Testimoni Maajun Anggun Bistari Ikhtiar Untuk Hamil

Assalamualaikum semua.

Hari ni Ciksu ada masa terluang. Alang-alang naklah berkongsi dengan korang macam mana Ciksu boleh "terjebak" dengan Maajun Anggun Bistari (MAB).

Siapa Ciksu? Seorang anak dan ummi yang sudah pon berumahtangga hampir 10 tahun. Untuk yang masih belum mengenali siapa Ciksu, sedia maklum yang Ciksu sebelum ni salah seorang TTCian. Sekian lama berusaha untuk hamil, akhirnya Ciksu diberi keizinan oleh Allah untuk merasa pengalaman hamil dan bersalin pada tahun 2014. Sekarang anak sulung dah pon berusia 3 tahun. Alhamdulillah.

Korang nak tahu tak satu rahsia. Hahaha. Rahsialah sangat. Kannnnn. Rahsialah sebab Ciksu belum pernah bercerita dengan sesiapa melainkan meluahkannya di sini. Hanya untuk follower dan reader kesayangan Ciksu 😘

Hari kedua selepas bersalin, doktor ada bertanya. Katanya, awak boleh pilih nak guna kaedah apa untuk rancang kehamilan seterusnya. Tapi sepantas kilat Ciksu menjawab. "Saya minta maaf doktor, saya tak mahu ambil apa-apa perancang risau nanti hormon saya lari sebabnya saya tunggu anak pertama ni pon hampir 7 tahun..".  Ya, dengan beraninya saya memang terus menerus menolak perancang moden. Jadinya, doktor tak paksa dan hanya senyum tak perlu kata apa-apa. Cuma doktor pesan "pandai-pandai jaga diri sebab awak bersalin normal..". Ok ✌

Lamaaaaaaa tunggu masih juga tak ada tanda tanda hamil walaupon Ciksu rancang sendiri. Memang niat dihati nak adik baby secepat mungkin. Tak mahulah tunggu lelama. Boleh dikatakan setiap bulan ternanti-nanti kot-kot hamil. Tambahan pula sebulan selepas habis pantang Ciksu dah mula didatangi Cik P. Sampailah anak berhenti menyusu badan, perjalanan Cik P masih normal. Sebolehnya tak nak jarakkan kehamilan. Al maklumlah umur dah tak berapa nak muda sangat. Kaannnn πŸ˜‚

Sebelum tu memang dah mencari info makanan tambahan untuk badan. Hanya bertanya pada nenek goggle πŸ˜„ Memang untuk anak kedua Ciksu berusaha mencari yang lebih alami, selain nak jimat. Daripada situ Ciksu teruskan menggoggle produk apa yang boleh dicuba untuk ihktiar hamil kali kedua. Walaupon dah jumpa dan baca testimoni Maajun Anggun Bistari (MAB) berkali-kali tapi Ciksu tak terus mencuba. Ambil masa untuk terima. Lama jugalah ambil masa. Puas baca testimoni, selidik latar belakang MAB dan pengasasnya, akhirnya bulan 8/2016 baru tergerak hati nak mencuba. Yakni selepas anak sulung putus susu badan di usia 2 tahun.

Entah macam mana, dalam dok mencari senarai nama dealer yang berhampiran, scroll punya scroll, terperasan nombor hp kawan sekolah dalam satu blog nie. Sekali pandang macam kenal no hp tu sebab Ciksu memang simpan nombor tu. Rupa-rupanya, kawan sekelas Ciksu ni dah lama ambil MAB. Baru ku tahu. Ishhhh.. Ishhhhh
Dalam masa yang sama, kawan sekolah yang lain ada juga bercerita mengenai MAB nie. Akhirnya, Ciksu dipertemukan kembali dengan rakan sekelas semasa di tingkatan satu. Apalagi, terus whatsapp kenalkan diri dan mula tanya mengenai MAB dan kongsikan apa yang Ciksu inginkan. Selepas diberi nasihat, terus eksaited nak cuba MAB. Inilah hikmahnya, rupanya Allah tak temukan kami kembali 😘😘

Mula ambil MAB bulan 8/2016 sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar hamil. Botol pertama, Cik P datang macam biasa. Masuk botol kedua, Cik P datang macam biasa juga cuma keluar darah ketul2. Tak banyak. Bolehlah. Tak sakit pon sebab keluar sekali dengan Cik P. Cuma terkejutlah sebab tak pernah jadi macam tu sebelum2 ni. Masuk botol ke 3 back to normal. Cik P berjalan lancar, yakni sama seperti sebelum ambil MAB. Ciksu teruskan pengambilan botol ke 4 hingga botol ke 6. Kemudian mula berhenti ambil MAB sebab memang dah bersedia nak hamil.

Oh ya, memula Ciksu ambil MAB waktu pagi. Selepas selesai buat kerja rumah, mulalah mata jadi layu dan kuyu. Mengantuk yak mat. Hiks. Selepas kejadian tu, dinasihatkan supaya ambil MAB sebelum tidur. Mengantuk je terus tidur. Ekekeke. Paling best bangun pagi memang rasa segar. Hilang semua rasa lenguh-lenguh badan dan rasa lebih bertenaga. Maklumlah jaga anak kecik yang dah pandai berjalan ke sana ke mari dengan nak uruskan rumahtangga, nak jaga makan minum keluarga.. Memang penatlah. Dengan adanya MAB sedikit sebanyak ianya membantu memberi tenaga pada diri.

Pengalaman Ciksu selepas bersama MAB.
Bulan pertama berhenti ambil MAB, Cik P datang macam biasa. Maksudnya datang bulan sama macam sebelum bersalin. Sikit pon tak mengganggu kitaran Cik P. Kali terakhir Ciksu ambil MAB bulan 2/2017 dan hingga saat entry ini ditulis, Cik P masih maintain dan berjalan lancar. Tiap-tiap bulan Cik P menjenguk. Alhamdulillah πŸ˜‰

Tapi apakan daya, Ciksu juga hanya manusia biasa. Walaupon sudah berusaha namun Ciksu masih belum hamil hinggalah saat entry ini ditulis. Walaupon usaha Ciksu untuk hamil tidak berjaya selepas 6 botol pengambilan MAB, tetapi Ciksu tidak berputus asa dan tak salahkan MAB malah Ciksu terus daftar sebagai Ejen MAB kerana amat berpuas hati dengan hasil yang Ciksu dapat dan ingin kongsikan kebaikan MAB bersama kengkawan yang masih berusaha untuk hamil. Sekarang ni Ciksu sentiasa berjaga-jaga dengan pemakanan harian. Mana boleh ambil, ambil. Yang perlu dielakkan, cuba elakkan. Selebihnya Ciksu bertawakal kepada Allah kerana urusan zuriat nie hanya Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Kita ni manusia memang ada jugak rasa tak cukup dan tak sempurna tu... Normallah. Kannn. Ada yang ramai anak lelaki nak anak perempuan tapi ada lagi yang lagi sedih daripada kita. Masih ada yang belum merasa lagi rezeki anak tapi mungkin dia ada rezeki lain yang lagi hebat. Apa2 pon semua adil dah Allah bagi.

Baru setahun jagung bersama MAB. Bermula sebagai pengguna kemudian terus daftar jadi ejen. Hanya kerana ingin sebarkan kebaikan MAB dan berkongsi dengan wanita anggun di luar sana sesambil tambah income. Percayalah MAB All In One. Jangan ragu-ragu untuk mencuba kerana Ciksu sendiri dah rasai keberkesanannya. Nak-nak part suami isteri. Kannnn. Dah lama berumahtangga, pepahamlah. Bab ni, segan nak bercerita panjang, korang kena cuba sendiri. Okay. Pastu tanya pasangan memasing. Cukup. Cukuplah sudah.. Sampai di sini Ciksu kongsikan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kadang tanpa disedari, air mata meleleh sendiri mengenang ttcians semua. Apabila mereka berjaya, terasa diri ini adalah insan yang paling gembira dalam dunia. Moga Allah makbulkan doa dan ikhtiar kami. Berkatilah perjuangan kami ini ya Allah. Aamiin aamiin yarabbal alamin...

Makin lama cicip MAB makin berseri. Barulah terasa yakin setiap hari. Wanita anggun perlu bijak menjaga diri. Apa lagi, jomlah cuba Maajun Anggun Bistari.

Ciksu Ejen Maajun Anggun Bistari kawasan Jerteh/ Kuala Besut, Terengganu dan Pendang, Kedah. Korang boleh pilih sama ada nak Cash On Delivery atau tunggu cik abam Pos laju hantar pon boleh.. Pilih aja mana yang mudah. Okay ✌

Doakan rania dapat adik baby ya acik acik.. Senang rania nak berhomeschholing dengan kawan 😘


Ramuan herba dan makanan sunnah yang terpilih

Harga sebotol Maajun Anggun Bistari tidak termask kos postage

Berminat untuk merasai Maajun Anggun Bistari, boleh klik link whatsapp di bawah. Terus menerus korang di bawa bertemu Ciksu dari jauh.. Lalalalalalaaa...


Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Testimoni Maajun Anggun Bistari Ikhtiar Untuk Hamil "

Aminn....inshaAllah..kita sama-sama terus usaha dan berdoa.

asslmkm ciksu.. lama btl kita tak singgah sini kan..
kita pun amalkan ni juga.. tapi kalau badan dah penat, mmng bateri flat trus. haha

harap2 cepat lah rania dapat adik kan...akak pun xdok juga rezeki..huhuhu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF