Tudung kanak-kanak


Resepi: Ais Krim Kacang Hijau


Aiskrim kacang hijau

Sukatan pepandai lah ye. Buat ikut sedap mulut memasing. Kacang hijau ni pon ciksu beli yang siap packing dalam plastik. Harga dalam dua ringgit lebih ja. Terlupa pulak berapa kuantitinya. Terus buat semua. Simpan-simpan kang terus terlupa pulak. Kann!!

Santan pon tak banyak. Ciksu jenis beli santan sekilo, kendian balik rumah agih-agihkan masuk bekas kecil dalam empat lima bekas. Bekukan. Buat untuk sekali guna. Mudah. Memang tak da lah lemak sangat. Sekadar secukup rasa dan lemak-lemak manja. Gituu 😉

Gula putih, Ciksu gantikan dengan gula perang. Eskerim ni memang buat untuk Rania. Ciksu dengan cik abe ambil sikit habuan cicah dengan roti gardenier. 

bahan2
kacang hijau
santan pekat + air suam
air secukupnya untuk rebus kacang
 gula perang
gula merah
2 helai daun pandan disimpul
secubit garam

Tengah-tengah rebus kacang, gas pulak habis. Adoii lah.. Dugaan betul.. Terus transfer ke rice cooker dan masak macam biasa. 


caranya:
Rendam kacang 1-2 jam dan rebus dengan air sampai kembang (air akan kering) dan empuk

masuk santan yang dah dicampur air suam, daun pandan, garam, gula dan gula merah dalam kacang, masak sampai gula larut

kacau sebati dan biar sejuk seketika

bila dah sejuk, masukkan dalam plastik aiskrim dan ikat. Kalau nak makan style ais krim Malaysia. Tapi Ciksu guna acuan aiskerim yang beli di Mr DiY. Cepat sikit habis. Dapatlah 6 bekas. 

Bolehlah bekukan semalaman

6 bekas ni pon bukannya tahan lama. Selagi tak habis, selagi tu lah diulang buka esbok tengok. Memula cakap satu ummi punya, satu ayah, satu Rania. Sudahnya Rania sorang yang habiskan 😤😤😤😤

Ni entry lama 

Ni buat masa awal tahun hari tu.. Buat ais kerim sendiri untuk anak boleh kurangkan gula.. Bolehlah lepas keinginan anak yang nak makan eskerim di luar sana. Sekali sekala bolehlah bagi. Tak elok juga bagi selalu eskerim ni. Sejuk. Sian ke gigi. 

selamat mencuba! 


2 Comments

  1. Sedapnyer eskrim rania....teringin pula

    ReplyDelete
  2. Alamak tiba-tiba kepingin Ais krim kacang hijau.

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin