RESEPI APAM NASI YANG LEMBUT DAN SEDAP DIMAKAN...

Apam Nasi guna nasi sejuk.. so, kalau ada nasi sejuk selain di buat nasi goreng, korang boleh try buat apam nasi pulak nanti k.. pelbagaikan menu yang ada ๐Ÿ‘Œ

Apam Nasi sangat mudah disediakan.. dapat makan lepas kukus tu.. Ya Allah sedapnya.. lembut jee.. kesukaan Raniaku sayang.. nak bagi Rania suka makan apam nasi ni, senangnya jee.. ciksu masukkan dalam bekas-bekas comel.. hihihi.. 


RESEPI APAM NASI


Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu teh yis - mauripan
beberapa warna pilihan
kelapa putih secukupnya

Cara:

Blend nasi dengan air sehingga hancur halus, masukkan gula blend lagi sehingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis.  Masukkan bahan yang di blend tadi, kalau sehingga sebati.  Perap selama 2 jam.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian, dan warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Masukkan kedalam acuan kecil dan kukus selama 10 - 15 minit.

Hidangkan bersama kelapa putih yang sudah digaul dengan sedikit garam.


Ciksu takdan nak beli kelapa dah aiihhh.. siap kukus Raniaku sayang laju je minta.. terus ngap.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

tapi kalau letak kelapa parut sedaplah.. lemak-lemak masin manis makan apam nasi ni.. 

Dua hari berturu-turut makan apam nasi uuiiii.. suka sebab tu rajin buat.. menu kukus-kukus jeee, kan!! 


pink color

apam nasi kuning diraja

sedang mengembangkan diri dengan jayanya.. ciksu perap 3 jam.. balik ambik Rania dari sekolah baru siapkan adunan.. then pergi solat, tidur kejap.. selepaa Asar mula mengukus.. ciksu pakai pengukus letrik Noxxa hasil tabungan dengan aktiviti KUTU ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

APAM NASI adalah menu pertama menggunakan Noxxa Food Steamer ๐Ÿ˜ hasilnya tip top.. just set masa, isi air dan pastikan air sentiasa ada.. jangan ralit tau.. kang kering airnya๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ 



Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "RESEPI APAM NASI YANG LEMBUT DAN SEDAP DIMAKAN..."

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF