TEKNIK MENDIDIK ANAK CEPAT BIJAK GAYA JEPUN

Perkongsian di sini hasil jalan-jalan di facebook. Marilah sesama pratikkan pada anak kecil kita di rumah.
.
(Maaf entri kali ni panjang sedikit)😊

Admin hendak berkongsi perkara yang menarik berkaitan kanak-kanak bijak. Rakyat negara di Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Ini banyak dipengaruhi oleh ajaran dan didikan dari ibu bapa mereka semenjak kecil yang menjadi pendorong utama kepada pembesaran anak-anak yang bijak.
Sewaktu admin sedang mencari info, admin tertarik dengan teknik Jepun iaitu TEKNIK SHICIDA.

Teknik ini melatih anak-anak jepun berfikir menggunakan otak kanan. Otak kanan adalah bahagian yang cenderung kepada kreativiti. Otak kiri pula lebih cenderung kepada kira-kira dan fakta.
.
1) Sewaktu anak kita mula nak tidur (tidur-tidur ayam), cakap perlahan pada mereka ” mama & papa sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Cakap padanya dengan sepenuh hati dan ikhlas. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.
.
2) Biarkan mereka bermain
Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini berkaitan dengan gerak kerja tangan di mana ia dapat merangsang otak kanannya.
.
3) Marahlah, tapi jangan tengking
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak kerana tiada keyakinan diri.
.
4)Teknik imaginasi
Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
.
5)Teka-teki
Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
.
Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

Selain itu, gunakan perkataan POSITIF bukan NEGATIF. Elak gunakan perkataan JANGAN tapi gantilah dengan  perkataan lain yang lebih positif untuk menyampaikan maksud.
Contoh:
Tolong senyap Along ” berbanding “ Along jangan bising.

Perkataan JANGAN dan BISING itu adalah negetif. Boleh digantikan dengan TOLONG dan SENYAP yang lebih positif.

Jika selama ini kita mungkin tidak pernah melakukan perkara di atas, mulai hari ini boleh mula amalkan dan lihat bagaimana reaksi anak. Jangan marah-marah anak kerana mereka dalam proses mengenal dan belajar.

Semoga bermanfaat.
.
B-Smart Gummy, 9/10 guru dan ibu bapa percaya B-Smart Gummy membantu perkembangan minda anak-anak menjadi lebih positif.
.
www.ByDrAzlan.com
.
Perunding ByDrAzlan,
Dr. Hafiz (DAT 060)
014- 881 4008

#BSmart #ByDrAzlan untuk anak bijak
#SuplemenMinda
#AnakPintarCerdas
#IQBooster
.
Kredit- Baharuddin Mohamed, Zahratu Billaurah
Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "TEKNIK MENDIDIK ANAK CEPAT BIJAK GAYA JEPUN"

bagus tip tips ini. Boleh cuba dengan 2 anak lelaki mama yang masih kecil

Banyak teknik dan tips ni kita boleh buat terus di rumah

tak payah tunggu lagi

Apa yang baik dari jepun ni kita ikut

Apa yang tak baik kita jadikan sempadan

Sebab manusia pun tak sempurna kan

Macam-macam teknik ada kalau nak diikutkan, Ciksu tapi bergantung jugalah pada anak kita masing-masing. Apa-apa pun bagus juga tips ni, kalau sesuai bolehlah kita praktikkan untuk anak-anak.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF