TAHNIAH CTDK DAN DATO' KHALID


Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Rozi Abdul Razak
Pengurus


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, di atas kurniaan Allah.
Terima kasih, di atas ucapan-ucapan tahniah.

Dengan penuh rasa rendah hati, saya dan suami ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan kami. Syukur Ya Allah.

#babyCTDK


#Repost from @suriarecords

Syukur dan tahniah diucapkan dari kami warga Suria Records kepada @ctdk dan suami kerana selamat melahirkan bayi perempuan pada 8.17 pagi tadi dengan bayi seberat 3.55kg. Semoga @ctdk dan bayi sentiasa sihat dan dilindungi olehNYA. We love you @ctdk ❤️#suriarecords
#Repost from @ctdk

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "TAHNIAH CTDK DAN DATO' KHALID "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF