Tudung kanak-kanak


Buah Kulim. Pernah tengok, pernah makan?

 

Pernah makan BUAH KULIM? 
Aku memang tak tahu menahu pon pasai buah kulim ni.. 
Semuanya bermula selepas mak sedara dok tanya. Katanya ada orang bagitau, boleh dibuat ubat untuk yang ada masalah kesihatan. 
Cik abe kata dia pernah makan. Dok beli di pasar kuala kangsar. 

Okay baiklah. Nampak gayanya aku ketinggalan keretapi hahahaha.. 

Sekali balik KL cik abe pergi belikan untuk mak sedara di Pasar Chow Kit. Ada jual. Nasiblah kalau ada pon. Rezeki. Memang dapat banyak juga hari tu masa beli untuk mak sedara.

Balik rumah cik abe saje nak ngetest bagi aku rasa. Dia pergi rebus buah kulim tu, makk aiiii bau satu rumah boleh tahan semerbak. Sakit hidung. Menusuk. Kahkahkah 

Tapi buah kulim yang beli di KL tu, macam dah tua sikit sebab dah lama. Kan!! 

Buah kulim yang dalam gambar tu, abang sepupu aku bagi. Dia kaki masuk hutan. Memancing dengan team dorang geng pacuan empat roda tu. Banyak dia dapat buah kulim tu. Masa balik kampung bulan 11 ari tu, aku pi rumah dia. Dia bagilah sikit kemain sukalah laki kawe. Dapat buah kulim muda. Lembut. Lemak rasanya.. Yang ni aku makan plak. Hahahah. Cicah cabai tumbuk. Sedap. Lepas makan buang angin kus kus. Kikikiki.. 

Buah kulim ni teksturnya macam buah pinang tu. Kena kupas.. Belah belah, rebuslah.. Siap untuk dimakan.. Hari tu kan mak ada buat bubuq asyura. Mak ada juga buat nasi jamu deme yang tolong kacau tu, so, kami hidangkan buah kulim ni sekali. Ramai yang tak tahu rupanya. Orang tua-tua yang makan tu pon kata tak pernah tau pon.. Semua pakat kata sedap.. 

Tempat lain tak surelah ada ke tak.. Cerlah ampa pi riki kot market kawasan ampa. Okay.. Kalau jumpa, beli dan rasa. Baru boleh tau. Kan!!! 

3 Comments




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin