Tudung kanak-kanak


Resepi Kerabu Maggi Thai

Morning ampa? 
Buat apa tu.. Dah sarapan ke? Hehehe.. 
Ciksu ada ni haaa, baru lepas antaq Rania ke sekolah. Jap lagi nak ke Pasir Puteh jap. Ronda-ronda pasar pagi di sana. Bolehlah berdating jap dengan paknya. Kan!!! 

Okay. Sebelum ciksu tinggalkan ampa, meh la ciksu nak kongsikan satu resepi simple. KERABU MAGGI. Sesuai untuk menu tengah hari atau minum petang. Kalau nak buat untuk sarapan pon boleh tapi kena kurangkan pedasnya. Kang tak pepasal perut terkejut plakk πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Okay. Okay. Jom kita sediakan bahan untuk Kerabu Maggi Thai yang super duper sedap dan best ni.. 

Sebungkus maggi ni kalau makan di kedai dalam RM5++. Ikut pada apa yang kedai letak. Kalau letak seafood (udang dan sotong, mahallah)

Bahan:
Isi ayam - celur
Fillet ketam - celur
Maggie - celur

Bahan hiris:
Daun ketumbar
Cili padi
Lobak merah sagat halus
Tomato
Kubis

Bahan lain:
Air limau nipis atau kasturi
Kicap sotong

*nak letak seafood pon boleh je.. Ikut rasa apa nak makan. Okay*


Kerabu maggi sedap di makan.. Ada rasa masam, masin dan pedas-pedas. Memang sedap dan mengenyangkan kalau buat sendiri. Boleh makan sepuasnya.


bahan hiris, bahan celur gaul dengan serbuk perencah, air limau dan kicap sotong (ciksu tak guna) 

Maggi yang dicelur

Gaul sebati.. Perasakan ikut anak tekak memasing. Kalau suka pedas kaw-kaw boleh guna kesemua perencah yang ada ikut berapa bungkus korang guna maggi tu. Kalau tak tahan pedas, boleh guna satu atau dua bungkus perencah.. Terpulang.

Pedas sangat ke? Kalau tak buat kerabu maggi, means buat maggi macam biasa tu, letak sebungkus perencah tu, memang pedas. Dia ala-ala kuah tomyam tu je.. Yang bestnya maggi ni sebab dia kenyal. Camna nak cakap erk.. Dia tak macam maggi dalam pasaran kita yang dipasaraya tu. Walaupon ianya maggi perisa tomyam. Kalau kuahnya iya. Maybe ada kemungkinan lebih kurang sama tapi magginya tak sama. Lain teksturya. Kadang ciksu lagi suka ratah makan gitu je.  Dia ala-ala kopok mamee tu. Cuma masin sikit πŸ‘Œ
Kalau nak buat spaghetti goreng pakai perencah maggi siam ni pon sedap. Tapi pedas ooiitt. Hahaha

Mula kenal kerabu maggi ni sejak duduk Jerteh nilah. Dedulu masa dok pergi Rosdet Tomyam tak perasan pulak, ada ke tidak menu kerabu maggi ni. Yang ciksu tau kalau ke sana sokmo order somtam dengan nasi paprik jah. Air teh hijau. Sejak-sejak terjatuh cinta dengan Teh hijau. Sokmo repeat. Pastu sendiri nyesal, sebab boleh naik meter penimbang ooo kalau dok amal selalu. Iyalah, dengan manis, dengan berkrimnya mau tak mencanak naik kilo tu. Kan!! Mendapatlah. Ekekeke. 

Tiap kali pergi kedai makan area sini, sokmo try kerabu maggi ni. Actually, memang nak belajar rasa. Dah memang tak pernah rasa. Macam sini cikau suka makan di Medan Selera Jerteh. Ada kakak ni buatkan, tak pedas sangat. Just nice. Pernah juga makan di Pesta Makanan Siam di Kuala Terengganu. Haaa itu memang kaw dan ori punyalah sebab orang siam sendiri yang buatkan. Rasakan. Tapi memang πŸ‘πŸ‘
Gerai area Wakaf Che Yeh pon ciksu pernah try. Best juga. Tapi pedasnya dia tanya dulu sebelum buat. So, kabor jelah ke dia nak yang macam mana. 

Kadang jenjiran blok ciksu duduk ni rajin juga buat kerabu maggi. Deme buat kutipan, beli sekotak maggi tu. Pastu sorang tukang buat akan sediakannya. Makanlah sepuasnya. Siap boleh tambah lagi. Terima kasihlah jiran-jiranku yang super duper sporting. 

Maggi thai untuk buat kerabu maggi ni boleh beli di Pasar Besar Pasir Mas dan Rantau Panjang, jika ke Kelantan. Rasanya pasar-pasar lain area Kelantan pon ada jual juga cuma ciksu belum pernah ke sana lagi. Pasar Tanah Merah dan Pasar Paisir Puteh, ciksu tak perasan ada jual ke tak. Sebabnya tak survey pon. Hihihihi

Dan dan teringat rosdet tomyam plak. hahaha. ok, berbalik pada kerabu maggi tadi, kalau area Ciksu ada juga kedai runcit yang menjual maggi untuk kerabu maggi. Harga berbeza mengikut kawasan. Contohnya kedai runcit area Ciksu sekotak RM22. Kalau di Tok Bali sekotak RM24. Rantau Panjang RM22. Pasar Besar Pasir Mas boleh dapat RM18 tapi dekat sorang makcik tu je. Yang lelain semuanya RM20 ke atas. Kawasan Rantau Panjang lagi mahal. Cekik darah betul. Padahal sempadan siam sebelah tu je. Kikiki

Yang ini Ciksu gigih beli di sempadan Siam, Betong. Tahu tak Betong kat mana?  Nun haa sebelah sempadan Baling, Kedah sana haaa. Sempadan Baling Betong ni pon ciksu baru tau. Okay. Sejak dok ulang alik guna Highway Timur -Barat barulah tahu. Dok tahu selama ni Padang Besar dengan Wang Kelian je.

Kebetulan tak sengaja ke sana. Alang-alang dah sampai, tak tahu nak beli apa, maka terbelilah sekotak maggi siam ni. Harga sekotak RM20. Ada 30 bungkus. Boleh makan sampai lebam. KAHKAHKAH.. Tapi taklah makan kesemuanya. Selepas beli sekotak maggi tu kami kemalangan. Balik kuala kangsar. Bagi ke abang ipar 10 bungkus. Bawa balik 20 bungkus. Bagi untuk jiran 10 bungkus. Tinggallah 10 bungkus. Ini jelah habuan kami. Hikhikhik. Nak lagi beli lainlah nanti. Apa kesah barang mudah dapatkan. So, tak da hallah ✌

Okaylah.. Kalau ada sesiapa yang nak beli, bolehlah whatsapp ciksu, nanti ciksu belikan dan pos. Kalaulah nak. Hehehehe.. Bayar upah postage udahlah ye.. 

Okay. Apa pon selamat mencuba. Dah cuba habaqlah ye. Boleh pi melawat pulak. Jalan dulu deh.. Bye. Bye.  πŸš—πŸš—πŸš—

Selamat mencuba πŸ˜ƒ

_____________________________________________

UPDATE : BB CREAM by SEQY BEAUTY 

Dah jatuh hati dengan BB Cream Seqy Beauty. Keluar rumah mesti kena pakai BB Cream Seqy Beauty ni. Bila lama sangat di luar (panas) muka tak berminyak dan kalau berpeluh tak akan bercapuk.. Mula-mula pakai, muka nampak putih dan seakan berminyak tapi lama2 dia akan meresap ke dalam kulit dan match dengan warna kulit kita.. Tetiba terflawless uols.. 

Bb cream ada 3 kod:
Fair dan Natural RM50 sahaja. Untuk clearance stok
Beige RM55 sahaja. Ini LIMITED EDITION

πŸ“­ RM8 semenanjung Malaysia
πŸ“­ RM12 sabah/sarawak 
🎁 untuk setiap pembelian

NAK WHATSAPP CIKSU: 019.3080215

 Beige dah tak banyak dah.. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat πŸ˜‰

Sangat sangat sangat sangat best tekstur beige. Sekali guna comfirm repeat order beli lagi. Memang akan nampak super gojes nanti 😘

Clearance stok bukan sebab nak expired.. 




2 Comments

  1. wahh resepi kerabu maggi.. boleh cuba nanti. memang tak pernah cuba buat lagi.

    ReplyDelete
  2. Wow kerabu maggie...bila buat sendiri puas makan kan..

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin