah nak marah-marah!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF