Tudung kanak-kanak


Resepi Sambal Sotong Sedap

Sedap ke.. Hahaha. Sedap le sebab tekak sendiri. Kannn. Sendiri masak, kalau tak sedap pon makan sampai habis juga. Betul tak? Cer orang lain masak, kemain haaa, komplen itu ini tak cukup. Uollss, bersyukurlah selagi dapat rasa dan jamah makanan tu. Okay.
Sedap ke tak, belakang kira. Asalkan masih ada rezeki untuk kita jamah makanan tu.  

Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Malaysia. uols, ke mana tu πŸš—πŸš—

Ciksu duduk rumah je. Cik abe baru balik dari key el. So, si dia nak rehatkan diri. Ok ✌

Kena siang sotong ni haaa.. Dah sesiap masukkan ke rumah memasing. Satu untuk sotong goreng tepung, sambal sotong, gulai sotong dan selebihnya untuk campur dalam sesayur. 

Okay. Ini menu tengah hari ini. 

Menu Hari Malaysia 
πŸ™Sambal Sotong
πŸ™Sayur Sawi 

Sambal Sotong
Sotong direbus sekejap. Ketepikan.
Tumis bawang merah putih dengan minyak
Masukkan cili kisar dan belacan. Masak sampai pecah minyak. 
Kendian masukkan air asam jawa, garam dan gula sesedap rasa. 
Masak sampai kuah nampak pekat. 
Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan sotong yang direbus tadi. 
Kacau bagi sebati, bolehlah ditutup api. 

Done πŸ˜„

Ditemani leptos selalu supaya tak makan secara berlebihan. Sekali kunyah 3 biji. Untuk bakar 300 kalori.
Ciksu ni kalau ada menu sambai boleh lupa diri sekejap. Herherher. Kejap kejap tambah nasi. Hahahaha. Selagi tak puas,  selagi tu dok mengunyah. 

Buat gini senang nanti nak ambil untuk dimasak. Dah sesiap siang untuk menu apa. Mudahkan tugasan ibu-ibu di dapur. Barulah seronok memasak. Gituu 😘

Selamat beristirehat di hari Malaysia. Esok Jerteh cuti. Ada 2 jemputan kenduri kawin. Satu dekat dalam perumahan sini dan satu lagi nun di Kuala Nerus. Semoga diizinkan untuk merasa nasi kenduri di sini. Aamiin.




Saya pilih produk natural untuk kesihatan yang lama & berpanjangan.

Dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat & vitamin.

Saya suka Leptos! Kunyah- kunyah ajerr...
😍

Wasap:

5 Comments

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)