Tudung kanak-kanak


RESEPI KUIH SAGU.. SENANG DIBUAT, SEDAP DI MAKAN..

Dessert For Today..

Kuih Sagu berwarna merah jambu menjadi pilihan.. kuih sagu ni paling senang nak buat.. sedap di makan.. sap sap soi dah siap.. memang tak puas makan.. sedap sangat. hahahaha..

Kuih Sagu resepi ni manis dia just nice.. if nak manis lagi, boleh tambahkan sukatan gula tu ikut lidah memasing k.. bagi ciksu ok dah tara ni.. just nak bagi Rania sebenarnya.. 

Kuih Sagu kuih tradisional zaman nenek kita dedulu, kan!! tengoklah bahan pon simple.. yang pasti ada kelapa parut.. cara masaknya sangat mudah.. 

kuih sagu.. my peberet.. setiap kali puasa wajib buat.. iolls hanya makan time bulan puasa jeee.. bulan lain tak terasa nak makan atau buat.. kikiki.. sebab tu specialnya kuih sagu ni bagi ciksu

KUIH SAGU

Bahan:
300 gm biji sagu - rendam 1 jam
50 gm gula pasir
1 cawan air
Sedikit pewarna merah
1 helai daun pandan - disimpul
kelapa parut putih - secukupnya
garam - secukupnya

Cara:
Basuh dan bersihkan sagu, toskan.
Didihkan air bersama gula hingga gula larut, masukkan sedikit pewarna merah dan daun pandan.
Masukan sagu, kemudian kacau rata sampai nampak kesemua sagu jadi jernih, dan agak pekat.  Tutup api.  Masukkan ke dalam loyang atau acuan kecil-kecil.
Sejukkan dalam peti ais.

Kemudian boleh digaul bersama kelapa putih yang digaul dengan garam sesedap rasa yang dikukus sekejap.. 

๐ŸŒบMENU BERBUKA
๐ŸŒบ3 RAMADAN 1439
๐ŸŒบ 19 Mei, 2018
.. 

nasi goreng udang kering
sotong celup tepung
kuih sagu

kuih sagu tinggalkan 3 keping je.. yang lain kita kongsi bersama jiran tetangga.. rezeki bersama. 

nasi ayam.. jiran bagi.. semoga mereka sekeluarga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan aamiin 

kurma ayam, sayur tumis dan kuih apa erk tu.. pisang...pemberian jiran juga..  

#kuihsagu
#menuberbuka
#daridapurciksu 

#nasigorengudangkering

0 Comments