Tudung kanak-kanak


Ikan Terbakar Rania panggil.. Pon bolehlah sayang ๐Ÿ˜

Hari tu dengar Raniaku sayang bagitau..jom ummi kita makan ikan tembakah. Ummi yang dengar ni..dok ingatkan ajak pergi berkelah di lata tembakah..tapi bila Rania explain, ummi paham yang Rania nak makan ikan bakar kat tempat kita pergi hari tu. Okay ☺

Tetiba semalam, Raniaku sayang sebut lagi..kali ni sebut dekat ayah dia pula. Ok paham dah..rupanya Raniaku sayang memang betul-betul ajak pergi makan dekat restoran ikan bakar hari tu.. Sebab dia ada sebut nama2 yang pergi makan tu sekali. Okay ummi paham dah.. ๐Ÿ˜
 Katanya Rania sukalah makan situ. Nampak??? Pandai dia.. 

Yang ummi dok confius dok sebut tembakah ๐Ÿค” Pagi tadi dok ralit sembang, ummi tanya lagi.. Adik sebut tembakah ke terbakar??? Cuba sebut betul-betul. Ummi tak pahamlah..

Bila sebut berulang kali, sampai ummi paham, barulah ummi memahami.. Oh sayang ku.. Kamu ni bikin ummi gelak sensorang tau ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Rupanya, Raniaku sayang panggil ikan bakar tu "IKAN TERBAKAR"

Jadinya, hari ni menu lunch ummi masakkan "IKAN TERBAKAR" special untuk Raniaku sayang ๐Ÿ˜˜

๐ŸŒฟbendi goreng 
๐ŸŒฟcabai tumbuk wajib ada ๐Ÿ˜‰
๐ŸŒฟikan siakap bakar sambal ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
๐ŸŒฟulam pon wajib untuk awet muda ๐Ÿ˜‚

#daridapurciksu 


Sambal ikan bakar simple
๐ŸดTumis bahan kisar 
(bawang besar, bawang putih, serai, halia,  cili kering) 
๐Ÿด perasakan dengan gula, garam dan kiub tomyam knorr
๐Ÿด tumis sampai pecah minyak

๐ŸŒฟIkan siakap dibelah belakang
๐ŸŒฟMasak bahagian isi sekejap, kendian balikkan ke bahagian kulit ke bawah 
๐ŸŒฟ letak sambal pada bahagian isi, then bakar sehingga masak 


Rania, suka nau nau haaa. Berselera Rania makan. 3 kali tambah nasi.. Makan sikit-sikit.. Happy sangat tengok Rania suka makan apa yang ummi masak.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Dok pot pet habaq kata nilah ikan terbakar.. Puas ummi kata bukan ikan terbakar, ikan bakarlah.. Ala, takpalah.. Rania panggil ikan terbakar..

Anak ooo anak.. Makin bijak berbicara.. Alhamdulillah. Teman sembang ummi sentiasa.. 

Terima kasih Allah 
Jaga dia untukku 
Semoga Raniaku sayang sentiasa dalam rahmat Mu Ya Allah 
Aamiin 


Next entry ummi kongsikan tempat ikan bakar best tu. Okay. Dekat Kuala Besut nun. Ikan memang fresh. Harga pon masih mampu dibayar HAHAHAHA..

In shaa Allah.. Stay tuned 
Okay jalan dulu ๐Ÿš—๐Ÿš—๐Ÿš—

2 Comments

  1. Baiklah Rania..ikan terbakar ye..hehehe...tapi ummi awak hati bakar tak bagi hangus tau...sebaliknya sedap...

    ReplyDelete
  2. Ikan terbakar pun boleh :D Asal sedap. Hee

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin