Panduan Niat Solat Jamak & Qasar

Bismillah..

BERJALAN, BERJALAN JUGAK. SOLAT JANGAN LUPA!

Sekarang ni dah takde alasan untuk tinggal solat even dalam perjalanan yang jauh sebab kat highway pun dah banyak R&R yang menyediakan ruang untuk kita mendirikan solat. 

Dan even dalam Islam sendiri, dah disyariatkan satu bentuk kemudahan iaitu 'rukhsah' yang meringankan urusan kita untuk menunaikan solat, dengan syarat:

[✔] Bermusafir dengan tujuan yang baik dan bukan untuk melakukan maksiat.
[✔] Destinasi yang dituju mesti melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM)
[✔] Mengetahui destinasi yang dituju (tahu jalannya, tidak tersesat)

Solat Jamak bermaksud mengumpul / menghimpunkan dua solat dalam satu waktu dan terbahagi kepada 2 iaitu:

[✔] Jamak Taqdim - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

[✔] Jamak Ta'khir - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

Solat Qasar pula bermaksud memendekkan atau meringkaskan solat Fardhu yang empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) menjadi dua rakaat sahaja. Manakala solat fardhu Subuh dan Maghrib tidak boleh diqasarkan tau! :D

Lafaz niat paling mudah adalah apabila kita niatkan dalam bahasa Melayu, niat di dalam hati. Insha-Allah, mudah hafal, mudah juga kita amalkan! 
==========
⚠ RALAT ⚠
==========
Niat solat Maghrib yang dijamakkan (Taqdim/Taakhir) adalah 3 rakaat TANPA QASAR kerana jumlah rakaatnya sudah sedia pendek dan tidak boleh diqasarkan. 😉
.
Bila post ini memberi manfaat kepada anda dan keluarga, LIKE & SHARE untuk manfaat sahabat FB kita yang lain. 👍❤
.
"Fun Learning Excellent Achiever"







Credit info to: Ummi chedah

Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "Panduan Niat Solat Jamak & Qasar"

Thanks sharing... memang tak de alasanlahkan... solat tetap kena solat...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF