Tudung kanak-kanak


JUADAH BERBUKA PUASA 14 RAMADHAN 1439HπŸ’˜

Hari ni iols masak koteow tomyam jeeee πŸ˜‹

dessert for today.. sagu gula melaka πŸ˜‹


cucoq ikan bilis jiran bagi.. πŸ˜‹


alhamdulillah..

selamat dah menjamu selera πŸ˜‚πŸ˜‚



TOMYAM MASAM MASAM PEDAS.. NYUM NYUM.. BERSELERA MAKAN NASI SAHUR OK.. 

tomyam seafood.. mudah jee cara iols.. 

TOMYAM SEAFOOD 

Bahan-bahan:
segenggam sotong - bersihkan dan potong munge munge
segenggam udang - bersihkan
1 batang serai- diketuk
2 biji tomato - potong kecil
1 biji bawang holand - hiris
1 helai daun limau purut
3-4 biji cili padi - diketuk
1/2 inci lengkuas - hiris
Sayur mayur- bunga kobis, karot, 
3 pes tomyam 
Daun ketumbar
Air secukupnya
Garam

Cara :

1. Didihkan air. Masukkan serai, akar ketumbar, lengkuas, daun limau purut dan pes tomyam ke dalam periuk.  
2. Kemudian masukkan putik jagung, bunga kubis dan carrot. 
3. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan masukkan udang dan sotong. 
5. Masuk tomato, bawang holland. Tutup api dan angkat.
6. Boleh dihidangkan dengan daun ketumbar.. sedapnya bau, kan!! 

πŸ“makan dengan nasi putih, bihun, mee atau koteow.. sedapnya dapat hirup kuah tomyam tu.. nikmat tau tau πŸ˜‚πŸ˜‚

ikutkan dah lama dok nak buat tomyam.. tapi terpaksa hold dulu sebab masalah alergik baru-baru ni.. sian sotong udang tu, dok memerap dalam freezer lelama..




#daridapurciksu

1 Comments

  1. sodap nyer ciksu.
    umah aida, berbuka, wajib nasi.
    permintaan mr.asben.
    dia kata mee mee ni lepas Ramadhan lah...

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin