Tudung kanak-kanak


Baju budak cantik dan murah. Rambang mata mak nak!!!

seyes comel..comel tahap mak terjelepuk sesama dok buat kalut pilih baju untuk anak. Anak baru sorang tapi tahap pilih kemain haaaa.. Macam pilih baju untuk anak sepuluh orang. HAHAHAHA. πŸ˜…πŸ˜….. 

Pantang jumpa mesti beli. Harga semuanya RM10. Ikutkan kalau nak kesemuanya boleh jah beli borong. Kikikiki. Tengok baju budak comey gini dan-dan teringin nak juai baju budak pulak haaaa.. Ok tak. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Mula terjumpa baju-baju cantik dan murah ni masa jenjalan ke wakaf che yehlah. Dalam hati murahnya. Kualiti kain oklah. Not bad. Sesuai untuk anak anak yang melasak. Kalau kotor ke apa tak kisah sangatlah. Baju basahan katanya. Kan!! So, gasaklah. Hahaha. Cuma nipislah kainnya.. 

Koleksi Minnie mouse. Ini beli di wakaf che yeh. Baju memula jumpa. Bulan 8. kebetulan ke sana sebab ada hal, jenjalan di wakaf che yeh. Terus beli. Suka warna ni. Konon nak mecing dengan baju ummilah. Satu lagi sebab lengan panjang. 

Ini beli di kedai baju budak dalam giant jerteh. Jalan-jalan cari barang dapur. Ternampak, terus rambang mata. Kahkahkah πŸ˜‚πŸ˜‚

Koleksi omar dan hana. Ini pilihan Rania sendiri. Kalut haaa dok habaq ke ummi suruh ambik baju omar dan hana tu. Tak banyak pilihan dah haaa. Jenuh dok cari size untuk Rania. Sebab Rania jenis tinggi dan rangka besar. Umur baru 3 tahun tapi ummi sokmo cari size yang umur 5/6 tahun. Bukan untuk pakai lama tapi bagi selesa. If tahan lama satu bonuslah. Kannn!! 

Baju ni sesuai untuk pakai hari-hari, tidur malam or pergi taman mainan. Kain tak panas. Selesa. 

Koleksi minnie mouse. Nak warna biru. Cantik. Tapi tak ada size. Terpaksa juga ambil hijau lumut ni. Sebab ni je yang tinggal. 

Ini ayah rania yang belikan. Kebetulan ayah ke kl, tersuka terbeli. Cuma size kecik. So, Rania dok ulang pakai bajunya sahaja. Seluar dah sendat. Warna cantik dan lengan panjang tapi apakan daya.. Kita simpan untuk adik baby k ✌kalau sebut nak bagi dik baby, marah kawan. Hahaha. Ini Rania punya katanya 😍😍

Koleksi hello kitty. Ini ummi pilih. Suka warnanya. Cantik menawan. 

Koleksi poney. Lengan pendek. Sebolehnya nak lengan panjang. Tapi payah nau nak jumpa. Huhuhu. 

Pic ehsan goggle. Tapi sebiji warna tu. Beli di Bazar Pendang. Memula ambil warna mint. Balik try, sendat plak haaa. Pergilah tukar, ambil warna macam di atas. Cantik warnanya.

Koleksi minnie mouse lagi. Hahaha. Nampak gayanya ummi suka minnie mouselah. Kan!! Manjang ada koleksi minnie. Hihihi. Tertengok, terpilih, tersuka terus terbeli. Boleh gituu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Yang latest, baby shark doo doo.. Pon dah ada koleksi. Kekurangannya masih lengan pendek juga. Nak minta tolong keluarkan lengan panjang untuk gegirl boleh tak??? 

Last but not least. Empunya badan dengan ummi kesayangan.. I love you baby 😍😍
Tahun depan dah sekolah dah.. Semoga anak ummiayah behave di sekolah ok ✌

Dah mula dok prektis bagitau memalam kena tidur awal. Esok nak bangun awal. Pukul 7 bangun ok. Pukul 8 dah nak masuk sekolah. Pukul 12 ummi ambil ok. Jangan maciam-maciam tau πŸ˜‚πŸ˜‚

Umur 3 tahun ummi potong rambut. Ummi yang potong. Jenuh haaa. Kalau perasan senget bhaa. Tapi dah selamat alter. Ekekeke. Punca potong sebab memalam Rania panas. Dia gatai, dok garu-garu. Merah sudah. Sebelum melarat korbankanlah rambut kesayangan tu. Lama kot simpan. Sejak2 cukur rambut, inilah kali kedua potong rambut Rania. Sayang sangat tapi apakan daya. Nak berfesyen pon biarlah anak selesa. Kannnn!! 

Ummi pasrah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Next, kita sembang2 lagi k. Ada banyak entry tertunggak. In shaa Allah, cuba selesaikan satu-satu.. In shaa Allah, next mengenai entry makanan kegemaran Rania. Nak tau apa dia, stay tuned k ✌


3 Comments

  1. amboiii...sakan dia...hahaha...Sally pun since ada anak buah ni...mak dia, nenek dia Sally dah tak ingat dah..LOL...manjang beli kat anak buah je..hehehe

    ReplyDelete
  2. Hihi.. Asalkan cik su n ank dara hepi

    ReplyDelete
  3. Hihi.. Asalkan cik su n ank dara hepi

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin