RESEPI AGAR-AGAR CENDOL YANG SEDAP DAN MUDAH DIBUAT..

AGAR-AGAR CENDOL sedap dimakan time sejuk-sejuk.. rasanya taklah manis sangat.. lemak santannya pon so so je.. korang wajib try tau..

Macam mana nak lapisnya.. don't worry, baca resepi sampai hadam comfirm menjadi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Agar-Agar Cendol Yang Sedap dan Mudah di sediakan.. 

๐Ÿ’™RESEPI: AGAR-AGAR CENDOL
๐Ÿ’œSUMBER: Cik Mat Gebu
๐Ÿ’šBY: CikSu QasehnyaRania

BAHAN-BAHAN A (LAPISAN GULA MERAH):
120 gram gula melaka, potong kecil
380 ml air
5 gram agar-agar serbuk
130 ml santan
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN B (LAPISAN CENDOL):
380 ml air
5 gram agar-agar serbuk
50 gram gula pasir
130 ml santan
1/2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi cendol (toskan)
1 helai daun pandan (simpul)
Secubit garam

CARA-CARANYA:


lapisan gula merah beku, lorekkan dengan garfu untuk memudahkan percantuman antara keduanya

UNTUK LAPISAN BAWAH:

Sediakan loyang..
Letakkan loyang dalam bekas yang lebih besar.
Satukan semua bahan² kecuali santan ke dalam periuk.
Masak hingga agar² dan gula larut.
Tuang santan, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan tapis, tuang ke dalam loyang tadi.
Untuk mempercepatkan agar² beku, tuang air dalam bekas yang ada loyang agar² dan masukkan beberapa ketul ais kiub.
Sementara kita siapkan adunan bahagian atas, agar² pun dah beku.


UNTUK LAPISAN ATAS:
Dalam periuk, satukan semua bahan² B kecuali santan, tepung jagung dan cendol. Kacau rata dan masak hingga gula dan agar² larut.
Sementara itu satukan santan dan tepung jagung, kacau rata.
Masukkan bancuhan santan tadi ke dalam periuk, perlahankan api dan kacau rata, masak hingga mendidih.
Matikan api dan tapis, biarkan sekejap dan masukkan cendol, kacau rata.

UNTUK AGAR-AGAR CENDOL:
Keluarkan loyang berisi agar² yang telah keras.
Kemudian cakar² permukaannya dengan garfu.
Perlahan² tuang bancuhan agar² cendol atasnya.
Biarkan hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga keras.

Agar-agar Cendol siap dimasukkan dalam loyang segiempat.. masuk loyang gini mudah nak dikeluarkan dan muda untuk dipotong.. sejukkan sebentar di luar sampai hilang wap-wap panas.. kendian baru masukkan dalam peti ais.


CATATAN:
๐Ÿ’ž santan kotak saiz kecil (200ml).. tambah air jadi 260 ml.. bahagikan dua bahagian (130 ml setiap satu bahagian). 

Agar-agar Cendol.. First time CikSu buat agar-agar cendol ni tau.. terkeluar list menu berbuka puasa. gara-gara jalan cuci mata di pasar pagi, pagi tadilah ni.. ternampak pakcik jual cendol.. dan dan terbayang kalau buat agar-agar cendol sedap juga ni.. hehehehe.. cubalah tanya harganya dulu sebelum beli.. sebungkus rm2.. jadi, ambiklah sebungkus.. 

Serius tak menyesal buat agar-agar cendol ni.. memang sedap yak mat ok..

manisnya just nice.. takdalah lemak sangat.. so-so je.. tapi ciksu suka.. cik abe pon suka.. alhamdulillah.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Agar-agar Cendol siap dipotong.. ini je untuk kami anak beranak.. bahagian dah selamat beekongsi dengan jiran tetangga.. sharing is caring.. alhamdulillah ๐Ÿ˜

Hampa suka tak agar-agar cendol ni.. kalau suka wajib try okay.. sedap baq hang.. 


#agaragar
#agaragarcendol
#agaragarcendolsedap
#agaragarcendolmudah
#resepiagaragarcendol 

Love ๐Ÿ’š, 

CikSu QasehnyaRania 


S E L A M A T 
M E N C U B A 


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "RESEPI AGAR-AGAR CENDOL YANG SEDAP DAN MUDAH DIBUAT.. "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF