KELEBIHAN MENGAMALKAN AL-MATHURAT

Assalamualaikum..

Salam jumaat sahabat followers yang disayangi.. hari ni ciksu ingin kongsikan kebaikan mengamalkan AL-MATHURAT dalam kehidupan seharian kita ❣

Sekadar perkongsian kecil dari ciksu..buat sahabat followers sekalian ❣

AL-MATHURAT

Al-Mathurat ni ada 
dua jenis: 
Al-Kubra dan Al-Sughra.

Al-Kubra mengandungi bacaan yang lebih panjang manakala Al-Sughra bacaannya telah diringkaskan.

Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang.

Zikir dari ayat Quran bila faham maknanya lebih seronok untuk buat amalam konsisten. 


Semoga kita semua mengamalkan mathurat secara konsisten setiap pagi dan petang. InsyaAllah boleh dijadikan pelindung dan benteng daripada dorongan dan kejahatan nafsu dan syaitan.

Apa kelebihannya❓
✨ Dimulakan dengan ‘Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk” (Menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri/kepadaNya sebelum melakukan aktiviti & berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah)
✨ Memuji kebesaran Allah dengan bertasbih
✨ Mensyukuri & mengakui segala nikmat pemberiNya
✨Menghindari diri dari Syirik ( yang disedari mahupun tidak)
✨Berlindung dari kejahatan Makhluk & memohon Keampunan Allah
✨Menghindari & melindungi diri dari sifat sedih & gelisah, lemah diri & malas, pengecut & bakhil serta dari cengkaman hutang & penindasan orang.
✨Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (Termasuklah tubuh badan, pendengaran & penglihatan)

✨Mohon dihindari daripada kekafiran & kemiskinan(kefakiran) serta dari azab kubur.


#salamjumaat
#9ramadhan1439h
#peringatanbersama
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "KELEBIHAN MENGAMALKAN AL-MATHURAT "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF