12 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

sekadar perkongsian, 12 amalan pembuka pintu rezeki yang boleh dijadikan amalan seharian kita..

Mari sama-sama kita amalkan๐Ÿ˜Š

1) solat awal waktu
semakin hari sedaya upaya cuba laksanakan solat awal waktu semampu yang boleh.. walau di mana berada..

seronoknya lain macam bila dapat tunaikan solat di awal waktu ni.. nak² kalau dapat solat berjemaah di masjid, kan!! jomlah mulai hari ini, kita ubah cara kita bersolat.. semoga segala amal ibadah solat kita diterima Allah swt dan semoga Allah mudahkan kita selalu solat di awal waktu.. aamiin

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah Solat pada waktunya, Berbakti kepada kedua orang tua, dan Jihad di jalan Allah.”
(HR Bukhari & Muslim)


2) jangan buat mak ayah marah
in shaa Allah semoga menjadi anak yang sentiasa menggembirakan mak ayah.. aamiin.. 

paling takut kalau dalam tak sengaja buatkan mereka kecil hati atau apa sahaja.. sebolehnya cuba elakkan..

walaupon berjauhan cuba sedaya upaya setiap hari call mak ayah tanya khabar.. kadang tak ada mende pon nak sembang.. tapi tiap kali call, dengar suara mak ayah.. alhamdulillah, seronok.. nak² sejak ada raniaku sayang dan makin petah bercakap, sokmolah call mak ayah.. kadang sehari entah berapa kali call.. 

3) rajin tolong orang
semoga dipermudahkan hendaknya.. in shaa Allah.. aamiin 

4) rajin bersedekah
semoga terus istiqamah, sentiasa dipermudahkan urusan hendaknya.. aamiin.. 

jomlah kita buat sistem sedekah sehari rm1.. selama 40 hari.. kekalkan momentum ni, in shaa Allah.. lama kelamaan ia menjadi biasa.. teruskanlah amalan ni sampai bila².. lepas tu nak gandakan nilainya, terpulang.. 

tabung subuh pon cubalah buat.. cukup sebulan bolehlah sedekahkan pada mana² masjid.. 

semoga segala usaha ini mendapat rahmat dari Allah s. w. t.. aamiin 

5) rajin buang sampah atau halangan
selalunya bab sampah ni suka suruh cik abe.. tapi sejak raniaku sayang dah mula bersekolah, sokmo gi buang sendiri jah.. kadang kalau nak keluar, terus ambil sampah dan buang.. 

6) baca surah Al-Waqiah 
alhamdulillah, selalu amal baca surah Al-Waqiah selepas Maghrib.. kadang² kalau terlepas waktu maghrib, mesti juga baca waktu Isyak.. semoga terus istiqamah aamiin

selain untuk rezeki, surah Al-Waqiah ni juga boleh diamalkan oleh kita² yang bergelar isteri ni untuk sentiasa cantik di mata suami.. in Shaa Allah.. 


7) Selawat ke atas Nabi Muhammad 1000 kali sehari
1000 kali nampak macam banyak je kan.. tapi percayalah bila kita amalkan setiap kali lepas solat fardhu sebanyak 200 kali.. 5 kali sehari, semuanya jadi mudah.. in shaa Allah..

cubalah praktikkan selalu.. semoga kita semua mendapat keberkatannya.. sebab tu pentingnya solat awal waktu.. 

Selain itu, dosa² diampunkan, fikiran tenang, dilimpahkan rezeki.. mudah-mudahan membawa kebaikan semuanya aamiin 

8) suka menyampaikan ilmu walau sedikit
bab ni banyak yang kena pelajari lagi.. kena sentiasa cari dan membaca.. setakat ni kalau ada pon hanya share share je perkongsian daripada orang lain.. sebagai peringatan buat diri sendiri sebenarnya.. 

9) tidak mengungkit-ungkit pemberian
semoga dijauhkanlah sifat begini.. soal hati sebenarnya ni.. sebolehnya perbetulkan nawaitu kita selalu.. 

10) Niat cari rezeki kerana Allah
mesti meletakkan keutamaan untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat.. 

contohnya niat bekerja sebagai satu ibadah yang dilakukan kerana Allah swt akan membetulkan hati manusia untuk melihat rezeki yang diperoleh itu adalah kurniaan Allah swt semata² bukannya dari manusia.. 

niat bekerja untuk membantu umat Islam yang lain akan meluruskan hati seseorang mukmin untuk ikhlas dalam pekerjaannya.. secara tidak langsung kita akan berbuat baik dengan rakan sekerja.. 

niat yang baik juga akan mengikis sebarang akhlak buruk seperti dengki, khianat, busuk hati, iri hati terhadap rakan sekerja sebab niat yang baik akan meluruskan setiap perbuatan dan perlakuan seseorang mukmin.. 

in shaa Allah.. 

11) Rajin berpuasa sunat
setakat ni belum istiqamah lagi buat puasa sunat isnin atau khamis... 

12) istighfar 100 kali sehari
alhamdulillah.. buat selalu makin lama makin mudah.. sehari tak ucap istighfar rasa tak lengkap.. semoga terus istiqamah hendaknya aamiin 

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati

"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya ...

aku bukanlah yang terbaik tapi cuba jadi yang terbaik di sisi Allah swt.. 
selalu ingatkan diri sendiri tentang mati.. sekiranya nak buat sesuatu kejahatan atau apa sahaja yang tidak baik.. pasti tak sampai hati sebab bimbang akan mati bila-bila masa.. sentiasa beringat dan ingatkan diri.. semoga tidak alpa.. 

kemalangan pada 7 disember, 2017 yang lalu, banyak buatkan aku sedar dan terpikir akan sesuatu.. mati itu pasti.. itu rahsia Allah.. hanya Allah Maha Mengetahui.. 

In shaa Allah.. sampai masanya akan aku kongsikan detik² kecemasan pada hari tu.. setiap saat, setiap waktu.. kejadian depan mata tu akan sentiasa diingati.. 

Semoga kita semua meninggal dalam keadaan KHUSNUL KHATIMAH.. aamiin 

Allah Hu Akhbar..
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "12 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF