PETUA CEPAT HAMIL

Jalan-jalan di wall fb terjumpa "petua cepat hamil". Apalagi, terus copy and paste untuk selitkan dalam entry Usaha Untuk Hamil kali kedua.

Ya. Ciksu masih lagi berusaha untuk dapat anak no 2 pulak. Masih makan tahun juga. Bertabahlah.

Bagi yang masih berusaha untuk hamil. Bolehlah, cuba "petua cepat hamil" yang ciksu kongsikan nie.

Ciksu doakan semoga urusan kita untuk timang cahaya mata pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dipermudahkan jalannya aamiin

1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat diatas segala dosa yang dilakukan.
Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita dan berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak.

2. Berpuasa sunat
Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahaya mata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak. Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin dan Khamis.

3. Jaga kelakuan dan tutur kata
Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata dan tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan.

4. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran
Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian. Anda boleh mengamalkan surah-surah berikut,

Surah al-Fatihah: Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
Surah Maryam: Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman: Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf: Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin: Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah: Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl: Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

5. Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan
Di samping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung, Adalah penting juga untuk kita mengetahui masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan.

Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya...

Credit: Facebook


Boleh juga ikhtiar hamil dengan Maajun Anggun Bistari. Sebulan RM21, hanya ada 21 biji sahaja. 

MAB UNTUK IKHTIAR HAMIL

Kes untuk ikhtiar hamil, pengambilan MAB hanyalah sebagai rawatan. Kena stop MAB setelah selesai rawatan.

Macam mana mulakan MAB untuk kes ikhtiar hamil?

🍒Jika period normal:
MAB hanya rawatan untuk kesuburan dan keluarkan darah kotor yang tidak habis keluar semasa haid. 

Mulakan ambil MAB pada hari ke-3 period. Makan ikut kaedah 21-6-21. Cukup 3 botol stop.

🍒Jika period tidak normal:
Boleh terus start ambik MAB.
Tidak perlu tunggu period. Biar MAB yang aturkan periodnya.
Disarankan ambik 6 botol. 3 botol pertama untuk proses detox. 3 botol kedua untuk rawatan kesuburan.


Testimoni ikhtiar hamil yang berjaya


Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "PETUA CEPAT HAMIL "

Assalamualaikum CIk sue

Kalau nak berusaha hamil

selain jaga makanan dan minuman

kena pantang minum kafein. Jangan berlebihan

ELok juga banyak sedekah

Assalamualaikum Wrmbth & selamat menjamu selera

Memang pernah baca tips banyak istighfar tu untuk cepat hamil

tq cikSu share petua ni

moga ade rezeki nti..insyaAllahhh:)

Moga dipermudahkan urusan ciksu ye
Allahumma amin

Amin..semoga afa rezeki Rania jafi kakak nanti ya..insyaAllah..☺

Doa-doa yang sangat baik untuk cepatkan kehamilan. Ada petua makan yang boleh dicuba iaitu susu kambing dengan kurma. In Sha Allah ... boleh cuba.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF