Hari baru, tahun baru.. Selamat datang Januari, 2018


Assalamualaikum
Selamat tahun baru. Hey 2018. Morning!
Moga Allah permudahkan urusan kita untuk hari baru, tahun baru ni ❤

Sebenarnya.. tahun 2017 tak da apa yang menarik sangat untuk aku..lebih pada bisnes.. hahahahaha.. bukan lah tak menarik apa.. maksudnya.. aku bizi dan stress jugak.. dulu rilek2 jer boleh update blog sentiasa, tup-tup keinginan nak niaga barang online dari rumah makin memuncak.. maklumlah duit masuk hari2.. bizi pon hari-harilah. Kan!!! Sampai masa nak update blog pon non hado. Kuikuikui. entry tahun lepas boleh bilang dengan jari, berapa jah yang ada.. tapi syukur masih ada masa nak enjoy, bercuti, jalan2 dan window shopping ✌

Sekarang.. baru kau tau.. bukan senang nak berbisnes ni.. hati memang kena kental dan cekal.. apa pon kena berusaha lebih sikit.. sebab semua bergantung pada diri sendiri.. memang kepenatan.. SERIOUS.. tapi bila  dah melangkah ke depan.. dah mula.. memang macam takda pilihan nak patah balik.. kau dah spent hampir setahun setengah sebelum untuk buat semua tu.. duit modal pon dah banyak keluar.. so.. teruskan jer lah..buat jer apa yang sepatutnya.. tak yah nak toleh2 belakang lagi.. tapi itu pon banyak jugak main dan hilang fokus.. Biasalah tu. Kan!!! ๐Ÿ˜‰

Produk dah ada depan mata.. dah sampai kat tangan kita.. memang pening lah nak mikir.. dengan nak buat marketingnya.. walaupon HQ ada tapi sebagai online seller, kita kenalah usaha juga untuk diri sendiri.. sekurang-kurangnya kita belajar macam mana, nak kenalkan produk kat orang.. pendek kata lebih kepada macamana nak buat sale.. haaa gituu..

Awal tahun 2017, ritu jer lah yang sibuk. Dengan baru pindahnya, musim hujannya, banjirnya, balik kampung lamanya. HAHAHA. balik kampung bagi tenang2 sikit.. Selepas raya sempatlah berjalan ke Cameron Highland. Padahal sebelum-sebelum tu pon sokmo jah berjalan. Kikikiki. Alhamdulillah, dah hampir habis pusing Negeri Kelantan. Tuju tempat-tempat famous jah. Terengganu pon banyak yang dah pusing.. Target 2018 nak masuk pulau semula.. tak perlu drive jejauh kalau nak pergi bercuti.. pilih kawasan yang terdekat sudah.. asalkan masa untuk bawa raniaku sayang bercuti ada dalam list. In shaa Allah.

Tahun 2017 berakhir dengan kejadian yang tak disangka. If Allah kata kun fa ya kun. Maka jadilah. Tak lambat..tak cepat. Just nice.. Sekelip mata semuanya berlaku. Dugaan dan ujian hidup..yang penting kami sekeluarga terselamat daripada kecelakaan itu. Ada sesuatu yang Dia nak sampaikan pada kami..kena tengok dengan mata hati.. REDHA.. in shaa Allah pasti ada sesuatu dan hikmahnya. Aamiin

Usaha untuk hamil diteruskan pada tahun 2018.. Raniaku sayang pon dah mula sekolah. Alhamdulillah... Itu yang terus pasang impian lagi, semoga boleh tambah ahli keluarga tahun 2018 ni.. Rasanya mula lepas bersalin ke Raniaku sayang lagi dok planning nak hamil lagi.. Tapi tu lah.. Kami hanyalah planning.. harapnya planning kali ni biarlah dipermudahkan oleh Allah dan menjadi hamil dan beranak pada tahun 2018. Mana nak tau kot-kot boleh beranak pada tarikh ulangtahun perkahwinan yang ke 11. Kan!!! Aamiin ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Doaku semoga tahun 2018 disinari cahaya yang indah dan semoga hidup kita semua sentiasa di bawah lindunganNya aamiin ๐Ÿ’‹

Another years to live with full of love!
To u. Thanks for wonderful moment 2017. Never expected.

Lot of love.
Ciksu ๐Ÿ’‹




Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Hari baru, tahun baru.. Selamat datang Januari, 2018"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF