Tudung kanak-kanak


Lunch bersama yang tersayang

Sebolehnya hari hari nak makan bersama cik abe dan Raniaku sayang. Pengerat kasih sayang. Giteeww. Kan!! 

 Tapi ada hari tak boleh.. sebab cik abe kerja shift. Dua hari pagi, dua hari malam dan dua hari off day. So, kena pepandai cari masa. Apakan daya demi tuntutan tugas.. 

Contoh kalau time cik abe kerja shift pagi, memang petang selepas jam 6 petang baru sampai rumah. Kadang aku memang malas dah haaa nak makan petang. Kalau makan nasi petang, malam kang comfirm terbabas. Memang mengantuk giler-giler. Lagi satu kalau boleh tahun 2018 ni targetnya nak  turunkan berat badan.. Bukannya nak kurus sangat pon. Tapi nak berat ideal jah.. Target boleh capai berat 50kg pon ok dah. . Chaiyok.. Chaiyok๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Kalau cik abe kerja shift malam dan off day tengah hari memang masak. Kadang kemalasan masak, time keluar jenjalan tulah waktu makan bersama. Untuk menu berat memang sehari sekali ja ummi ayahnya makan. Untuk menu makan malam, standby apa ada untuk Raniaku sayang.

Rania ni kadang tengah malam, dia buat hal. Tetiba ja.. Ummi adik laparlah. Jom teman adik makan nasi. Nak tak?? 
Nampak.. Mainan perasan betullah.. 

So, ayam dan telur sentiasa ada stok. Macam ayam perap sesiap. Mudah dan cepat. Rania pon ikut dan mulut dia ja nak makan apa. Yang penting apa yang disebut tu ada.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Menu tengah hari ni. Penambat selera. walaupon lauk simple jaa.

Lauk kampung yang menjadi pilihan๐Ÿ˜Š
Ada ulam pucuk jangguih + tomato + cabai tumbuk + ikan pekasam 
sayur + ayam grill untuk raniaku sayang ๐Ÿ˜†

Alhamdulillah..๐Ÿ˜Š
janji perut kenyang. Kepuasan dapat masak sendiri. Kan?? 

Syukur..Rezeki harini๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ƒ 5/1/2017 


Tengok tangan comel tu. Kalut tak dan-dan. Ada ja peelnya.

Aku kalau lepas makan dok syiok cium tangan. Sedapnya bau..  alahai.. Bau belacan. HAHAHAHAHA ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Ikan pekasam beli dengan customer Seqybeauty.. Sedap.. Ikan garing elok ja lepas goreng. Tak relai.. 

Sayur campur tu, aku rebus dulu, then tumis fish cake, bawang putih, masuk garam, masuk carrot dan putik jagung. Siap. 

Ayam grill tu perap dengan serbuk cili, mix herbs, garam.. 

Ulam peberet pucuk jangguih dan tomato. Cicah dengan cabai tumbuk. Allah sedap baq hang. Memanggil-manggil ja.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Next entry nak share kisah Raniaku sayang masuk sekolah pulak. Sekejap je, kan!!!  Dah sekolah dah pon anak ummi ayah ๐Ÿ˜†

1 Comments

  1. Seronok lain macamkan bila dapat makan sama2...bak kata en suami PC...makan nasi,kicap dengan telur mata tu nikmat lain macam kalau makan sama2..

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin