Resepi Gulai Ayam Kampung Dengan Betik...

Rutin setiap hari time Raniaku sayang sekolah, memang sama. Selepas hantar Rania, aku tak terus balik rumah tapi ke masjid berdekatan. Alhamdulillah, dapat luangkan masa untuk diri sendiri di situ. 
Selesai pe semua, baru nengok order yang masuk, pastu sebelum gi ambik Rania, aku akan settlekan bab postage ๐Ÿ“ญ๐Ÿ“ญ

Buat masa sekarang urusan postage memang akan selesai sebelum jam 12 tengah hari. Jika order masuk selepas jam 12 tengah hari, makanya aku akan pos keesokkan harinya pulak. Alang-alang keluar pagi ke bandar Jerteh, so, sekalikan je. Dari rumah nak ke bandar Jerteh, adalah dalam 9km.. In shaa Allah. Cuba buat yang terbaik demi customer tersayang.. Tapi untuk cod anytime.. Cas cod bergantung pada lokasi ๐Ÿ˜„

Balik rumah, selepas ambil Rania terus bersilat di dapur.. Siapkan menu lunch kami pulak. Selalunya, macam aku cerita dalam entry lepas, jika berdua dengan Rania, memang menu simple je. Asalkan ada lauk dan sayur. Memadai.. 

Okay. Menu lunch hari ni. 

๐Ÿ’šGulai Ayam Kampung Dengan Betik
๐Ÿ’šSayur Taugeh campur lobak merah + putik jagung
๐Ÿ’šUlam Betik
๐Ÿ’šCabai tumbuk

Alhamdulillah. Bismillah.. 


Untuk menu ni, aku tak guna santan tapi ganti dengan susu omega. Hihihi. Sedap. 

Bahan pon guna apa yang ada dalam dapur jah. Janji semuanya siap dihidang. Dan bersedia dimakan. Ala, lagipon kita yang buatnya. Apa susah. Tak perlu nak pening-peningkan kepala kalau nak masak tapi tak cukup bahan. Aku asal boleh. Jalannnnn ✌

Bahan kisar (bawang putih, bawang merah, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, cili kisar) 

Rempah daging 

Perasakan dengan gula, garam, kerisik, susu omega, air asam jawa..

๐Ÿ’šTumis bahan kisar bagi garing, masukkan cili kisar. Biar pecah minyak

๐Ÿ’šMasukkan rempah daging yang siap dibancuh. Renehkan sekejap.. 

๐Ÿ’šMasukkan ayam, biar air ayam kering, masukkan air asam jawa secukupnya.. Rebus sampai ayam separa empuk bersama kerisik.. 

๐Ÿ’šPerasakan gula, garam.. Biar reneh, agak cukup rasa masukkan betik.. 

๐Ÿ’šMasak sampai betik lembut. Tutup api

๐Ÿ’šSiap ⤵⤵⤵

Video Gulai Ayam Kampung Dengan Betik
buat kuah pekat likat. Baru best makan. Cicah pulak ulam betik tu. Perghhh!! Sedap baq hanggg ๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Kerisik homemade. 
Hasil sekilo kelapa parut.. Bolehlah banyak ni. Hihihi. Kalau nak beli kerisik ready made, rasa tak puas hati pulak. So, menggigihkan diri goreng dan tumbuk sendiri. Penat memang penat tapi hasilnya 
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Esok nak masak apa pula erk?? Ginilah rutin harian suri rumah sokmo blurr mikior menu.....kan!! Balik-balik menu yang samo ajolah.. Ada aku kesah. KAHKAHKAH.. janji perut anak dengan laki den konyang ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Ok lah, tu je haaa nak share hari ni.. Esok jumpa lagi. Okay.. 

๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค
☁☁☁๐Ÿ’ค☁
☁☁๐Ÿ’ค☁☁
☁๐Ÿ’ค☁☁☁
๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค
☁ Sleepy ☁

Good Night ๐Ÿ’ค๐ŸŒ™
๐Ÿ˜Š Sweet Dream
๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ 

Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Resepi Gulai Ayam Kampung Dengan Betik..."

Tiba2 teringat kerisik ciksu buat dan poskan untuk akak, tqsm.. ๐Ÿ˜˜

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF