Tudung kanak-kanak


JALAN-JALAN KE PASAR TANAH MERAH, KELANTAN

13 Ramadan..

Lepas subuh siap-siap gerak balik Jerteh..Rania suruh bangun buang air kecil, tukar baju sambung tido dalam kereta.. seawal pukul 8:50 pagi kami dah sampai Pekan Grik, Perak..bertolak awal maka akan sampai awallah diJerteh..yang pasti kena turun Banjaran Titiwangsa sebelum maghrib..laluan tu tak selesa sekiranya waktu malam..salah satunya sebab jalan bengkang bengkok, kecil, banyak lubang dan paling utama gelap..
memalam merupakan laluan gajah juga untuk sesetengah tempat..better gerak awal lagi bagus..

Sebelum Zohor kami dah sampai Pekan Tanah Merah, Kelantan.. cik abe ajak japan-japan cuci mata..sesambil cari stok bahan basah..alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan 😂😂

Bukan selalu nak boleh singgah sini..kebetulan terlalu maka tersinggahlah di sini..

Tergerak hati nak singgah sini sebab ayah selalu dok cerita yang ayah dok teman anak menakan ayah mai ambik serunding di Pasar Tanah Merahlah..tapi anak menakan tu dah arwah.. al-fatihah..

Jalan-jalan, pusing-pusing..sudahnya beli serunding ayam dengan daging, udang galah, sayur serba sedikit, cincau, buah salak dan keropok ikan..harga di sini murahlah juga..macam-macam ada dijual di sini..ada duit jalan.. 😂😂

Tanduk rusa..simbolik Pekan Grik

Tuan tanah kedaung dengan Rania sayang

Bahagian buah

Bahagian keropok, kerepek

Bahagian serunding
Pepandai cari dan tawar menawar
Harga semuanya lebih kurang sama jaaa

Bahagian jualan emas Korea, brooch dan perhiasan diri..rambang mata tengok koleksi emas korea..sejak rantai Rania pernah hilang, agak keberatan nak pakaikan Rania dengan barang kemas..beli dan ummi pakai dulu sementara nak tunggu Rania besar..

Alhamdulillah pukul 4 petang selamat sampai ke pintu gerbang sempadan Jerteh,Terengganu-Pasir Puteh, Kelantan. 

Rania kalau lalu je bawah pintu gerbang ni, sokmo akan nyanyi lagu "selamat pengantin baru" hahahha..mana dia dapat idea pon tak tahulah..

Sesampai Jerteh ke Pos Laju duluan.. ambil barang..sesampai rumah terus agih2kan stok buah kuinin..tak boleh simpan lelama..sebab dah banyak hari dI bawa dari Kedah..takut lelama kang rosak.. itu pon yang mana jatuh terhempas dah mula lebam..

Lepas ni ada rezeki jalan-jalan cuci mata Pasar Siti Khadijah pulak..okay..stay tuned kalau nak tahu apa yang menarik di Kelantan Darul Naim ✌

Rasa-rasanya ciksu dah boleh jadi Blogger Pantai Timur..kan!!! In shaa Allah untuk beberapan tahun akan datang ni, iols cuba update dengan korang tempat apa yang best dan menarik di Kelantan dan Terengganu.. 

Menu berbuka apalah hari ni ye??? 

Sekilo serunding daging dan ayam..ciksu nak buat apa.. Tunggu deh..nanti kawe update.. Okay ✌

0 Comments